CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ikut Suami Ambil Syabu Lepas Seminggu Bersalin, 5 Anak Dibiar Hidup Melarat

1-5-2020 10:42 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6564| Komen: 126|Original author: Oleh: intan

Description: Sudahlah suami isteri menagih dadah, malah dibiarkan kelima-lima anak hidup melarat tanpa penjagaan sewajarnya.
Sudahlah suami isteri menagih dadah, malah dibiarkan kelima-lima anak hidup melarat tanpa penjagaan sewajarnya. 

Penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat seolah-olah menjadi duri dalam daging dan ternyata telah menjadi musuh nombor satu dalam negara sejak azali lagi.


Baru-baru ini, pihak berkuasa serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani telah membuat lawatan mengejut di Kampung Padang Hang, Alor Setar Kedah di sebuah rumah yang ternyata mendedahkan kepada umum mengenai betapa seriusnya masalah dadah dalam kalangan masyarakat kita.

Lawatan yang diadakan di Fasa PKP pada 29 April lalu dengan kebenaran pergerakan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut disertai pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-Kanak, Kaunselor JKM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.



Kredit foto: Dr Zaki Zamani

Dalam lawatan tersebut, dua buah rumah telah dilawat dan didapati satu pasangan suami isteri terbabit dengan dadah. 

Difahamkan, mereka mempunyai lima anak. Dua daripadanya tiada surat beranak, anak kedua tidak pernah bersekolah, manakala yang bongsu baru sahaja berumur seminggu.

Bapa kepada anak-anak tersebut bersama saudaranya telah didapati positif Methamphetamine dan telah dibawa ke pejabat AADK. Manakala, si ibu kini berada di rumah keluarga kerana berpantang bersama empat anaknya yang lain.



Kredit foto: Facebook Dr Zaki Zamani

Sungguh mengejutkan apabila si ibu mengaku baru sahaja mengambil syabu kali terakhir pada kelmarin. Kata Dr Zaki, AADK akan memantau si ibu sehingga habis berpantang.

Katanya, kebajikan anak-anak seperti pendaftaran persekolahan akan diselesaikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tamat tempoh PKP. Buat masa ini, anak-anak berkenaan di bawah jagaan datuk mereka kerana lebih selamat.


Loading FB Post...

Dr Zaki dalam penulisannya di Facebook kesal kerana tidak dapat membayangkan keluarga berkenaan yang boleh hidup dalam keadaan sedemikian rupa.

Menurutnya, ini bukan masalah kemiskinan semata-mata, tetapi disebabkan pengaruh dadah yang ternyata mampu melenyapkan kewarasan dan fungsi sosial manusia yang waras.

Jauhi dadah, laporkan kepada pihak berkuasa jika ada kes sebegini berlaku di kawasan tempat tinggal anda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 1-5-2020 02:09 AM
Rumah seperti ghost house
.. Kasihan anak bakal penajis dadah ..kerajaan ambil lah anak ...tahi dadah susah mahu insaf ..
Quote acikhan 1-5-2020 02:11 AM
Kesian kat ank2.. tgk gambar ank2 tu terus Haku tgk ank2 sendiri
Quote Tinot7 1-5-2020 02:15 AM
Dadah mmg musuh negara
Quote sarah82 1-5-2020 02:19 AM
Sebab tu aku sokong anak2 penagih diambik dan jaga under JKM.. Kita x boleh selamatkan penagih tapi kita boleh selamatkan anak2 depa dari jadi penagih dan jal kehidupan yg lebih baik
Quote 3480 1-5-2020 02:47 AM
Aku rsa gambaq atas rumah parent bini sbb katanya tgh bpantang kt rumah parent kn. Bwh rumah depa
Quote epuepy 1-5-2020 02:52 AM
Hm. X tau nk ckp mcm mne. Angkut mak bapak dia pegi pusat serenti.
Anak2, gi hanta jkm. Rimas tgok uma berkeladak mcm tu. Rasa nk berus je.
Quote nefnefnef 1-5-2020 03:32 AM
Semoga perangai makpak yg tak elok tu tak diwarisi anak-anak
Quote belacan_gurl 1-5-2020 04:10 AM
Bagus... mesti ada ahli keluarga yg x sampai hati pi report agensi dadah sbb fikir nasib anak2 si penagih ni...igt ye....sekali ko menagih ..sampai mati ko akan jadi taik dadah ...rentikan lah kata2 semangat mereka akan berubah selepas kena tangkap...phuihhh sgt
Quote Orix 1-5-2020 04:39 AM
Kesiannya mcm mn la boleh terjebak dadah ni hm
Quote ellez 1-5-2020 04:42 AM
Anak2 tu perlu ada org jaga..makin lama dibiar nti anak tu pun reti amik dadah jugak mengikut perangai buruk makpak.
Makpak tu boleh dibiarkan mati mereput je.
Quote acik79 1-5-2020 04:43 AM
Sian anak2 mereka...
Quote shernazz 1-5-2020 05:33 AM
Sedih tengok anak anak terbiar
Dan mak pak sedap kongkek sampai keluar baby lagi...
Harap pisahkan.mak pak dengan anak anak..
Kesian..
Maybe dengan di bawah jagaan jkm..kehidupan bebudak tu lebih baik..
Sian nya ...
Quote miszclassique 1-5-2020 05:35 AM
Hmm tengok gambar je dah rasa mual nak muntah...kesian anak2 hidup dalam keadaan gini
Quote otai_g 1-5-2020 05:48 AM
blh plk dpt stok di musim pkp ni.. Ada kilang dadah yg masih beroperasi ke?
Quote Lengkong 1-5-2020 05:50 AM
Kesiannya anak2..harapnya dapat kehidupan yang lebih baik selepas ini

Quote sambaldurian 1-5-2020 05:53 AM
maaf org kuala kedah, tp nape klu ak baca artikel ,mcm mostly area kuala kedah je kes2 menagih ni. mcm hotspot pulak. sbb dekat dgn thailand dan pantai ke. aritu operasi kt nelayan. (yup, klu ak google pun ada berita metro, asst komisioner berazam jadikan kuala kedah sifar dadah-sbb masyarakat kaitkan kuala kedah dgn dadah).  ak rs kena letak ka apmm kt situ.
Quote Kurex 1-5-2020 05:54 AM
Kau kenapaaaaa???????
Quote krustykrab 1-5-2020 06:09 AM
Laki bini ni elok dimandulkn je...menyusahkn hidup anak2...dah tua nk mampos nanti golongan ni la yg buat citer anak2 buang la, tak peduli la.
Quote little_sis 1-5-2020 06:12 AM
x sanggup baca dan tgk gambar, aku kalo citer camni rasa ngeri sgt imagine anak2 tu berada dlm kehidupan camtu.. harap jkm amik anak2 tu dan jaga..

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060957 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top