CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibakar Bapa Kerana Murtad

29-5-2020 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11740| Komen: 81

Description: Seorang wanita dibakar bapanya kerana murtad dan memeluk agama Kristian.
Seorang wanita dibakar bapanya kerana murtad dan memeluk agama Kristian.

Daily Mail melaporkan, Rahema Kyomuhendo, 24, kini dirawat di Hospital Rujukan Mbale, Uganda dan dijangka akan mengambil masa sebulan untuk pulih.


Menurut laporan Morning Star News, pada 4 Mei lalu, bapa mangsa, Sheikh Hussein Byaruhanga Husain menyimbah bahan bakar dalam tong jerrycan ke tubuh wanita itu sebelum menyalakan api.

Kejadian itu menyebabkan Rahema mengalami luka bakar yang teruk pada kedua-dua kaki, perut, rusuk, leher dan sebahagian belakang tubuhnya.


Kredit foto: DailyMail/Morning Star News

Difahamkan, Hussein yang juga seorang guru tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu, lalu mengambil tindakan drastik dengan membakar mangsa.

Menurut laporan, Rahema menghubungi rakan bapanya beragama Roman Katolik jam 10 malam sebelum keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.


Dia berbuat demikian selepas mendengar sebuah stesen radio Kristian ketika berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Nawuyo, daerah Mbale.

Suspek yang terjaga dari tidur kerana terdengar keterujaan anaknya menukar agama bergegas ke bilik mangsa dan membelasah wanita itu sebelum membakar mangsa.

Rahema dibawa ke hospital oleh ibu saudaranya dan jiran di kawasan berkenaan.

Difahamkan, Rahema mengikut bapanya ke daerah Mbarara atas urusan perniagaan dan terperangkap di situ berikutan wabak Covid-19.

Mereka kemudian merancang untuk menumpang di rumah ibu saudaranya sehingga larangan perjalanan ditarik balik. - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 29-5-2020 03:50 PM
Cuma nak komen, sakit yg paling sakit sekali adalah sbb kebakaran. Ke dua perempuan yg melahirkan anak. Hmm mmg lah dia bersalah tp ada cara lain lg. Igt lah Allah yg pegang hati kita, dia boleh bolak balikkan hati & pegangan manusia. Dia juga yg beri & tarik hidayah. Kita hanya boleh berdoa sungguh2 supaya iman & tauhid kita hanya utk Allah. Sungguh2 doa supaya kita tidak memilih jln yg salah.
Quote batu kikir 29-5-2020 04:00 PM
Ditakdirkan mati perempuan tu......
Hidup didunia hanya 24 tahun
Diakhirat (neraka)..........kekal selama-lamanya.

Where is fairness?
Tak beri masa untuk dia bertaubat ke? Kalau dia tak bertaubat sekalipun...........ikut agama Islam dia akan kekal di neraka forever, ever. Hukuman yg lebih dari cukup untuk simurtad
Quote djzara81 29-5-2020 04:09 PM
Jap lagi adalah puak2 non islam / atheist mocking islam & relating islam with violence.
Insiden bakar2 ni mcm culture org blah sana. Sikit2 nk bakar. Ade je kes bukan islam kene bakar  sbb isu kahwin paksa, harta etc. Tapi tulah, media lebih suka report berita berkaitan org Islam buat violence.
Quote missyL 29-5-2020 04:13 PM
Dlm keadaan marah ayah nye xbole berfikir ngn waras.
Kot
Quote Kurex 29-5-2020 04:33 PM
Benang kegemaran porumer acah urban muka berkerak..
Korang tengok je kejap lagi muka2 berkerak tu bersuara
Quote hiswife 29-5-2020 05:19 PM
Kot ye pun tak perlu sampai nak bakar anak
Quote gigahertz 29-5-2020 08:17 PM
hiswife replied at 29-5-2020 09:19 AM
Kot ye pun tak perlu sampai nak bakar anak

dia bakar tu bukan nak bagi anak dia mati. dia nak bagi anak dia rasa kesakitan api dunia macam mana.
dan lepas rasa sakit masih hidup lagi. jadi ada peluang utk taubat atau pulang ke pangkal jalan.
bapak dia sendiri tak kisah sama ada dirinya di penjara atau di hukum bunuh akibat perbuatan tu.
Quote gigahertz 29-5-2020 08:24 PM
Beribear replied at 29-5-2020 07:50 AM
Cuma nak komen, sakit yg paling sakit sekali adalah sbb kebakaran. Ke dua perempuan yg melahirkan an ...

