CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Lagi Nak Sangkal Bila Mufti Wilayah Persekutuan Kata Lathi Challenge Haram?

19-6-2020 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30573| Komen: 191

Description: Ramai kurang senang apabila pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin Wan Din menegur orang ramai yang leka dengan cabaran 'Lathi Challenge'.
Kredit foto: YouTube


Ramai kurang senang apabila pendakwah bebas Da'i Wan Dazrin Wan Din menegur orang ramai yang leka dengan cabaran 'Lathi Challenge'.

Bukan saja netizen tanah air, malah dari negara seberang juga mengecam dan meninggalkan komen negatif apabila tarian itu disifatkan mengandungi elemen syirik dan memuja.



Belum reda isu ini diperdebatkan, Mufti Wilayah Persekutuan baru, Dr Luqman Abdullah tampil melontarkan pandangannya.

Yang pasti, mesti ramai 'panas hati' dengan kenyataan mufti berkenaan yang menggesa orang Islam terutamanya untuk menghentikan segala bentuk cabaran yang berbentuk pemujaan demi menjaga akidah.



      
Kredit foto: Mufti Wilayah

Malah, beliau menyifatkan seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa.

"Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut dengan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai hantu yang mengerikan.

"Kami ingin menegaskan bahawa tindakan menularkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatah lagi ia melibat perkara bertentangan dengan akidah Islam.

"Tarian yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan menyerupai syaitan atau hantu seperti Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa," nasihatnya. - CARI



3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-6-2020 12:59 PM
Hisap rokok pun haram kan? Ada ko nampak orang follow?
Quote CatMiow 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.

Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu setan kat part bahasa jawa tu.  Tak faham betul.
Quote CatMiow 19-6-2020 01:07 PM
dua_chzy: Hisap rokok pun haram kan? Ada ko nampak orang follow?


Fatwa hisap rokok haram ntah kemana kana buang...  :shake:
Quote dua_chzy 19-6-2020 01:11 PM
Edited by dua_chzy at 19-6-2020 01:12 PM
CatMiow replied at 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.

Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu  ...


Sebab cerita mitos yang jadi inspirasi lagu ni bilang pompuan tu balas dendam pada si lelaki guna ilmu hitem. Sebab tu hada part penjelmaan hantu syaiton melambangkan bagaimana manusia sanggup dikuasai kegelapan demi membalas dendam disebabkan sakit hati, binci dan amarah yang tiada terbendung.
Quote dua_chzy 19-6-2020 01:13 PM
CatMiow replied at 19-6-2020 01:07 PM
Fatwa hisap rokok haram ntah kemana kana buang...  :shake:

Urang kita, buat2 lupa.
Quote jaja8 19-6-2020 01:41 PM
music jawa mmg bunyi mcm seram2 skit sebb alat musik die guna tu..kalau sunda mendayu2 pula..dgn seruling pe sume...mmg musik klasik kan..cube guna melayu pulak tengok...haha..kalau gitu yg cerite2 hantu mak limah sume tu ,, harum sundal malam tu kena banned juga la patutnya..sebab hareemm...lol
Quote apedehal 19-6-2020 01:54 PM
CatMiow replied at 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.

Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu  ...

Pernah baca lagu ni kisah dia ppuan tu suci2 je..lps kna cheat ka khianat dgn boypren lpastu dia sihirkn laki tu yg berubah 180..algitu storyboard mv lathi ni.lirik mmg xda kaitan dgn pemojaan
Quote Skuau 19-6-2020 01:59 PM
ada indon jawo bgtau aku...lathi tu maksud dia lidah....ada dia bgtau aku maksud lirik lagu yg dlm bahasa jawo tu....lupa dh(sb aku x berapa nk amik kisah)
Quote seri_mawr 19-6-2020 02:03 PM
mcm2 korang ni....segala mak nenek challenge nak di buat....

suka benar ber tik tok...
Quote bintangct 19-6-2020 02:24 PM
seri_mawr replied at 19-6-2020 02:03 PM
mcm2 korang ni....segala mak nenek challenge nak di buat....

suka benar ber tik tok...

actually iols baru install tik tok Benda ni universal ada lawak, ada ilmu, ada mcm2 story la Iols suka layan prank keemozi, magic bdk msia tu, komedi cina2 msia -mereka ni buat lawak dlm bm

artis2 msia & bbnu je yg suka terkinja2 dlm tiktok tu
Quote fishcracker 19-6-2020 02:27 PM
Eeeeuuuwwwwww...pelislaaa buruk okeh,lipsync pun haus
Quote Tinot7 19-6-2020 02:31 PM
Org yg suka sgt buat seram2.. kena la sound..

LathiChallenge yg last skali paling menggerunkan...

[youtube]pYyWk6FH3uo[/youtube]
Quote shernazz 19-6-2020 02:34 PM
CatMiow replied at 19-6-2020 01:02 PM
Kalau baca lirik tu tak de kaitan dengan pemujaan.

Tapi ntah kenapa dorng buat tarian mcm hantu  ...

Iols suka lagu tu okeh.pastu bila.tiktok buat gini..iols nak dengar lagu tu pung laki iols.bising..hahaha...sebab memuja katanya...
Quote PristineOne 19-6-2020 02:40 PM
dua_chzy replied at 19-6-2020 01:11 PM
Sebab cerita mitos yang jadi inspirasi lagu ni bilang pompuan tu balas dendam pada si lelaki gun ...

Tambirang la kao sis...mana mitos itu crita. Kamurang patut bikin no bra challenge...ini challenge teda setan sama hantu bah..

Quote seri_mawr 19-6-2020 02:52 PM
bintangct replied at 19-6-2020 02:24 PM
actually iols baru install tik tok Benda ni universal ada lawak, ada ilmu, ada mcm2 story la Iols  ...

oh i see...

penah anak iols baru balik dr kelas hari sabtu (sblm MCO)....ada kawan bawak hphone and bertiktok...
balik rumah dia ckp...ibu..kakak suka tgk tik tok....aku macam....errrkkk...???whatt..??tik tok...?? no tik..tok..tik tok...gitu aku jawab...
aku tgk artis malaysia bertiktok...pening aku....
mcm x berapa nak berkenan....terkinja2 depan phone....pastu post kat IG....

Quote Tinot7 19-6-2020 02:54 PM
PristineOne replied at 19-6-2020 02:40 PM
Tambirang la kao sis...mana mitos itu crita. Kamurang patut bikin no bra challenge...ini challenge ...

Dia tgk mv lathi rasanya

[youtube]8uy7G2JXVSA[/youtube]
Quote CatMiow 19-6-2020 02:54 PM
shernazz replied at 19-6-2020 02:34 PM
Iols suka lagu tu okeh.pastu bila.tiktok buat gini..iols nak dengar lagu tu pung laki iols.bising. ...

Lagu tu best,  tapi bika tengok mv official memang ada part dia jadi mcm hantu.

Tak de kaitan dengan memuja la,  bagi tau husband.  
Quote CatMiow 19-6-2020 02:55 PM
apedehal replied at 19-6-2020 01:54 PM
Pernah baca lagu ni kisah dia ppuan tu suci2 je..lps kna cheat ka khianat dgn boypren lpastu dia s ...

Oh... Baru faham kaitannya.
Quote CatMiow 19-6-2020 02:56 PM
dua_chzy replied at 19-6-2020 01:11 PM
Sebab cerita mitos yang jadi inspirasi lagu ni bilang pompuan tu balas dendam pada si lelaki gun ...

Tengok mv mcm ada kaitan dengan penerangan disebalik kewujudan ala hantu tu.

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055453 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top