CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Covid-19 Sebenarnya Musnahkan Tamadun Manusia!

29-5-2020 09:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8710| Komen: 59|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Kalau ada satu perkara paling merosakkan yang Covid 19 lakukan kepada umat manusia, bukanlah kematian hari ini, tetapi lebih kepada ketandusan tamadun hari esok bila masa terus beredar dan keilmuan ...


"Kalau ada satu perkara paling merosakkan yang Covid 19 lakukan kepada umat manusia, bukanlah kematian hari ini, tetapi lebih kepada ketandusan tamadun hari esok bila masa terus beredar dan keilmuan serta pencapaian manusia itu sendiri membeku."


Hampir enam bulan dunia bertarung dengan pandemik Covid-19 yang bermula di China pada Disember 2019. Walaupun pada mulanya ianya dianggap wabak di negara itu sahaja, namun lama kelamaan ia mula berleluasa di seluruh dunia hingga mengakibatkan kesan buruk terhadap nyawa manusia mahupun ekonomi secara global. 


Di Malaysia sendiri, setelah 73 hari berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai terpalit impak buruknya. Kehilangan kerja dan perniagaan ditutup hingga terpaksa bergolok gadai apa yang ada. Walaupun ada bantuan, tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menyara hidup.


Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan ketika wabak ini masih belum ditemui penawarnya. Pengguna Facebook, Fdaus Ahmad mengolah realiti yang terpaksa dihadapi dalam norma baharu ini.


Kredit foto: FB

Kredit foto : Berita Harian

Menurut Fdaus, wabak maut ini menghilangkan suasana dan nilai kehidupan itu sendiri. Berapa ramai umat manusia yang telah kehilangan pekerjaan, perniagaan ditutup, pelajar tidak lagi mendapat ilmu dan pelbagai lagi kerencatan sosial. 

Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita terpaksa hidup bersama pandemik ini memandangkan vaksin belum ditemui. Jadi, kita tetap perlu mengamalkan penjarakan sosial yang membawa makna ruang dan masa selain terpaksa terkurung dalam situasi ini. Soalannya, sampai bila?


Kredit foto : FB

Kredit foto : Bernama

Sudahlah masa sekarang pun caca marba, generasi pelapis juga sudah kehilangan beratus-ratus jam yang sepatutnya digunakan untuk belajar, tetapi terpaksa berada di rumah kerana pandemik ini.


Kredit foto : FB

Kredit foto : Berita Harian

Berapa lamakah lagi kita terpaksa berada dalam norma baharu ini? Apakah akan ada sinar untuk generasi masa hadapan terus bersekolah tanpa risaukan tentang wabak ini? Ini yang kita perlu sama-sama fikirkan.-CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • LostStar

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • aunisofia

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their lives. Semua dah jadi macam over. Contohnya lifestyle yang melebihi pendapatan. Itu satu aspek saja. Banyak lagi aspek lain.
Paling diharapkan melayu2 ni stoplah habiskan duit kt ponder2 timbang kilo termasuk yg jual barangan fake. Fikir2lah kalau nk beli iphone pun berhutang, nk kahwin pun berhutang, nk beli TM6 pun hutang, beli emas hutang, entah apa2 semua hutang. Banyak lagi la benda2, ikut level la. Ni kalau middle class people. Kalau upper class, kalau elite, lain la pulak.
Quote sarah82 29-5-2020 10:27 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...

TM6 tu apa?
Quote LadyCarefree 29-5-2020 10:28 AM
sarah82 replied at 29-5-2020 09:27 AM
TM6 tu apa?

Itu thermomix6 la yang dok sakan guna retis suruh promote siap cadang beli hutang
Quote sarah82 29-5-2020 10:29 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:28 AM
Itu thermomix6 la yang dok sakan guna retis suruh promote siap cadang beli hutang

Ooooo.. X minat.. Iols punya la teringin nak beli belanga la apa benda entah.. Tak beli2..hahaha sbb rasa mcm rugi.. Bukan iols masak sangat.. Iols x pakai iPhone.. Mai.. Stick dgn android..
Quote LadyCarefree 29-5-2020 10:36 AM
sarah82 replied at 29-5-2020 09:29 AM
Ooooo.. X minat.. Iols punya la teringin nak beli belanga la apa benda entah.. Tak beli2..hahaha s ...


Kena hidup within our means. Dan kalau banyak duit pun still kena berpada. Nak ada something nak treat ourselves boleh je tapi apapun kena berpada. Mcam orang ada koleksi kasut, handbag, baju sampai mengalahkan kedai, untuk apa? Ya dia ada duit but kenapa buat duit macam tu? Sedangkan pergi haji berkali2 pun satu hal yang salah, apatah lagi beli handbag berkali2. What's the purpose? Jangan ada porumer tetiba nk ckap iols jeles. Hahaha no way. i can buy too but i don't do stuff tak ada purpose yng memanfaatkan except maybe membawang kt sini but then again membawang iols bukan tiada asas. Hehehehehe
Quote sarah82 29-5-2020 10:39 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:36 AM
Kena hidup within our means. Dan kalau banyak duit pun still kena berpada. Nak ada something nak ...

