CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Abang Potong Rambut Adiknya, Hasilnya Lawak!

6-4-2020 04:24 PM| Diterbitkan: missroses87| Dilihat: 5459| Komen: 16|Original author: Miss Roses

Description: Seorang kanak-kanak didapati meminta abangnya yang berusia 7 tahun untuk potong rambutnya. Namun hasil dari potong rambut itu memang boleh tahan...

Ketika dunia sedang melanda wabak pandemik Covid-19, rata penduduk dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan dari diri dijangkiti. Disebabkan itu kebanyakan kedai ditutup dan begitu juga salon. 

Maka ramailah yang terbiasa memotong rambut di kedai, lebih-lebih lagi lelaki. Ada yang mula rimas apabila rambut mereka panjang, mahu potong sendiri tidak berapa nak pandai. Nanti lain pula yang jadi. 

Namun, lain pula halnya dengan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama George Moores' ini. Dia meminta abangnya yang berusia 7 tahun untuk memotongkan rambutnya. Menurut laporan Mirror, George merayu supaya abangnya memotong rambutnya gaya orang tua. 

George dengan gaya rambut barunya. Foto: Mirror

Difahamkan bapa mereka, Kevin, 38 meletakkan mesin pemotong rambut itu di bawah tangga untuk mengecaskannya. Namun anak bongsunya itu menjumpai mesin tersebut dan mahukan gaya rambut baru.

Kemudian George meminta abangnya untuk membotakkan bahagian atas kepala. Katanya dia mendapat inspirasi potong rambut sedemikian dari watak orang tua dalam rancangan yang ditontonnya. 

Hasil gaya rambut yang diminta George. Foto: Mirror
Hasil dari idea George ini membuatkan ibu dan bapanya sendiri tertawa apabila melihat keadaan rambut anaknya itu. Manakan tidak dengan botak di atas, kemudian di sekelilingnya ada rambut asal. Walaubagaimanapun, Kevin akhirnya membetulkan gaya rambut anaknya itu.

Buat semua yang berada di rumah, hati-hati dengan perkakasan sebegini. Dapat dekat anak yang panjang akal sebegini memang siaplah. - CARI 


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-4-2020 04:39 PM
Budak 7 tahun pandai ke guna mesin tu?
Quote belilies 6-4-2020 04:54 PM
Yak hampun kesiannya. Iols pun agak bsyukur jauh toklaki skrg ni. Heols dah seroper acapan sbb xdpt potong rambut.
Quote Lagubestbest 6-4-2020 05:03 PM
Tercapai hasrat nak ada rambut loki.
Quote Artemesiaa 6-4-2020 05:23 PM
Alang2 nak potong elok bagi botak terus dari tinggal sekerat macam tu
Quote miszclassique 6-4-2020 06:13 PM
As makcik bawang, first sekali nak tanya tak bahaya eh budak2 pegang mesin tu, kot tergores kepala budak tu dah jadi cerita lain.
2nd, mcm hasanah je cite ni
Quote salmon-suki 6-4-2020 06:21 PM
Hahahaha..hiburan time covid haa{:smile
Quote any42 6-4-2020 08:55 PM
ala kesiannya. klau lukis muka ats kepala bleh jd llaki tua ade beard. dpt 2 wjah ko dik dpn blakang. hihi
Quote cikkittydiva 6-4-2020 10:28 PM
Demi sebuah likes ke nak viral.. tp mmg lawak.
Quote nesloice 6-4-2020 10:40 PM
adoi hahahaha
Quote bloodyamuk 7-4-2020 01:42 AM
kepala dongga dah macam william shakespeare
Quote Cyempaka 7-4-2020 03:38 AM
Tp mcm terlalu cantik pulak potongan rmbt tu utk dihasilkan oleh budak 7 thn.  Ntah2 Bang kevin propa je ni..  
Quote Boomibulat 7-4-2020 09:19 AM
Teringat yg ni..


Quote epal21 7-4-2020 10:03 AM
Comel aje. Dah macam pope.
Quote beatgirlX 7-4-2020 10:06 AM
Acam terlalu kemas utk hasil budak 7 tahun...huhuhuh
Quote CikB 7-4-2020 12:49 PM
hahahahahaha.....
Quote Supersirap 11-4-2020 10:52 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.333561 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top