CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mabuk Maut Jatuh Tingkat 4

31-5-2020 07:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5102| Komen: 29

Description: Seorang lelaki dipercayai mabuk maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Dermaga, malam tadi, lapor Utusan Borneo.
Seorang lelaki dipercayai mabuk maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Dermaga, Bintangor, malam tadi, lapor Utusan Borneo.

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi, keluarga mangsa mendakwa ketika kejadian Azi Anthony, 29, dari Ulu Belaga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.



Foto: Utusan Borneo

"Pada jam sekitar 10.20 malam, mangsa telah dilihat berdiri di jendela di biliknya dan pada masa sama keluarga mangsa telah terdengar bunyi benda terjatuh.

"Ketika keluarga melihat ke bawah, mereka mendapati mangsa terbaring di bawah tempat letak kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah keluar dari bahagian hidung serta kaki mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Borneo Post melaporkan dalam laporannya, adik mangsa memaklumkan sebelum kejadian dia diberitahu anak lelakinya bahawa mangsa yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dilihat berdiri di luar tingkap biliknya.


Pengadu mendakwa ketika itu dia sedang berborak dengan keluarga mentua dan rakannya di ruang tamu rumah sewa mereka di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Sejurus kejadian, mangsa dibawa keluarganya ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapatkan rawatan, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 11.05 malam.

Tambah Sekam, keluarga mangsa bagaimanapun enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan kerana percaya kejadian berlaku akibat mangsa mabuk dan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-5-2020 08:36 PM
Nak tanya acik kepam berkerak, utk kes ni, sebab individu ke atau sebab arak tu?
Quote bloodyamuk 31-5-2020 08:56 PM
pelik takmau buat post mortem...yeke mabuk tu?

kat UK ada satu kes ingat mangsa mabuk jatuh tangga rupanya housemate tendang kasik jatuh
Quote sharlenetexas 31-5-2020 09:01 PM
bloodyamuk replied at 31-5-2020 08:56 PM
pelik takmau buat post mortem...yeke mabuk tu?

kat UK ada satu kes ingat mangsa mabuk jatuh tang ...

Mcm kes Ivana Smit jatuh kondo, laki bini bitcoin tu terlepas.
Quote bloodyamuk 31-5-2020 09:07 PM
sharlenetexas replied at 31-5-2020 09:01 PM
Mcm kes Ivana Smit jatuh kondo, laki bini bitcoin tu terlepas.

owh yang model tu eh...kesian ape update kes tu? die mati camtu je la?
Quote sukacactus 31-5-2020 09:19 PM
Frust kot hari gawai boleh raya 1 hari je
Quote Tinot7 31-5-2020 09:22 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote Peterpan17 31-5-2020 09:25 PM
bloodyamuk replied at 31-5-2020 08:56 PM
pelik takmau buat post mortem...yeke mabuk tu?

kat UK ada satu kes ingat mangsa mabuk jatuh tang ...

tak payah buang duit nak post mortem gang mabuk time Gawai atau Kaamatan. Derang ni klu sd minum bukan ingat dunia. Klu kat daerah aku di Sabah tu, dah mabuk siap baring baring mabuk atas jalan raya. Klu gelap org tak nampak tergelek jd pancake. Menyusahkan orang saja geng kaki mabuk ni. Dah mampos, good riddance
Quote darkness 31-5-2020 10:11 PM
Cash ka ni?
Quote Rogue98 31-5-2020 10:28 PM
Lerrr... menyusahkan jer
Quote kucing_gebu 31-5-2020 10:30 PM
Rogue98 replied at 31-5-2020 10:28 PM
Lerrr... menyusahkan jer

Ok jgk... Kalau dia drive kemudian langgar org sampai mati lg menyusahkan ramai pihak..
Quote Rogue98 31-5-2020 10:36 PM
kucing_gebu replied at 31-5-2020 10:30 PM
Ok jgk... Kalau dia drive kemudian langgar org sampai mati lg menyusahkan ramai pihak..

Mmg asal mabuk apa pun mmg menyusahkan.
Quote pokokbunga 31-5-2020 10:55 PM
ok lar tu..sendiri mabuk, sendiri mati...bukan org lain yg mati
Quote bloodyamuk 1-6-2020 12:11 AM
Peterpan17 replied at 31-5-2020 09:25 PM
tak payah buang duit nak post mortem gang mabuk time Gawai atau Kaamatan. Derang ni klu sd minum b ...

owh area situ memang dah biasa eh camtu...paham2...dah jadi benda normal la kan
Quote CurangLagi 1-6-2020 01:44 AM
Peterpan17: tak payah buang duit nak post mortem gang mabuk time Gawai atau Kaamatan. Derang ni klu sd minum bukan ingat dunia. Klu kat daerah aku di Sabah tu, da ...

betul2.. if musim Gawai or Kaamatan..ada jak kes. mostly sebab mabuk.. huhu.. apa2pun takziah buat keluarga
Quote supernaturalee 1-6-2020 04:30 AM
kucing_gebu replied at 31-5-2020 10:30 PM
Ok jgk... Kalau dia drive kemudian langgar org sampai mati lg menyusahkan ramai pihak..

Ye jgk
Dh lh tgh kecoh psl cptkn ubah hukuman lbh berat especially melibatkan kematian
Quote namieamuro 1-6-2020 06:33 AM
mabuk sendiri mati takpe..bukan mabuk menyebabkan org tak bersalah mati hilang nyawa..

Quote salmon-suki 1-6-2020 07:23 AM
Msti ada plot twist ni..rupe2nye msti family dah lama bosan ngn perangai mabuk mangsa,terus plan nk get rid of him..tp ok laa..kurg sket geng siti kassim tuh
Quote aliazulaikha 1-6-2020 07:48 AM
Takziah.  
Quote minah_selekeh 1-6-2020 08:10 AM
Mabuk menyebabkan kematian sendiri ni bagus.. Tak menyusahkan orang..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top