Hahahaha.. Satu2 nya handbag mahai iols beli.. Fossil.. Tu pun boleh guna 3 way.. Hahahahaa.. Jam ada 3..stop dah beli jam.. Huhuhu.. Kasut dah 2 tahun x beli... Tudung saja iols beli mahai sikit.. Bagi iols harga lebih rm10 semuanya mahai.. Hahahaha
Quote LadyCarefree 29-5-2020 10:49 AM
sarah82 replied at 29-5-2020 09:39 AM
Hahahaha.. Satu2 nya handbag mahai iols beli.. Fossil.. Tu pun boleh guna 3 way.. Hahahahaa.. Jam  ...

Baguihlah sarah ni. Two thumbs up.
Quote sarah82 29-5-2020 10:50 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:49 AM
Baguihlah sarah ni. Two thumbs up.

Tapi skrg misi nak hentikan kegilaab shopping online.. Wakakaka
Quote Kurex 29-5-2020 11:00 AM
Laaaaa ingatkan obesiti & denggi yg mampu musnahkan tamadun manusia
Quote ina_na 29-5-2020 11:01 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...

Btl setuju.. Kira skrg ni kita start dr 0 balik.. Aku ni la kn start menabung blk.. Mslh nye ade je benda nk bl kat shopee ni.. Ni terbaru nk bl rempah chef amar la.. Start bulan depan x leh boros Sgt dah.. Target nk keluar kan barang kemas kat ar rahnu ni.. Adoii.. Pening2
Quote bungarose 29-5-2020 11:01 AM
Setuju
Lifestyle pun da berubah
Dunia sebelum covid19 jadi kenangan yang sangat manis
Rasernyer takkan dapat kecapi da dalam tempuh beberapa bulan or tahun
Syukur sesangat sempat mengerjakan umrah awal tahun
Quote mejaputih 29-5-2020 11:10 AM
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...

i agree with chuols...kena reset our lifestyle...hadapi ramadhan dan syawal dgn tenang...
tapi utk yg kehilangan punca pendapatan tu iols kesian..maybe rezeki ikut lain..
kita dah kena kurangkan kebergantungan dgn pekerja asing..
pastu bumi ni dah tenat sgt sbb byk sgt pencemaran dan penebasan hutan dan tarah bukit..so bagi iols kalau construction tu tak perlu, so be it...
pastu kedai2 mamak tu bg iols tak perlu byk2 sbb memudaratkan kita jua...byk spend masa at home and home cook...minum air kosong byk...
Quote RatuDunia94 29-5-2020 11:10 AM
Yess.. iols rindu nk bebas jenjalan kat shopping mall mcm dulu2.. skrg dh x boleh sbb iols dh jd paranoid dgn sekeliling.  And malas nk beratur2 panjang2 tulis nama etc..
Quote mejaputih 29-5-2020 11:12 AM
rasanya thread ni sesuai kat board isu semasa kot..ke camne?
Quote CiliPadiSedap 29-5-2020 11:20 AM
Jom pindah ke planet marikh

Sana xde sis vokuru
Quote telracs 29-5-2020 12:10 PM
Hmmm....

So.....marilah kita merasai apa yang dirasai oleh anak-anak palestine....

Tatkala anak-anak kita duduk selesa di bilik darjah menuntut ilmu, anak-anak di sana memegang senjata untuk meneruskan kehidupan...mereka sudah lama tidak melihat hatta dinding sekolah sekali pun...

Itu antaranya....yang lain, kita fikirkanlah sendiri....

Wallahualam.
Quote husna_amal 29-5-2020 12:19 PM
kita kena hidup dalam norma baharu ni dalam tempoh yang panjang
Quote ladybugz 29-5-2020 12:26 PM
Hmm betul n stuju yg keadaan sblm covid menjadi kenangan terindah yg mungkin lama lg akan kita boleh nikmati smula. Nikmat ke masjid yg slalu dipandang enteng oleh diri ini. Slalu take for granted. Sedih tersangat. Pengajaran terbesar utk diri. Dont take for granted whatever nikmat u hv now. Appreciate, appreciate, appreciate. Right before pkp, Dah plan utk menginap dgn agak lama di hotel mcm holiday sambil bekerja gitu. Dah janji siap cakap ngan anak nk bawak die holiday n pegi saloon etc. Die pun dah lama excited for tht holiday. Tiba2 covid happened. Kesian juga kat die, almost everyweek akan tanya abt that holiday (anak masih peringkat tadika) walapn dah explain still die berharap. It dawned to me tht entah bile la akan dapat nikmati waktu boleh bersantai2 n bercuti2 Seperti waktu dulu. A new normal sets in n we have to learn to adapt cope n accept the facts tht things will never be the same.
Quote Artemesiaa 29-5-2020 12:42 PM
Ada benarnya selepas Covid19 semunya bakal berubah dah tak sama macam dulu lagi.  Pasti ramai yang setuju rasa rindu dengan kebebasan yang dirasai selama ini.  Sekarang suka tak suka terpaksa juga hidup dengan cara baru tak tahu bila lagi dapat rasa macam dulu lagi lebih2 lagi dalam 2-3 ni.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.209237 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top