CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Benci Rohingya Yang Jadi Mangsa Kezaliman - Tun Mahathir

30-4-2020 09:34 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 10691| Komen: 106|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak membenci pelarian Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman di tanah air sendiri.
Kredit foto: Facebook


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak membenci pelarian Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman di tanah air sendiri.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa Myanmar dan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi yang patut dikecam kerana kezaliman mereka.

Malah, Dr Mahathir menyarankan agar Malaysia menolak hubungan perdagangan dengan Myanmar.

"Kita juga perlu meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Myanmar. 

"Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia.

"Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman," jelasnya melalui kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook miliknya.


Beliau menambah, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman yang dilakukan Myanmar.


Loading FB Post...

Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa mengusir bot yang membawa kira-kira 400 pelarian Rohingya baru-baru ini sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Apa yang patut dilakukan adalah membekalkan mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar," ujarnya.

Beliau juga menyedari mengapa orang Melayu yang dahulu bersimpati dengan pelarian Rohingya kini membenci mereka.


Tun Dr Mahathir Mohamad dan wakil pelarian Rohingya di Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani.
Kredit foto: Facebook

"Apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci," katanya.

Kalau marah sangat pun, tidak wajarlah pukul rata semua pelarian Rohingya sebagai berperangai buruk dan memaki hamun mereka. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-4-2020 09:36 AM
"Dr Mahathir turut menyifatkan tindakanpihak berkuasamengusir bot yang membawa kira-kira 400 pelarian Rohingya baru-baru ini sebagai tidak berperikemanusiaan."


Syukur alhamdulillah Tun x jadi PM dah. ........
Quote umbut 30-4-2020 09:38 AM
Edited by umbut at 30-4-2020 09:40 AM

Ada bagi bahan makanan lah tok sebelum usir.. kita x lah jahat sangat. Cuma jgn mendarat kat sini.. dah banyak sangat...dah ler semua aim malaysia..
Quote shernazz 30-4-2020 09:40 AM
Yang pakar jenayah cakap kan icj dah buat keputusan myanmar kena terima depa

Negara lain pon ramai juga oelarian tapi tak seramai rohingya neh kan...
Quote Orix 30-4-2020 09:41 AM
Kenapa cerita sekerat jah. Ini statement full che det psal Rohingya. Dia pun x setuju Rohingya dtg Malaysia n x setuju kita terima Rohingya.


ROHINGYA

1. Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya.

2.Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam. Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya. Dan orang Rohingya pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati dari kita.

3.Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci.

4.Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

5.Tetapi menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai 2 bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

6.Apa yang patut dilakukan ialah membekal mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar.

7.Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.

8.Kita juga perlu meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia.

9.Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman. Negara-Negara Islam dan OIC perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.
Quote Orix 30-4-2020 09:41 AM
noor2 replied at 30-4-2020 09:36 AM
"Dr Mahathir turut menyifatkan tindakanpihak berkuasamengusir bot yang membawa kira-kira 400 pelaria ...

sukurrr lah khuens org PAS nak bela Rohingya. bertakbir gituh
Quote noor2 30-4-2020 09:46 AM
Orix replied at 30-4-2020 09:41 AM
Kenapa cerita sekerat jah. Ini statement full che det psal Rohingya. Dia pun x setuju Rohingya dtg M ...

Terima kasih info orix. ....tapi kan kalau Tun kata mereka akan pergi ke negara lain kenapa sampai sekarang dah 30 tahun mereka masih kekal di sini. ...nak tunggu negara lain ambil. ..X mungkin ...nk tunggu pelarian ni pergi ke negara lain. ..mereka sendiri x nak pergi....

Kalau kita ambil lagi pelarian cth 400 orang tu...yg 400 tu mau ke pergi ke tempat lain mcm yg dah lama bertapak ni...dah jadi gangster pun ada..kawin pula dgn orang tempatan. ..
Quote DARSITA 30-4-2020 09:47 AM
Orix replied at 29-4-2020 05:41 PM
Kenapa cerita sekerat jah. Ini statement full che det psal Rohingya. Dia pun x setuju Rohingya dtg M ...



Aii ingat lagi gambar Tun dgn Aung San Suu Kyi. Tun mcm maleh/tak hingin nak bergambar dgn Aung.


3.Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci.

4.Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.

Negara mana nak ambil dia orang? negara negara keliling dia orang pun miskin miskin. Nak masuk Indonesia? Brunei?


