CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Oscar? Baju Shooting Pun Pelakon Cari Sendiri - Tony Eusoff Tempelak Impian Finas

1-6-2020 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22168| Komen: 187|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Tercalon ke Oscar"


"Tercalon ke Oscar"

Itu kata-kata Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid yang kemudiannya ditempelak oleh penggiat seni termasuklah Tony Eusoff.

Tony melalui ciapannya di Twitter menegur impian Zakaria yang tidak berpijak di bumi nyata. Sementelah lagi banyak masalah industri yang tidak dapat diselesaikan sekian lama walaupun kerusi panas itu sering bertukar tangan.

Antara yang ditegur adalah kontrak dengan anak seni yang berat sebelah, pelakon terpaksa membawa baju sendiri dan aksesori yang tidak sesuai. Jadi, apa motif berangan mahu ke Oscar?



Kredit foto: Twitter

Kredit foto : IG

Bagi Tony, sebelum bercerita mengenai tercalon ke Oscar, mengapa tidak pihak Finas turun padang melihat sendiri situasi sesuatu penggambaran itu dilakukan. 

Jadi, dari situ barulah boleh menilai mana yang perlu didahulukan. Misalnya, masalah berlarutan seperti baju untuk pelakon yang perlu disediakan oleh pelakon itu sendiri dan bukannya pihak produksi.


Kredit foto : Twitter
Kredit foto : IG

Luahan Tony itu mendapat sokongan daripada anak seni lain seperti Diana Danielle, Rozita Che Wan, Izara Aishah dan Vince. Masing-masing mengalami masalah sama di set penggambaran. 

Lebih parah, sudahlah mencari penaja pakaian sendiri, terpaksa pula mewar-warkan di akaun media sosial masing-masing. Kenapa berat sebelah sangat ni?


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : IG

Ianya turut dipersetujui warganet bahawa terlalu banyak lompong yang perlu diperbaiki sebelum berbicara mengenai mahu ke Oskar.

Selain masalah pakaian dan kontrak, banyak lagi masalah lain seperti bayaran tidak setimpal kepada krew drama, jalan cerita sama dan perkembangan watak tidak logik perlu dititiberatkan.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : IG

Nampaknya, kerusi panas Finas sentiasa bertukar tangan daripada lantikan politik kepada orang industri, kemudiannya balik kepada lantikan politik. 

Siapa pun jua yang memegang tampuk industri tersebut, diharapkan agar mengkaji lebih mendalam sebelum berkata-kata. Ianya demi kebaikan orang industri drama dan filem kita dan bukan sekadar cakap kosong semata-mata. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 1-6-2020 10:25 AM
Apa salahnya bercita2 tinggi...x kan cita2 nak menang asian pasifc jew..setiap usaha bermula dgn impian..gitu..
Biasala finas bukan kaya nak sponsor segala taraf2 hollywood..hollywood oun entah kalu pelakon gred b c pun samo
Quote mat_arof 1-6-2020 10:31 AM
nak pergi Oscar ke? hahahaha

perlukan Skrip yang kuat...

cintan cintun ni x layan larrr
Quote GegarVaganja 1-6-2020 10:41 AM
mat_arof replied at 1-6-2020 10:31 AM
nak pergi Oscar ke? hahahaha

perlukan Skrip yang kuat...

Kalau skrip kuat pun, tapi dapat kat production nyawasis, musnah la jugak semuanya.
Nak jugak carut nyawasis kan.

Quote blekkep 1-6-2020 10:45 AM
mat_arof replied at 1-6-2020 10:31 AM
nak pergi Oscar ke? hahahaha

perlukan Skrip yang kuat...

Love story kalo power mcm ps:i love you tu okay jah....actually x mustahil pun msia nak menang oscar kalo gomen support industri msia mcm korea...itu pon lepas dh brjaya overcome ketirisan pentadbiran dlm industri la.. org2 stesen tv pon ade yg mkn duit undertable kalo nk dpt slot...haihhh susah nk ckp...industri seni malaysia mmg menyedihkan....nk compare dgn indon pon jauhhhhhh tertinggal...

yg crew blakang tabir pon byk yg x tau buat keja...dr PM smpai lar ker bdk conti...keja asal boleh...ade pulak jenis producer/pengarah yg suke angkut anak branak sedara mara keja...

