CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dalam Hati Ada Taman - Geng Mat Rempit Kumpul Duit Bantu Golongan Terjejas PKP

18-4-2020 09:30 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3810| Komen: 11|Original author: Oleh: rikuren

Description: Selama ini, mat rempit sering dipandang negatif kerana dikatakan sering membuat masalah di jalan raya. Namun, lain pula kisahnya di Kelantan.


Selama ini, mat rempit sering dipandang negatif kerana dikatakan sering membuat masalah di jalan raya. Namun, lain pula kisahnya di Kelantan.

Kumpulan mat rempit di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu Team Prihatin KB, Team Isabella96 dan Team Belia Cherang Cakna telah mengeluarkan duit sendiri untuk membeli barang keperluan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang tempoh Periintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Loading FB Post...




Kredit foto: FB

Perkara ini dikongsi oleh salah seorang ahli kumpulan itu, Muhamad Ariffuddin Shukri yang mengatakan dia dan rakan-rakan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlepas pandang oleh pihak berwajib dan turut terjejas akibat PKP.

Mereka telah berjaya mengumpul sebanyak RM5,000 tanpa bantuan pihak lain dan memperuntukkan RM50 bagi setiap keluarga. Barang keperluan yang mereka sumbangkan itu seperti beras, gula, minyak masak, susu, sardin, tepung dan roti.

Katanya, sehingga kini sebanyak 100 keluarga telah menerima bantuan daripada mereka.


Loading FB Post...

Menurut Ariffuddin, aktiviti kebajikan ini turut disertai YB Bedul atau nama sebenarnya, Nik Mohd Samsul, 29, salah seorang pelakon dalam sebuah produksi arahan Syahmi Sazli (influencer).

Tidak semua mat rempit adalah orang jahat. Mat rempit juga cakna akan kesusahan orang lain. 

Teringat dialog filem Adnan Sempit " Muka je ganas, dalam hati ada taman". - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-4-2020 09:33 AM
Bagus dik... Tapi jgn la korang press motor dekat pam minyak...
Quote Tinot7 18-4-2020 09:37 AM
Bagus la buat baik.. tapi toksah la nak merempit gak ye
Quote Nes3in1 18-4-2020 09:45 AM
Bagus la tapi lepas ni jgn la merempit lagi membahayakan org lain pulok. Ekzos motor jgn bagi kuat stress meol dgr sampai tingkat atas ni ha mengalahkan bunyi motor virago.
Quote KIM.K 18-4-2020 09:54 AM
Ni geng2 mat moto macam santai anak utara bukan rempitz racing
Quote munchkin 18-4-2020 10:10 AM
Alhamdulillah murah lah rezeki mu.
Quote matchstick 18-4-2020 10:37 AM
Yg penting budu cap ketereh tidak dilupakan.. Tetap ada dlm senarai barang keperluan set2 kelate
Quote Artemesiaa 18-4-2020 05:45 PM
Kerja yang baik harus dipuji
Quote nefnefnef 18-4-2020 05:52 PM
Antara berita yang menyejukkan hati. Kipidap!
Quote biozipstar 18-4-2020 09:36 PM
kalau mat rempit ni pekerjaan asal dia apa.. kalau nak sedekah kena ada duit lebih. kalau diri sndiri pn x cukup, x payah sedekah... tapi okay lah beri pada yg memerlukan.... kat tempat aku, kaw org mcm ada duitlah. bukan berada, so aku pn xtau nak tolong siapa (konsep jiran saja)
Quote isseliparjepun 19-4-2020 11:18 AM
Semoga dengan kebaikan yang dibuat, mereka akan meninggalkan dunia rempit. Itulah harapan akak. Dan teruslah berusaha dan kerja dengan lebih kuat. Cari rezeki halal bantu tingkatkan ekonomi keluarga. Sekian harapan akak.
Quote sarahmirza 19-4-2020 02:57 PM

Ada 2 kumpulan mat rempit, satu yang rempit motor berpisah teda, satu lagi rempit racing jalan raya aku yang punya.

Latter is better die young.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.119329 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top