CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Sentuh Pakaian Tercemar, Pekerja Dobi Jangkiti Belasan Pelanggan

17-5-2020 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4410| Komen: 19

Description: Pekerja dobi dipercayai menjangkiti belasan pelanggan selepas dia disahkan positif Covid-19 menerusi pakaian tercemar.
Pekerja dobi dipercayai menjangkiti belasan pelanggan selepas dia disahkan positif Covid-19 menerusi pakaian tercemar.

The Sun melaporkan, saintis sedang menyiasat penyebar yang telah menjangikiti 13 individu di Shulan, wilayah Jilin itu.



Wu Zunyou, kanan
Kredit foto: The Sun

Menurut media tempatan, wanita berkenaan mendapat Covid-19 selepas ada kontak rapat dengan beberapa pelancong Rusia antara 8 dan 30 April.

Wanita itu dipercayai telah menjangkiti suami, tiga adik perempuan dan beberapa ahli keluarga lain.

Berikutan itu, pakar dari Suruhanjaya Kesihatan Nasional dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) kini dalam usaha mengenal pasti sama ada jangkitan berpunca daripada pakaian tercemar.

Pakar epidemiologi, Wu Zunyou berkata, ada kebarangkalian pekerja dobi terbabit bukan pembawa virus maut itu.


Katanya, wanita itu mungkin dijangkiti pembawa lain yang tempoh inkubasinya lebih lama atau tanpa gejala.

Wu bagaimanapun berkata, kemungkinan kemunculan kluster baru seperti itu sudah dijangkakan.

"Namun, selagi kes dapat dikesan dan disiasat segera, penularan wabak itu akan dapat dibendung dengan cepat," ujarnya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 17-5-2020 12:30 PM
Nah sibuk sangat suruh buka dobi haritu kan
Quote sarah82 17-5-2020 12:37 PM
Cancel la aku pi dobi DIY.. Tak apa aku basuh sendiri karpet gebu aku
Quote Nahnukutu 17-5-2020 12:41 PM
Senang cerita Covid ada di mana2 mcm udara

Mana mau lari lagi? ...
Quote dubuk 17-5-2020 01:03 PM
sebuah kisah sedih..

Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would it be the same
If I saw you in heaven?..
Quote Eric.n9 17-5-2020 01:14 PM
Seperti biasa, state run media akan salahkan orang lain
Quote AbukRokok 17-5-2020 01:17 PM
so kalau pakaian dalam dobi boleh dijangkiti yang bersabun dan berair
boleh kan dijangkiti daripada makanan?
boleh kan dijangkiti daripada minuman?
boleh kan dijangkiti daripada parit dan pembetungan?
boleh kan dijangkiti daripada saluran air?
Quote i_is_kennot 17-5-2020 01:19 PM
Wartawan2 yg berlunggok di tepian sudut, sila hadamkan,   melainkan chuols kebal convid!  
Quote sarah82 17-5-2020 01:22 PM
Eric.n9 replied at 17-5-2020 01:14 PM
Seperti biasa, state run media akan salahkan orang lain

Beranikah dia salahkan HAIL MOTHER RUSSIA
Quote dubuk 17-5-2020 01:26 PM
AbukRokok replied at 17-5-2020 01:17 PM
so kalau pakaian dalam dobi boleh dijangkiti yang bersabun dan berair
boleh kan dijangkiti daripada ...

sebelum covid ni aku minum air paip terus dari penapis.. tapi sejak covid aku jaga minum air masak

Quote Eric.n9 17-5-2020 01:31 PM
sarah82 replied at 17-5-2020 01:22 PM
Beranikah dia salahkan HAIL MOTHER RUSSIA

Directly dia takkan berani blame abam besar dia.
Gila dia nak hadap Cold War 2.0 ni sensorang, hehhe
Quote sarah82 17-5-2020 01:32 PM
Eric.n9 replied at 17-5-2020 01:31 PM
Directly dia takkan berani blame abam besar dia.
Gila dia nak hadap Cold War 2.0 ni sensorang, h ...

Hahaha.. Nak mampos.. Abg besar dia tu tak hangin x apa. Hangin kalooo.. Habis kena nuklear
Quote sarah82 17-5-2020 01:32 PM
Eric.n9 replied at 17-5-2020 01:31 PM
Directly dia takkan berani blame abam besar dia.
Gila dia nak hadap Cold War 2.0 ni sensorang, h ...

Hahaha.. Nak mampos.. Abg besar dia tu tak hangin x apa. Hangin kalooo.. Habis kena nuklear
Quote 234126 17-5-2020 01:40 PM
area rumah iol ni gigih dah puak-puak urban jogging. Ada yang pakai mask ada  yang tak. Kalau ye nak jogging pun guna route berbeza boleh tak? Ni semua tumpu route tu je. Confident peluh tu tak terpercik while lari-lari selisih tu? Ingat fresh air musim covid ni betul-betul fresh ke?
Quote Tinot7 17-5-2020 02:23 PM
Lepas cuci dan kering, pi batuk kat baju orang ke hapa?
Quote nefnefnef 17-5-2020 02:28 PM
Baiklah, no DIY dobi utk iols
Quote Manjahati 17-5-2020 03:58 PM
Nampaknya kena cuci jer kat umah time ujan2 ni
Quote prettyuglybabe 17-5-2020 04:19 PM
i rasa self laundry lagi selamat dari dobi yang hantar amik tu..
self service dah tentu u saja yang uruskan semua dari masuk keluar baju sampai habis..
yang hantar amik tu, dia pegang baju u dari awal sampai akhir..
masa nak lipat dah tentu tangan berpeluh melekat kat baju..
anyway, kata virus ni tak boleh hidup kalau tanpa carrier iaitu manusia..
so apasal nak salahkan dobi pulak..
Quote Nenolen 17-5-2020 04:24 PM
Biaq betui...ummah ruski yg menjangkiti ummah prc...mcm pelik pulak...
Quote nuno 17-5-2020 06:06 PM
sarah82: Beranikah dia salahkan HAIL MOTHER RUSSIA

Nak kena tembak ke?????salah ayat kau tu, yang betulnya ALL HAIL MOTHER RUSSIA!!!!!
ALL jangan lupa hahhaa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058819 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top