CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dari Kisah Gelandangan Ke Jejak Kasih, Bertemu Kembali Kerana PKP Lepas 24 tahun

15-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4636| Komen: 19|Original author: Oleh: rikuren

Description: Dari Kisah Gelandangan Ke Jejak Kasih, Terpisah Sejak 1996, Bertemu Kembali Kerana PKP


Sebuah keluarga di Johor tanpa sengaja menemui kembali ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996, 24 tahun lalu melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV3.

Pengguna Twitter, MohdFaizalHasan berkata, kejadian itu berlaku melalui satu laporan berita oleh TV3 yang menemu bual golongan gelandangan di ibu kota yang membincangkan nasib mereka selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Keluarga lelaki tersebut menyedari gelandangan yang ditemu bual itu adalah ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.




Kredit foto: Twitter MohdFaizalHasan

Beliau dikatakan telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996 sebelum menjadi gelandangan seperti disiarkan laporan berita tersebut.



Kredit foto: Twitter MohdFaizalHasan

Keluarga tersebut akhirnya dapat menghubungi kembali lelaki itu dan turut mendapat peluang untuk bercakap dengannya sendiri selepas melakukan pencarian menerusi media sosial.


Kredit foto: Twitter MohdFaizalHasan

Mungkin agak sukar untuk dipercayai, namun itulah yang berlaku. Dari kisah gelandangan ke jejak kasih. Hikmah Covid-19 mungkin. - CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 15-4-2020 11:00 AM
Abgnya lebih rela jd gelandangan kat KL dik dr balik kampung.. {:smile
Quote Kurex 15-4-2020 11:12 AM
See.. gelandangan ni satu pilihan...
Quote tupaiterbang 15-4-2020 11:12 AM

Abang dia dah dapat jawatan tok penghulu gelandangan weiii...respek sikit


Quote bakingsoda 15-4-2020 11:49 AM
padahal boleh je balik kg dulu? kenapa tak buat? ke malu nak balik selagi tak dapat naikkan taraf hidup? pastu lama2 best pulak jd gelandangan
Quote sonatalady 15-4-2020 12:26 PM
seribu satu citer pasal gelandangan kalau dikorek satu persatu.

Tp ada yg muda2 gak jadi gelandangan.
Quote MissyMolly 15-4-2020 12:34 PM
org kat kg menanti...mencari..mak pun ada lagi...buruk mana pn anak...buang yg keruh tok penghulu
Quote hyie 15-4-2020 01:03 PM
dye dye dye
Quote bloodyamuk 15-4-2020 01:39 PM
bakingsoda: padahal boleh je balik kg dulu? kenapa tak buat? ke malu nak balik selagi tak dapat naikkan taraf hidup? pastu lama2 best pulak jd gelandangan


dah macam filem Pulang daaaaa
Quote any42 15-4-2020 01:55 PM
sedihnya. sbg gelandangan msti ad kisah perit sndri yg xnk kongsi smpai pncilkn dri dr fmly. parents kt kg pun sedih hilang ank xde kbar berita. xnk kongsi msalah atau ad bkecil hti dgn fmly pling2 tdk jgn la ptuskn lngsung hbungan dgn mak ayh. btanya la kabar mak ayh skli skala bt terubat rindu mereka.
Quote Boomibulat 15-4-2020 02:08 PM
Harap2 balik la..mak pun ada lagi..mesti dh tua sgt kalau tgk anak dia pun mcm 60an dah..semoga sempat bermaafan..
Quote nefnefnef 15-4-2020 02:15 PM
A brighter note of MCO saga
Quote LadyCarefree 15-4-2020 03:35 PM
hyie: dye dye dye



Jew jew jew
Quote qicki 15-4-2020 03:58 PM
ada kot isu dalaman famili yg kita xtau.....tp mak masih ada.....hmmm....doakan yg terbaik  jela
Quote Leonclay 15-4-2020 04:18 PM
Ada hikmah yg tersembunyi..semoga abg tu blk la jmp ahli keluarga lps pkp ni..air dicincang xkn putus
Quote Lolalala 15-4-2020 04:45 PM
hyie: dye dye dye


Selalu baca "kill kill die die"
Quote susukambingbest 15-4-2020 05:38 PM
Ada la tu yg dia malu nk blik. Bnyk msalah dlaman org memencilkn diri ni. Mgkin jnis sembang kencng pastu trbongkar sbnrnya papa kedana, mgkin ada khidupan songsang, mgkin merajuk hati dgn family n lain2 lg sebab. Moga balik la pakcik jumpa mak kt kg ye. Jgn dah jd pnghulu rasa pnting sgt smpai bz xblh blik kg plk Aizam dah balik jmpa mak ke belum?
Quote oranjes 15-4-2020 06:47 PM
Lolalala replied at 15-4-2020 04:45 PM
Selalu baca "kill kill die die"

tu lah...tak boleh ke tulis elok2...
Quote rayray28 15-4-2020 10:24 PM
Adik dia umur berapa tu?  Cm muda je lg tgk gmbr profile tu dgn guna dye dye bagai.. Mase abg g kl tu dia kecik lagi kot
Quote biozipstar 18-4-2020 10:42 PM
dulu aku penah tebiu 1 fam gelandangan.. laki bini n anak... tido situ sbb kena tipu dlm perniagaan. lepastu kt kg, kena halau pulak dgn pacik. jadi xtau nak buat apa terpaksa jadi gelandangan. tapi yelah, org msia pemurah, stp hari senang dapat makanan... ada tu jadi gelandangan bertahun2... hmmmm.. xtaulah.. lepas PKP myb kena hapuskan team gelandangan ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056407 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top