I Suspek budak tu murtad sebab sama ada di sogok sesuatu ( wang atau cinta ) atau kongkongan ibu bapanya. Budak umur 24 gitu jenis baru nak hidup. nak feel rasa bebas macam orang lain. kena pulak sekarang ada internet
bagai. tengok movie amerika ..ada scene bercium / romance bagai . lagi la teruja.

Lelaki kalau murtad sebab lain. sama ada perkahwinan atau kekayaan. tapi perempuan kalau murtad sebab nak bebas.
Quote Tinot7 29-5-2020 10:05 PM
gigahertz replied at 29-5-2020 08:24 PM
I Suspek budak tu murtad sebab sama ada di sogok sesuatu ( wang atau cinta ) atau kongkongan ibu b ...

Adakah ini bermakna, kalau pompan dpt kebebasan, depa takkan murtad? Atopon istilah bebas itu subjektif dan bergantung kpd empunya badan?

Iols rasa pelik sbb tetibe dia kontak rakan bapa dia yg roman katolik.

Berita 4 mei bkn ke dah basi?
Quote aliazulaikha 29-5-2020 11:01 PM
Perlu ke sampai bakar2
Quote gigahertz 29-5-2020 11:48 PM
Tinot7 replied at 29-5-2020 02:05 PM
Adakah ini bermakna, kalau pompan dpt kebebasan, depa takkan murtad? Atopon istilah bebas itu subj ...

Biasanya muslim yang hidup bebas ni kapir tak akan kacau. x suruh tukar agama. yang bertukar agama ni dari keluarga kuat agama. kalau berjaya di murtadkan itu satu kemenangan besar. kurang satu pendakwah. kurang satu alim ulama. keadaan akan jadi worst si murtad ni dakwah pulak murtadkan orang lain.
Quote natadam55 29-5-2020 11:50 PM
ish...kesiannyer...
Quote weezerfan 29-5-2020 11:51 PM
Kurex replied at 29-5-2020 04:33 PM
Benang kegemaran porumer acah urban muka berkerak..
Korang tengok je kejap lagi muka2 berkerak tu b ...

Hahaha.. Sapa yg bkerak tu?
Quote clarizsa 29-5-2020 11:53 PM
Kejamnya bapa mangsa tu

X patut halang anak dia masuk kristian
Pilihan hidup sndri kann

Haish
Quote Tinot7 29-5-2020 11:57 PM
gigahertz replied at 29-5-2020 11:48 PM
Biasanya muslim yang hidup bebas ni kapir tak akan kacau. x suruh tukar agama. yang bertukar agama ...

Tapi kalau dr keluarga yg kuat agama, apa yg goyah sgt sampai sanggup murtad?
Quote Dwdrum 30-5-2020 12:03 AM
Tinot7 replied at 29-5-2020 07:57 AM
Tapi kalau dr keluarga yg kuat agama, apa yg goyah sgt sampai sanggup murtad?

Sis lupa kah kisah aizam ?
Quote Tinot7 30-5-2020 12:06 AM
Dwdrum replied at 30-5-2020 12:03 AM
Sis lupa kah kisah aizam ?

Tak ingat la.. remind me plis. Tengkiu
Quote Dwdrum 30-5-2020 12:12 AM
Tinot7 replied at 29-5-2020 08:06 AM
Tak ingat la.. remind me plis. Tengkiu

Anak hilang di amerika sebab murtad dan gay .. Datang dari family yang baik .
Ada thread ... Thread forumer bergaduh .. Gossiping.. Csi di socmed hingga bini orang pun di kata kan tranny
Quote hiswife 30-5-2020 12:14 AM
gigahertz replied at 29-5-2020 08:17 PM
dia bakar tu bukan nak bagi anak dia mati. dia nak bagi anak dia rasa kesakitan api dunia macam ma ...

Alkesah..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057461 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top