CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Siri Huawei P40 Sudah Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM2,799

3-4-2020 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5695| Komen: 27

Description: Selepas beberapa ketika menanti kehadirannya, akhirnya Huawei Malaysia mengumumkan pelancaran telefon pintar terhebat untuk tahun ini iaitu siri Huawei P40.Dilancarkan secara rasmi semalam, para pengg ...
Selepas beberapa ketika menanti kehadirannya, akhirnya Huawei Malaysia mengumumkan pelancaran telefon pintar terhebat untuk tahun ini iaitu siri Huawei P40.

Dilancarkan secara rasmi semalam, para penggemar sejati telefon dengan fungsi fotografi terbaik ini boleh mula membuat pre-order pada 3 April 2020.

Terdapat dua varian atau peranti di bawah siri ini iaitu Huawei P40 dan juga Huawei P40 Pro. Memetik laman amanz.my, peranti ini dihadirkan dengan spesifikasi tinggi, dijana cip Kirin 990 dengan sokongan rangkaian 5G dan menggunakan rekaan skrin melengkung di kesemua sisi. 



Yang pastinya Huawei memberi penekanan terhadap keupayaan kamera yang luar biasa terhadap siri P40 ini.


Harga yang ditawarkan ialah RM2,799 untuk P40 dan RM3.899 bagi P40 Pro.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar flagship ini dengan beberapa variasi warna seperti Deep Sea Blue, Black, Blush Gold dan Silver Frost.

Foto: Soyacincau

Menariknya, bagi sesiapa yang melakukan pre-order P40 sekarang bakal mendapat hadiah percuma bernilai lebih RM1,300 yang termasuk Huawei Freebuds, 50GB cloud storage, warranti 1 tahun tambahan, 1 bulan perlindungan skrin, 3 bulan langganan percuma Huawei Video, wireless charging case untuk P40 dan wireless car supercharge untuk P40 Pro.

Apa tunggu lagi? Segera layari kedai online Huawei atau pun kedai rasmi Huawei di Lazada - CARI
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-4-2020 01:58 PM
Dah kumpul 4 bulan duit EPF nanti boleh la gi beli..
Quote Skuau 3-4-2020 02:04 PM
Boomibulat replied at 3-4-2020 01:58 PM
Dah kumpul 4 bulan duit EPF nanti boleh la gi beli..

ada fungsi khas yg boleh detect virus kat ore x...dlm jarak 1 meter???
Quote TuntungReturn 3-4-2020 02:10 PM
pastu charger x sama ngn android lain. jenuh
Quote JunkMail 3-4-2020 02:12 PM
P40 ni untuk golongan b40 atau m40?
Quote AbukRokok 3-4-2020 02:41 PM
JunkMail replied at 3-4-2020 02:12 PM
P40 ni untuk golongan b40 atau m40?

b40 pun boleh (p terbalik)
m40 pun boleh (p for pertengahan)


Quote sarah82 3-4-2020 02:41 PM
Tak apa laaaa.. Nova aku elok lagi.. Karang dia merajuk pulak bila aku wowkan phone lain
Quote dubuk 3-4-2020 02:44 PM
zombie mana lah yang beli tu..
Quote fly_in_d_sky 4-4-2020 07:33 PM
mahal .. yang pro tu RM 3899 and yang biasa tu RM 2799
harga lebih kurang beli huawei mate 20
nak beli pro tak mampu ... almost 4K
Quote MeghanK 4-4-2020 08:55 PM
TuntungReturn replied at 3-4-2020 02:10 PM
pastu charger x sama ngn android lain. jenuh

dia pakai charger apa bukan c type ke
Quote MeghanK 4-4-2020 08:56 PM
btw, still no news on google service yah..i have to pass
Quote monsterwife 4-4-2020 08:56 PM
AbukRokok replied at 3-4-2020 02:41 PM
b40 pun boleh (p terbalik)
m40 pun boleh (p for pertengahan)

Rengsa pulak tinbo dgn kwn dia bruce jenner Malaysia dapat tahu ni...hehehe
Quote MeghanK 4-4-2020 08:57 PM
fly_in_d_sky replied at 4-4-2020 07:33 PM
mahal .. yang pro tu RM 3899 and yang biasa tu RM 2799
harga lebih kurang beli huawei mate 20
nak ...

mate 20 dah tinggal 2.4k je kalau tak salah
Quote AbukRokok 4-4-2020 10:07 PM
monsterwife replied at 4-4-2020 08:56 PM
Rengsa pulak tinbo dgn kwn dia bruce jenner Malaysia dapat tahu ni...hehehe

time global depression ni sapa la bodoh nak beli hp canggih baru
Quote nikaido 4-4-2020 10:11 PM
MeghanK replied at 4-4-2020 08:55 PM
dia pakai charger apa  bukan c type ke

Yup sama saja type c
Quote vespa_oren 4-4-2020 10:16 PM
aku plan nk beli ipad pro nie sambil buat installment tgh tunggu msuk sini, phone cukuplah redmi note 7 nie jelah
Quote rukia2 4-4-2020 10:16 PM
Masih setia dgn oppo
Quote insulin 4-4-2020 10:24 PM
Sayangnya. Tak ada sensor untuk detect virus Wuhan. Kalau ada, confirm hot item.
Quote MeghanK 4-4-2020 10:38 PM
Edited by MeghanK at 4-4-2020 10:42 PM
nikaido replied at 4-4-2020 10:11 PM
Yup sama saja type c


then apa beza dengan android lain macam porumer atas tu cakap zaman skang semua android pon type c
Quote Tinot7 5-4-2020 12:32 AM
Sori la. Iols tak mampu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068800 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top