Tensen weh keja dgn org bodoh x tau ape yg depa buat...selalu sgt hari ni nak shoot bru nk cari location...nk shoot kt airport tak mintak kebenaran dlu, main redah jer...pelakon dh sampai dh siap mekap kena tggu berjam2 last2 kansel sbb airport x kasi shoot...cam pantekkkkkk
Quote electricopop 1-6-2020 10:47 AM
Setuju kata Tony dan lain lain...
Quote blekkep 1-6-2020 10:49 AM
GegarVaganja replied at 1-6-2020 10:41 AM
Kalau skrip kuat pun, tapi dapat kat production nyawasis, musnah la jugak semuanya.
Nak jugak car ...

ini btol sgt ganja...skrip dh kuat, tp dana dpt kt org x tau buat keja...execution hampehhh...syok sndiri...Filem daulat tu pelakon sume power2 tp execution mmg hancurrrrrr...sakit hati tgk duit bazir gitu jer... haihhh laaa
Quote blekkep 1-6-2020 10:50 AM
Aiols marah mcm aiols lak pelakon
Quote stania83 1-6-2020 10:52 AM
Betulah impian nak ke oscar,takkan nak perfect semua baru nak oscar.  Banyak bunyi betul pekerja industri ni sgt negatif.
Quote husna_amal 1-6-2020 11:27 AM
Industri kecil dan pasaran kecil macam ni tak perlu berangan pergi jauh dulu. Baiki dulu segala kelemahan itu lebih baik.
Quote febreze 1-6-2020 11:27 AM
GegarVaganja: Kalau skrip kuat pun, tapi dapat kat production nyawasis, musnah la jugak semuanya.Nak jugak carut nyawasis kan.


kan nyawasis takleh ditegur...walopon drama haukk
Quote September14 1-6-2020 11:36 AM
Bubarkn finas mcm x pntg jer
Quote Lula2 1-6-2020 11:45 AM
Hello apa salahnya nak aim tinggi pun? Kalau nak perjuangkan perkara lain perjuangkan je la tak payah nak negatif sgt pd aim bos finas baru.
Ni la masalahnya industry player sendiri pun negatif
Quote mat_arof 1-6-2020 11:45 AM
GegarVaganja replied at 1-6-2020 10:41 AM
Kalau skrip kuat pun, tapi dapat kat production nyawasis, musnah la jugak semuanya.
Nak jugak car ...

ha ah kan..betul juga tu

kalau skrip kuat

tapi production Nyawasis...

hancus musnah juga..
Quote mat_arof 1-6-2020 11:50 AM
blekkep replied at 1-6-2020 10:45 AM
Love story kalo power mcm ps:i love you tu okay jah....actually x mustahil pun msia nak menang osc ...

betul tu...stuju...

production mmg hampeh..buat kerja sambil lewa...main redah je shooting...

industri seni malaysia....mmmmm...ntah larr..

filem dan drama semua jenis asal siap....bila di komen dan di kritik..jawapan yang di terima

'alaaaa drama je pun'
'orang x ambil kisah pun kalau x logik'

mentaliti rakyat malaysia...
Quote sok_suci 1-6-2020 11:51 AM
Tony ni kan kes dadih.
Quote MatDeghem 1-6-2020 11:52 AM
Mok cun yg konon nya director creative yg  berquality...
Buat drama lockdown 1 dan 2....merepek.
Script... Oh my god.. You look fantastic.. Terpekik2 quarantinnnnnnn... Macam mana nak jejak Oscar?  
Lecturer seni di university lokal... Buat filem sampah Badang... Mana mana nak selevel Oscar??


Quote mat_arof 1-6-2020 11:56 AM
filem melayu...yang pada aku ada lah sikit sikit setaraf Oscar ialah filem

One Two Jaga...


suka filem ni...editing dan jalan cerita yang hebat dan mantap..lakonan pelakon pun semua sangat strong dan bagus.

Quote sleepandream 1-6-2020 11:58 AM
nak menang oscar ye...
pegila mintak anak tiri najib riza aziz tu melabur 100 juta utk local production...
duit ada semua jalan noks
Quote gadget 1-6-2020 12:04 PM
Edited by gadget at 1-6-2020 12:16 PM

bagi aku,semua yg tony cakap tu agak tak relevan sbb even india pun pernah nominated few times in oscar, bosnia juga...depa nominated tau,bukan hantar pencarlonan shj lagi..mcm malaysia,hantar few pencarlonan tapi no one pun nominated..india hantar then tercalon..bosnia hantar then terus menang best film..persoalannya, adakah india/bosnia dpt masuk oscar sbb depa baju disediakan dll spt yg tony claim? so,bagi aku, karya yg bagus yg akan bawak film tu ke oscar,tak kisah menang atau tak,at least tercalon...no matter what happens behind the scene of the participants issues..

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.113752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top