CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Langgar PKP Sebab Hantar Makanan Pada Awek, Majistret Pun Geli Hati

18-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 11180| Komen: 85|Original author: Oleh: rikuren

Description: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk fasa ketiga. Tapi, ramai masih ingkar dan memberikan 1,001 satu alasan untuk tidak tetap di rumah.

Kredit foto: Google - Gambar Hiasan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk fasa ketiga. Tapi, ramai masih ingkar dan memberikan 1,001 satu alasan untuk tidak tetap di rumah.

Pada fasa ini, pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan orang ramai mengambil kesempatan melanggar PKP sesuka hati.

Buat masa ini, individu yang melanggar PKP akan terus ditahan untuk siasatan sebelum dirujuk ke mahkamah keesokannya bagi pendakwaan mengikut Akta Polis dan Akta Penyakit Berjangkit

Perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini mengundang perhatian warga maya mengenai kisah seorang pemuda berusia 17 tahun yang sanggup keluar semasa PKP dengan alasan mahu menghantar makanan kepada teman wanitanya.



Apabila ditanya majistret sudah berapa lama berpasangan, pemuda berkenan dengan jujur menyatakannya. 

"2 tahun 14 hari,"
jelas pemuda itu dengan begitu terpeinci sekali sehingga mengundang geli hati majistret bertugas.

Pemuda berkenaan direman dua hari dalam lokap atas keingkarannya.

Warganet memberikan pelbagai reaksi di atas 'pengorbanannya' itu.


Jangan main-main dengan effort lelaki...


Sanggup lakukan perkara sia-sia....
Tinggi sangat KPI ko dik...
Kredit foto: Twitter @zakishh25

Bila dah sayang, sanggup berkorban dan berjuang demi cinta. Lautan api sanggup kurenangi, apalah sangat roadblock dan tidur lokap tu. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Elanarose


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 18-4-2020 10:31 AM
Kalah monkeys like isa+risteena. {:teatime
Quote sarah82 18-4-2020 10:32 AM
Hahaha.. Aku baca semlm kat ig.. lawak gila. Detail lagi bagitau dah brp lama couple..
Quote TravellingBear 18-4-2020 10:35 AM
Tak boleh blah dgn komen kat twitter. Dasattt. Terigt aku ada baca thread kat bod LE pasal porumer nama veneer. Kihkihkihhhh
Quote KIM.K 18-4-2020 10:40 AM
ok la tu dulu pun kaka selalu dapat lauk. Jam 12 malam pun nak antor nasi tomato
Quote harizs 18-4-2020 10:46 AM
girlfriend dia ni klu balak dia lupa wish besday harus clash on the spot
Quote sh00 18-4-2020 10:50 AM
Untung laaa dpt BF gini..semoga perhubungan berkekalan sampai habis PKP ya
Quote Tinot7 18-4-2020 10:54 AM
Semoga berkekalan..
Quote LadyCarefree 18-4-2020 10:55 AM
Xlawak pon. Jantan mcam ni xlayak kahwen sbb xde lg rasa tanggungjawab sbb xpatuh arahan
Quote sukacactus 18-4-2020 10:56 AM
Aku yg pompuan pun xsedetail, calculate sebegitu
Teruk sgt ke kalau sampai skrg, aku xingat bila exact date aku bertunang
Dan pernah skali, under 6 years of marriage, aku lupa anniversary kami
Sampai merajuk laki aku
Quote munchkin 18-4-2020 11:04 AM
Depa dowload app kira berapa hari tu kot.

Kasi denda tak?
Quote bakingsoda 18-4-2020 11:16 AM
ingatkan isa khan kena tangkap nak hantar makanan kat ristina yg kebirahan eh kelaparan
Quote MisXoXo 18-4-2020 11:18 AM
Xpaham lah...sian bdk ni kena..yg artist2 chill2 ja g umah exwife...hntr telo bagai..hntr coklatlah semalam...padahal ex tu kaya jg.xda plak kena tahan..eh..xpahamm lah.sgt2 xpahamm..ni yg kena tahan org2 marhaen ja ni..
Quote asma87 18-4-2020 11:22 AM
MisXoXo replied at 18-4-2020 11:18 AM
Xpaham lah...sian bdk ni kena..yg artist2 chill2 ja g umah exwife...hntr telo bagai..hntr coklatlah  ...

Sbb budak ni kuar waktu larangan. Apesal xhantar waktu siang
Quote sarah82 18-4-2020 11:47 AM
munchkin replied at 18-4-2020 11:04 AM
Depa dowload app kira berapa hari tu kot.

Kasi denda tak?

Tido lokap 2 hari.. Mungkin kena denda juga
Quote munchkin 18-4-2020 11:50 AM
sarah82 replied at 18-4-2020 11:47 AM
Tido lokap 2 hari.. Mungkin kena denda juga


Denda elok lagi. Income utk negara tu.
Quote mbhcsf 18-4-2020 11:52 AM
love is a strong motivator sungguh...u see?

sampai boleh ingat details macam tu


inilah kalau berkasih

so ironic kes kes syariah court dalam tuntutan nafkah...sampai naik turun mahkamah...

lelaki juga


isk isk....dunia , inilaa dunia
Quote capiloton 18-4-2020 11:55 AM
chenta monyet.
bila masuk IPT, jumpa la orang lain nanti
Quote amyza 18-4-2020 11:57 AM
Biasa orang laki yg slalu lupa important date
Quote sayawifenikmie 18-4-2020 12:01 PM
-- rasanya ni kalau kena denda ribuan RM, warga tweeder akan buat collection utk bantu ----- acik feel u nakkk ---- terasa pulak kehangatan bercinta zaman dulu2 --- makan tak lalu selagi tak jumpa boipren ...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063769 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top