CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tertekan Akibat Lockdown, Aktres India Ditemui Tergantung Pada Kipas Siling

28-5-2020 07:20 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7779| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Description: Industri hiburan India dikejutkan dengan berita aktres bunuh diri akibat tekanan hidup berikutan pandemik Covid-19.
Industri hiburan India dikejutkan dengan berita aktres bunuh diri akibat tekanan hidup berikutan pandemik Covid-19.

HindustanTimes melaporkan, Preksha Mehta membunuh diri pada malam Isnin dan meninggalkan nota yang menyatakan dia tidak boleh hidup dengan 'harapan yang punah'.


Aktres berusia 25 tahun itu ditemui tergantung pada kipas siling rumahnya pada pagi Selasa.


Kredit foto: IG

Inspektor polis Rajeev Bhadoriya dari Balai Polis Heera Nagar berkata, pihaknya menemui sekeping nota bunuh diri di dalam bilik mangsa yang menyatakan bagaimana dia gagal untuk cuba kekal positif dalam mengharungi krisis pandemik tersebut.

"Impian yang hancur telah merosakkan keyakinan diri saya. Saya tidak dapat hidup dengan impian yang sudah mati. Sukar untuk hidup dalam keadaan negatif ini. Saya telah mencuba sejak setahun yang lalu. Saya dah penat," tulis nota itu.


Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kemurungan akibat lockdown yang dilaksanakan negara itu berikutan wabak maut berkenaan.

Menurut sepupunya yang tinggal berdekatan, Preksha merupakan seorang yang mempunyai harapan tinggi dalam kehidupan dan karier.

Katanya, daripada seorang yang ceria Preksha menjadi pendiam sejak kebelakangan ini.


Kredit foto: IG

Malah, beberapa jam sebelum dia membunuh diri, Preksha menulis status di Insta Story berbunyi; "Perkara paling buruk adalah apabila impian anda telah mati." - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 28-5-2020 07:30 AM
Aiol terpaksa google untuk tahu siapa sheol. Pelakon siri drama Crime Patrol rupanya. Takziah buat keluarga.
Quote mdhelmi 28-5-2020 08:04 AM
solution utk bunuh diri mmg jenis pendek akal
Quote CiliPadiSedap 28-5-2020 08:25 AM
pelakon bhajrangi baijan kejap je dah besar
Quote haryatie 28-5-2020 08:30 AM
sian nya
depress teramat depress ni
agak nya byk betul masalah dia
Quote Tinot7 28-5-2020 09:12 AM
Takziah kpd keluarga
Quote Tinot7 28-5-2020 09:15 AM
CiliPadiSedap replied at 28-5-2020 08:25 AM
pelakon bhajrangi baijan kejap je dah besar

Bkn Harshaali Malhotrayg lakon bajrangi bhaijan?
Quote loladaily 28-5-2020 10:24 AM
dua_chzy: Aiol terpaksa google untuk tahu siapa sheol. Pelakon siri drama Crime Patrol rupanya. Takziah buat keluarga.

Patutla mcm meols pnh tgk sheols sbb mak meols fan crime patrol tuu
Quote helicornia 28-5-2020 11:45 AM
leluhur ni dgn gantung diri berpisah tiada.
btw, artikel ni ckp dia kemurungan dh setahun. maksudnya bukan sbb covid la
Quote husna_amal 28-5-2020 11:46 AM
Takziah buat mangsa. Harap orang lain tak pilih cara macam ni. Jenis akal singkat je ambil keputusan bunuh diri.
Quote puteribaya 28-5-2020 12:57 PM
notanya:Saya telah mencuba sejak setahun yang lalu. Saya dah penat," tulis nota itu...bukan ke Covid ni baru tahun ni..maknanya bukan sbb pandemic ni..ia nya cuma conrtibution factor..ada sbb utama lain
Quote Rogue98 28-5-2020 03:26 PM
Kenapa lah nak bunuh diri. Orang lain pun banyak masalah tapi masih lagi bertahan.
Quote epuepy 29-5-2020 11:56 AM
Cantikk.  Tp syg mental stress smpi tarik nyawa sendiri.
Rip
Quote sambaldurian 31-5-2020 05:44 PM
ke ada kes mcm korean artist yg bunuh diri tu. yg kena layan vip2 tu.
Quote electricopop 1-6-2020 01:16 PM
Sian... RIP...
Quote kukukatablog 1-6-2020 11:47 PM
orang hindu ni percaya kelahiran semula,
so sbb itu agaknya senang, x suka hidup ni, bunuh diri,
nnt lahir semula kot dapat jadi ada jutawan agaknya....
Quote annehuda 2-6-2020 10:36 AM
kukukatablog replied at 1-6-2020 11:47 PM
orang hindu ni percaya kelahiran semula,
so sbb itu agaknya senang, x suka hidup ni, bunuh diri,
n ...

kelahiran semula ni bergantung ngan cara ko hidup gak. kalau ko masa hidupnye penuh dosa maybe in the next life ko akan hidup semula sebagai haiwan ke ape ke
Quote kualibesi 26-6-2020 11:52 AM
senang jaaaa bunuh diri... mcm jadi trend plk

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057625 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top