CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Tanzania Dakwa Betik, Kambing Positif Covid-19

4-5-2020 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3447| Komen: 14

Description: Presiden Tanzania, John Magufuli pada Ahad mempersoalkan jumlah kes Covid-19 yang meningkat mendadak di negaranya dengan 480 kes dan 16 kematian pada Rabu lalu.
Presiden Tanzania, John Magufuli pada Ahad mempersoalkan jumlah kes Covid-19 yang meningkat mendadak di negaranya dengan 480 kes dan 16 kematian pada Rabu lalu.

Menurut AFP, Magufuli menggesa pihak berkuasa membuat siasatan berikutan bimbang berlaku sabotaj.



Kredit foto: Daily Monitor

Situasi itu menyebabkan kerajaan itu dikecam hebat oleh pihak pembangkang kerana didakwa menyembunyikan maklumat dan gagal menangani wabak itu dengan serius.

Katanya, mereka yang diuji positif mungkin sebenarnya tidak dijangkiti Covid-19. Ini kerana, ujian terhadap pelbagai haiwan dan buah-buahan yang dilakukan secara rahsia menimbulkan keraguan apabila betik, kambing dan burung puyuh disahkan positif virus berkenaan.

"Ini bermakna ada kemungkinan berlaku masalah teknikal ketika melakukan ujian menggunakan kit yang diimport itu," ujarnya.

Menurut laporan, Tanzania merupakan salah satu negara di Afrika yang tidak menganggap pandemik itu sesuatu yang serius.

Walaupun sekolah dan institusi pengajian tinggi ditutup, pasar, perhentian bas dan kedai masih beroperasi seperti biasa. 

Malah, presiden itu juga tidak menghalang rakyatnya daripada terus bekerja serta mengunjungi gereja atau masjid.

Pada Ahad, dia mengutuk seorang pemimpin Muslim yang menutup masjid besar di Dar es Salaam pada Jumaat sebagai langkah mengelak penularan wabak maut itu.

"Ia sesuatu yang janggal menghalang orang ramai daripada memasuki masjid yang dibina oleh mereka sendiri. (Jangan pergi) kalau kamu takut, tapi jangan halang orang lain. Lagipun, krisis ini masih di tahap terkawal," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 4-5-2020 02:26 PM
Pasrah je la tanzania dapat bapak menteri bengap..sapa suruh korang undi kan hahaha
Quote Tinot7 4-5-2020 02:27 PM
negara2 aprika ni cukup kemampuan utk menguji ke tak?
Quote dubuk 4-5-2020 02:38 PM
let papaya ?
Quote epal21 4-5-2020 02:42 PM
Macam2. In the first place, DNA sequence pada betik dgn manusia, berapa % similarity nya yg kit tu boleh pick up? Kit tu mestilah detect specific sequence yg unique in humans. Mengarutlah Abe John ni.
Quote natrahn 4-5-2020 02:49 PM
bior betik????
Quote sharlenetexas 4-5-2020 02:59 PM
Biar betik?
Quote nefnefnef 4-5-2020 03:07 PM
Ah? Betik ponn??
Quote misuke 4-5-2020 03:20 PM
{:laugh{:laugh{:laugh

hiburan di bulan posa
Quote 234126 4-5-2020 03:21 PM
tergelak pulak baca. Ampun.
Quote acik79 4-5-2020 04:20 PM
Apa la lawaknya gi test kat betik
Quote Megikari 4-5-2020 06:09 PM
Baru je makan betik semalam. Mampuih la i kena covid pasni {:cryrun
Quote Artemesiaa 4-5-2020 06:12 PM
Tak pasal2 betik pun terbabit sama
Quote nisako 5-5-2020 11:28 AM
adui betikk pun hahaaass
Quote Supersirap 6-5-2020 05:34 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066518 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top