CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgar PKP, Nurul Hidayah Dan Suami Didenda RM800

6-5-2020 09:32 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 11570| Komen: 150|Original author: Oleh: Top5complete

Description: Memetik laporan Harian Metro, anak perempuan kepada Dato Seri Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah dan suaminya telah didenda sebanyak RM800 oleh mahkamah, semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergeraka ...
Memetik laporan Harian Metro, anak perempuan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah dan suaminya telah didenda sebanyak RM800 oleh mahkamah, semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Foto: Nurul Hidayah Instagram, thestraitstimes

Kes Nurul dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff menjadi tular bulan lalu apabila menyiarkan gambar mereka di Putrajaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pesuruhjaya Huzir Mohamed berkata, polis menerima arahan untuk menuduh kedua-duanya melakukan pergerakan tanpa kebenaran mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 3) 2020.

"Duo ini akan didakwa dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu.



Foto: straitstimes

Datuk Huzir berkata, Unit Siasatan Khas (D5) CID pada mulanya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran MCO.

"Siasatan kami mendapati, Nurul Hidayah memuat naik gambar di Instagramnya," katanya.


Foto: instagram nurul hidayah

Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, 41, didakwa memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia dan suami bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Semoga ini menjadi pengajaran untuk semua pihak. Tolong dengar nasihat kerajaan! - CARI

- Sebar kebaikan, tolak keburukan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 5-5-2020 11:30 AM
ngape ada diskaun 200
Quote Tinot7 5-5-2020 11:30 AM
Deme rasa bersalah tak lepas kena denda?
Quote kucingitam 5-5-2020 11:35 AM
apsal rm800 je?
Quote SANKURIANG 5-5-2020 11:38 AM
Makna nya memang bersalah la...kena denda kan.
Lepas n8 jangan prasan lak dia anak komedi dia boleh sesuka hati redah je.
Nak tengok apa lagi dia akan provoke netizen.
Nurul Izza( yang dah sah2 YB pun tak berlagak..tapi Nurul anak Yb je, bukan main lagi berlagaknya...jumpa menteri atas urusan rasmi.......sedar diri sikit....
Quote bangcak 5-5-2020 11:40 AM
eh eh eh...
yb pon kena rm1000.

tetiber anak hero rohingya dpt diskon
Quote Boomibulat 5-5-2020 11:41 AM
Dh buat rayuan kurang 200 kut..x masuk penjara ke..?
Quote pavlovachoc 5-5-2020 11:42 AM
800 je ..celah gigi diorg je tu
Quote misc 5-5-2020 11:47 AM
Patutnya lagi tinggi dari 1000 sebab dia ramai follower kat medsoc. Dia dah tunjuk teladan yg tak baik. Tindakan dia boleh mempengaruhi follower dia yg sama bangang.
Quote Orix 5-5-2020 11:55 AM
Y 800 not 80k ?
Quote mejaputih 5-5-2020 12:00 PM
ini tak adil..marhaen kena rm1k kenapa dia dpt diskaun? duit dia berkepuk2 kot..
Quote sharlenetexas 5-5-2020 12:01 PM
SANKURIANG replied at 5-5-2020 11:38 AM
Makna nya memang bersalah la...kena denda kan.
Lepas n8 jangan prasan lak dia anak komedi dia bole ...


Beza jauh sangat antara nurul izzah dengan nurul hidayah kaklong dari sehi pembawakan diri walaupun iols tak berkenan dengan bangnon.
Quote airmineral 5-5-2020 12:30 PM
xberkenan dgn dia ni. acah2. pppffff
Quote kucingitam 5-5-2020 12:32 PM
sharlenetexas replied at 5-5-2020 12:01 PM
Beza jauh sangat antara nurul izzah dengan nurul hidayah kaklong dari sehi pembawakan diri walau ...

jauh bertiang bezanya dua nurul ini..

Quote ibu_haritz 5-5-2020 12:34 PM
Apahal pulak dia kena RM800 je.. Org lain kena 1k..ade bapa kena pecah tabung nk byr denda anak..
Quote Megikari 5-5-2020 12:40 PM
Walaupun dia cuma kena 800 je, tp efeknya lagi besar. Nama baik, ego dia. Malu weyyy. Hari tu kemain bongkak kan.

Tapi i purcaya yg dia akan upkan ayat acah2 macam takpe la dia redha kena uji macam ni demi perjuangan bla bla bla..
Quote Xim 5-5-2020 12:41 PM
Edited by Xim at 5-5-2020 12:42 PM

Kaklongkang ni patut denda 800k....800 ape la sgt....ulang2 gak wat benda bodo....
Quote djzara81 5-5-2020 12:41 PM
Sikit sgt 800. Patut dgn status datuk kene 10K.
Quote lazim 5-5-2020 12:43 PM
sepiITUindah replied at 5-5-2020 11:30 AM
ngape ada diskaun 200

Voucher binti ahmad Zahid katanya
Quote belilies 5-5-2020 12:46 PM
Tt hati2 yek. Yang anak presiden umno tu kene spell besar besar takut orang tak nampak anak sapa

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063005 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top