Quote kekekek 30-4-2020 09:49 AM
Siapa la yang nak amek depa ni. Konsep nak singgah sekejap kat Malaysia ni sebagai pelarian memang boleh campak dalam longkang.
Quote DARSITA 30-4-2020 09:52 AM
noor2 replied at 29-4-2020 05:46 PM
Terima kasih info orix. ....tapi kan kalau Tun kata mereka akan pergi ke negara lain kenapa sampai ...


Tun mengurus negara patut menteri menteri pertahanan/dlm negeri lah yang buat ni semua. Masalahnya politicians kita sendiri yang meria ia membela dan bagi betis kpd pelarian ini (ehem! wak jahid). Kalau (kalau la kan) pihak yg dipertanggunjawap buat kerja memantau idak lah negara kita penuh dgn Indon, Bangla, Cina, Korea, Aprika etc. Dulu we all buat perumah di IOI Puchong kemain govt keluar perintah staff indonesia kena ada permit. Bila dah bayar duit permit (time tu 1500) permit tak dpt dpt duit kena songlap. Bila buat report - repot jadi cold case.


Yang ni mmg aii salahkan govt tak kira PH ka PN ka BN.


Quote Tinot7 30-4-2020 09:54 AM
Aritu bkn ke dah bg makanan sblm suruh depa patah balik?
Quote noor2 30-4-2020 09:55 AM
DARSITA replied at 30-4-2020 09:52 AM
Tun mengurus negara patut menteri menteri pertahanan/dlm negeri lah yang buat ni semua. Masalahn ...

Rakyat kita ni bersaing hidup dengan banyak bangsa pelarian parasit di negara kita yg makin sempit ni Dar. ..dengan masalah sosialnya. ..dengan penyakit yg dibawa mereka juga. ..dengan penempatan haram lagi. .....banyak negatif dari positifnya. ..
Quote DARSITA 30-4-2020 09:57 AM

Dia orang ni eloklah balik negara asal - kadar kadar kan diri sendiri jangan nak itu nak ini lelebih sangat.

Aii tgk video youtube,  elok ada jer orang Melayu Islam tinggal di Myanmar tak kena kacau tak kena bunuh padahal berugama ISLAM mcm rohingya jugak. So isu kena bunuh sbb Islam tak boleh diterima.
Quote Orix 30-4-2020 10:06 AM
DARSITA replied at 30-4-2020 09:57 AM
Dia orang ni eloklah balik negara asal - kadar kadar kan diri sendiri jangan nak itu nak ini leleb ...

Ini bukan soal agama lah. Ini soal kaum. Even dalam al-Quran pun selalu sgat sebut pasal kaum, kaum, kaum. Igt lg firman tentang Allah xkan ubah nasib sesuatu kaum tu, melainkan kaum tu yg mengubahnya sendiri.

Kawan iols yg dr Myanmar pernah ckap, depa benci Rohingya sbb perangai suka duduk tanah org, bila kena halau mengamuk/ play victim. n kawan iols tu Muslim. Dia pun dari keluarga susah dari Myanmar juga, jadi student tajaan Albukhary di Malaysia n kerja pun kt cni.


Quote misuke 30-4-2020 10:06 AM
noor2 replied at 30-4-2020 09:46 AM
Terima kasih info orix. ....tapi kan kalau Tun kata mereka akan pergi ke negara lain kenapa sampai ...

kan... x  yah husnuzon sgt la tunnn.. nak tggu habis tanah mesia ni dituntut puak tu ke

Quote ais_kosong 30-4-2020 10:07 AM
Diamlah.
Yang sedia ada pun berpuluh ribu dah. Gigih nak bawa masuk lagi.
Quote DARSITA 30-4-2020 10:08 AM
Orix replied at 29-4-2020 06:06 PM
Ini bukan soal agama lah. Ini soal kaum. Even dalam al-Quran pun selalu sgat sebut pasal kaum, kau ...



Maksud aii dia orang dtg sini dgn alasan "mereka dibunuh di sana kerana berugama Islam". tu yang buat hati politicians jadi lembut mcm soya.


Quote Ina8895 30-4-2020 10:08 AM
Setuju Tun!
Quote Bedah.Cun 30-4-2020 10:10 AM
Tak kesahlah kaw nk cakap haper pun Tun MahaMurugan. Habeh yang orang benci kat weols Melayu yang dizalimi oleh politicians Kerala mcm mekomer pulak macam mana?!!
Quote KIM.K 30-4-2020 10:10 AM
Ko menzalimi melayu

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056364 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top