CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beradik Biar Digigit Black Widow Sebab Nak Jadi Spider-Man

27-5-2020 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3998| Komen: 25

Description: Tiga kanak-kanak di Bolivia dikejarkan ke hospital selepas membiarkan diri mereka digigit labah-labah Black Widow kerana mahu menjadi Spider-Man.
Tiga kanak-kanak di Bolivia dikejarkan ke hospital selepas membiarkan diri mereka digigit labah-labah Black Widow kerana mahu menjadi Spider-Man. 

Daily Mail melaporkan, mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu sedang mengembalak kambing di Chayanta di Potosi ketika terlihat labah-labah berbisa itu pada 14 Mei lalu.



Kredit foto: Film School Rejects / Shutterstock

Difahamkan, mereka kemudian mendekati labah-labah itu dan membiarkan ia menggigit mereka dengan harapan dapat bertukar menjadi adi wira berkenaan.

Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro berkata, kanak-kanak itu kemudian mengalami beberapa simptom dalam masa beberapa minit sebelum dibawa ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka yang bimbang.

Bagaimanapun, keadaan mereka dikatakan semakin memburuk sebelum hingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital di Llallagua.


Keesokannya pula, kanak-kanak terbabit dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak di La Paz selepas menunjukkan gejala semakin teruk seperti demam, menggigil, berpeluh dan sakit otot.

Tiga beradik itu bernasib baik kerana doktor berjaya merawat mereka sebelum dibenarkan pulang seminggu kemudian.

Lantaran kejadian, Pietro memberi amaran kepada ibu bapa supaya mengawasi anak mereka kerana kanak-kanak menganggap semua yang berlaku dalam filem adalah nyata.

Gigitan labah-labah Black Widow boleh menyebabkan pelbagai gejala dan membawa maut kepada anak kecil. - CARI
2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • hongkee1195

  • PomenObersea

  • kroit92

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-5-2020 01:27 PM
Ya Allah. ...nasib X arwah ...
Quote Cable 27-5-2020 01:34 PM
pngaruh barat
Quote KIM.K 27-5-2020 01:55 PM
Kalau gitu dik cat ladies yang huduh2 tu dah lama la kawin asyik bertukar jadi catwoman
Quote umbut 27-5-2020 02:40 PM
Budak2 imaginasi.. mak2 kena pantau cartoon bagai ni.. dulu ada kes budak terjun bangunan sebab nak jadi superman.. x ingat mati ke idak
Quote husna_amal 27-5-2020 03:33 PM
cuma nak tanya berjaya tak diorang dapat power spiderman tu ? Haha
Quote Betara_Indera 27-5-2020 03:44 PM
semuenye salah mendiang stan lee..
Quote amukgemuk 27-5-2020 05:09 PM
Tu dlm palaotak dah siap-siap fikir nak panjat dinding mana,
kawan mana yg dia nak bagi tau rahsia superpower,
siapa yg dia nak selamatkan,
dan lain lain.
Quote Abam_Leh 27-5-2020 05:14 PM
Sape cakap orang barat cerdik?


Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cerdik


Quote aliazulaikha 27-5-2020 05:46 PM
Hadoila
Quote si_wawa 28-5-2020 12:08 AM
Abam_Leh replied at 27-5-2020 05:14 PM
Sape cakap orang barat cerdik?

Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cer ...

Taklah dinafikan tentang tiada jaminan kecerdikan ummah barat tu.
.... cuma berita ni jadi di Bolivia.
Sebut Bolivia ni akan teringat Argentina, Peru, Ecuador.
Jenis ummah yg tiada dirujuk oleh masyarakat dunya sebagai--> westerner a.k.a org barat

Quote Supersirap 28-5-2020 02:04 AM
Nasib baik selamat, bayangkan jika mereka terpengaruh dengan cerita badang, muntah siapa yang akan mereka cari untuk makan
Quote sekngucing 28-5-2020 02:16 AM
Abam_Leh replied at 27-5-2020 05:14 PM
Sape cakap orang barat cerdik?

Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cer ...

org barat? tu bolivia cik.......
Quote CiliPadiSedap 28-5-2020 10:55 AM
Abam_Leh:   Sape cakap orang barat cerdik?   Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cerdik


Sesudu minyak kelapa dara menjamin sel2 otak berkembang.
Quote Abam_Leh 28-5-2020 11:41 AM
sekngucing replied at 27-5-2020 06:16 PM
org barat? tu bolivia cik.......

Opssssi sorry


Abam salah bace


Quote Abam_Leh 28-5-2020 11:42 AM
CiliPadiSedap replied at 28-5-2020 02:55 AM
Sesudu minyak kelapa dara menjamin sel2 otak berkembang.



Quote Abam_Leh 28-5-2020 11:47 AM
Cable replied at 28-5-2020 03:43 AM
acah2 duk oversea tp aurora dia katanya graviti...taikor bsr die pn x koser nk bekap die..elok je  ...

Abam tolong gelak je boleh


Quote gideoncross 28-5-2020 06:41 PM
Cable replied at 28-5-2020 11:45 AM
kalo ikut bolivia ni lg daif drpd argentna peru ecuador tu...tp barat mmg stupid pn...ade ke ank2  ...

Mcm pnyanyi trans dri German tu, Kim Petras, asal llaki pehtu jdi pompuan. Mak bapak plak sokong bulat2 bliau buat surgery msa umur lgi kecil lol, skrg ni dh hbis bntuk pompuan dh, suara pun dh suara pompuan tpi I'm sure bliau xkn prnh dtg period & xboleh pregnant haha.
Quote nenekglamer 28-5-2020 06:44 PM
Adoi dekk.. tu semua lakonan je dekkk... Nnt ada tak sapa2 nk dipanah petir? Kot jadi the Flash haha
Quote hiswife 28-5-2020 06:58 PM
Kaki dvd ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.164946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top