CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Harap Malaysia Perkenal Ubat Tradisional Untuk Rawat Covid-19

3-5-2020 10:53 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 6981| Komen: 33|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Menurut pakar perubatan dari China, vaksin bagi COVID-19 dijangka dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahu depan, sekiranya proses penyediaannya berjalan lancar, lapor BERNAMA.


Gambar hiasan
Foto: Carian Google


Menurut pakar perubatan dari China, vaksin bagi COVID-19 dijangka dapat disiapkan pada hujung tahun ini atau awal tahu depan, sekiranya proses penyediaannya berjalan lancar, lapor BERNAMA.


"Ketika ini, seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.


"Bagaimanapun, memandangkan permintaannya amat tinggi, boleh dikatakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit tahun depan," katanya menerusi penterjemah dalam satu temu ramah eksklusif bersama media di Pejabat Kedutaan China.



Foto: The Star Online


Doktor dan penyelidik pasca kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China, Sun Jiufeng berkata, republik itu sedang membangunkan dua vaksin berbeza yang masih di peringkat percubaan klinikal dan dijangka siap pada Mei atau Jun nanti.


Turut hadir dalam sesi temuramah itu ialah ketua doktor, profesor dan penyelia pasca siswazah Perubatan Kecemasan Bersepadu China dan Barat, Li Jun yang berkata, ketika ini banyak perbahasan timbul mengenai rawatan alternatif untuk COVID-19.


Walaupun tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya, ubat tradisional China dikatakan banyak digunakan bagi merawat pesakit wabak maut itu di republik berkenaan dan telah dibuktikan agak berkesan.


"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk manfaat pesakit.


"Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan, jadi kami mengunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan,"  katanya. - CARI


Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 3-5-2020 11:05 AM
vaksin ke intravenous vit.c
Quote ninja9 3-5-2020 11:12 AM
Mesti pening dan serba salah semua doc2 di malaysia bila ada cadangan begini.

Dahlah tak ada dalam silibus, kena cuba pula masa emergency, meraba-raba pula nak buat konklusi pasal keberkesanan, kesan sampingan dan bahaya.. Kalau ada guidance mungkin ramai doc yg berfikiran terbuka untuk cuba
Quote ctcheery 3-5-2020 12:13 PM
Ubat tradisional China nih Ada ujian klinikal ke. Yg Hari Tu ikan Singgang pun kena kecam, tak dak ujian klinikal katanya
Quote Atata 3-5-2020 12:15 PM
Mesti si rapidah, si imelda meroyan dengar
Quote ResellerMaxis 3-5-2020 01:08 PM
Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?
Quote Artemesiaa 3-5-2020 01:11 PM
Untuk merawat tak pasti ia berkesan atau tidak tapi untuk membantu dalam meningkatkan daya tahan badan mungkin boleh macam ambil suppliment vitamin
Quote arnauld 3-5-2020 01:18 PM
Yg 98.4% tu tak mkn ubat pun baik tau....
Quote sambaldurian 3-5-2020 01:47 PM
ala cadangan pun, klu gitu baik panggil tabib sensei malaysia je. x pyh panggil china dtg
Quote sharlenetexas 3-5-2020 01:49 PM
Er... Bak kata doktor2 instafemes, tak ada bukti klinikal
Quote ALDRIN 3-5-2020 02:22 PM
ResellerMaxis replied at 3-5-2020 01:08 PM
Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?

Singseh dgn tabib buasir kot......
Quote MarryPottet 3-5-2020 02:42 PM
Mereka tu anak murid raja bomoh malaya cawangan tanah besar china ka?
Quote Tinot7 3-5-2020 05:02 PM
Bior betik?

"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat COVID-19 secepat mungkin untuk manfaat pesakit.
Quote MadameOnion 3-5-2020 07:40 PM
Ubat moden pun depa..ubat tradisional pun depa..sebenaqnya takyah cuba2..depa mmg dah ada ubat..saja nak drag tu
Quote CiliPadiSedap 3-5-2020 08:02 PM
ResellerMaxis: Ni china bebetul hantar pakar covid ke tabib yg terpaksa tutup business sbb lockdown?

Kedai tabib jual akar kacip vokuru
Quote gigahertz 3-5-2020 09:11 PM
Tinot7 replied at 3-5-2020 09:02 AM
Bior betik?

"Kami berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dar ...

i dah ada ubat. ubat dia air kelapa. minum air kelapa dapat menjauhkan corvid ( insyallah )
i agak je. pasal air kelapa menurunkan suhu badan.
Quote Tinot7 3-5-2020 09:17 PM
gigahertz replied at 3-5-2020 09:11 PM
i dah ada ubat. ubat dia air kelapa. minum air kelapa dapat menjauhkan corvid ( insyallah )
i aga ...

Mkn panadol pun boleh turunkan demam...
Tapi virus masih bergentayangan.
Org yg ada imuniti tu ok la. Patut interviu minah cainis kayangan itali yg jangkit dan bunuh satu kuarga kat sarawak tu, dgn mamat tabligh yg kayangan korea tu. Apa yg depa buat? Sbb muda? Kuat? Mkn suplimen?
Quote gigahertz 3-5-2020 09:20 PM
Tinot7 replied at 3-5-2020 01:17 PM
Mkn panadol pun boleh turunkan demam...
Tapi virus masih bergentayangan.
Org yg ada imuniti tu o ...

Air kelapa kalau minum jangan campur ais jangan campur gula. minum mentah. isi makan sekali. Sepanjang hari kenyang. sometimes bila kita sakit kena balik ke basic asal kejadian.


Quote Tinot7 3-5-2020 09:23 PM
gigahertz replied at 3-5-2020 09:20 PM
Air kelapa kalau minum jangan campur ais jangan campur gula. minum mentah. isi makan sekali. Sepan ...

Kaka, iols dok kat bandar la. Takde nyiok.
Tunggu gerai jalanan bukak 12 mei ye. Iols boleh beli air nyiok masa tu. Hehe
Quote apam 3-5-2020 09:38 PM
Kat malaysia pun ada rawatan alternatif. Boleh.cuba

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059518 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top