CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebak Kenang Jasa Frontliners, Sultan Nazrin Berdiri Tepuk Tangan Tanda Penghargaan

13-5-2020 10:42 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6547| Komen: 25|Original author: Oleh: natrahn

Description: Hari Jururawat Sedunia tahun ini pasti sukar dilupakan kerana ia disambut di kala wabak COVID-19 sedang mengganas. Wira tidak didendang ini bukan sahaja terpaksa mengorbankan masa dan nyawa, tetapi tu ...


Hari Jururawat Sedunia tahun ini pasti sukar dilupakan kerana ia disambut di kala wabak COVID-19 sedang mengganas. Wira tidak didendang ini bukan sahaja terpaksa mengorbankan masa dan nyawa, tetapi turut meninggalkan anak dan keluarga demi keselamatan negara.

Walaupun tiada sambutan khusus dilakukan, pastinya negara amat menghargai jasa serta bakti yang ditabur oleh mereka. 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sendiri telah berdiri dan menepuk tangan sebagai tanda penghargaan buat para jururawat semasa sidang DUN Perak, semalam.

Dalam nada sebak, baginda kemudiannya berdiri sambil menyeru kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang bersidang di Bangunan Perak Darul Ridzuan supaya berdiri seketika sambil memberi tepukan tangan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi yang turut sama berperanan sebagai petugas barisan hadapan.




Video tersebut tular di Twitter dengan memperlihatkan baginda bertitah sebelum berdiri menghargai segala penat lelah frontliners ketika ini serta menyeru dewan parlimen sama-sama berdiri memberikan penghargaan buat jururawat.

"Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara."


Kredit foto: Bernama

Daulat Tuanku! - CARI
5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • suriamir

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 13-5-2020 10:52 AM
Salah satu king kita yang elok rupa dan perwatakan  humble dan sangat bijak. Daulat Tuanku.
Quote nefnefnef 13-5-2020 11:18 AM
Long live our Sultan Nazrin
Quote kucingitam 13-5-2020 11:19 AM
234126 replied at 13-5-2020 10:52 AM
Salah satu king kita yang elok rupa dan perwatakan  humble dan sangat bijak. Daulat Tuanku.

ya betul sgt2 ni.

Quote Kurex 13-5-2020 12:53 PM
Iols pun bangga dgn frontliner, abg askar & abg pulis, abg bumba...
Quote nazzse 13-5-2020 01:11 PM
They deserved this and many more. Thank you frontliners.
Quote Sangkar_Emas7 13-5-2020 02:32 PM
Alhamdulillah..kalau i jd nurse & other frontliners, mesti bangga sangat2 & terharu dpt menyumbang pd negara.

Thank you frontliners! Daulat Tuanku.
Quote Supersirap 13-5-2020 03:47 PM
Memang selayaknya jururawat diberi penghormatan, tahniah dan selamat hari jururawat kepada jururawat-jururawat di seantero dunia.
Quote evlinne 13-5-2020 03:56 PM
Long live the King!
Quote GigaMom 13-5-2020 04:16 PM
Jangan tua dulu tuanku
Quote munchkin 13-5-2020 09:16 PM
Sayang Sultan Nazrin sekeluarga.
Quote MadameOnion 13-5-2020 09:51 PM
Antara sultan terbaik  di Malaysia
Quote aliazulaikha 13-5-2020 09:53 PM
Thank you frontliners
Quote aleesyasofia 14-5-2020 02:33 AM
selamat hari jururawat.. terima kasih kpd frontliners.. terima kasih juga buat my mum..
Quote annawleeya 14-5-2020 11:48 AM
Salute & thank you frontliners
Quote annawleeya 14-5-2020 11:49 AM
Salute & thank you frontliners
Quote beatgirlX 16-5-2020 01:56 AM
They deserve better..rasa aku pun nak tu duk hormat
Quote Lailerthee 17-5-2020 01:31 AM
Suka tengok sukran nazrin n wife
Quote supernaturalee 17-5-2020 01:36 AM
My sultan
Org perak mmg cenggini
Quote ina_na 17-5-2020 03:47 AM
Sultan perak ni ensem btl2.. Penah jumpa depan2 ms tu beliau blm kawin dgn sultanah.. Sultanah pun lawa btl..Couple kot ms tu.. Ya ampun sama2 lawa.. Sultanah tu dl senyum je.. Jln belakang skt dr sultan perak.. Body guard x yah ckp la kan.. Mmg ramai..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top