CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

75% Rakyat Malaysia Tiada Simpanan RM1,000, Susah Sangat Ke Nak Ikat Perut?

28-6-2020 10:06 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11144| Komen: 55|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Lawak jugalah BNM buat kajian duit simpanan rakyat Malaysia tiap tahun, tapi rate gaji sama je sendu macam 10 tahun lepas, pastu buat-buat terkejut rakyat tak ada saving, choi."


"Lawak jugalah BNM buat kajian duit simpanan rakyat Malaysia tiap tahun, tapi rate gaji sama je sendu macam 10 tahun lepas, pastu buat-buat terkejut rakyat tak ada saving, choi."


Kredit foto: Sinar Harian


Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan 75 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 tidaklah mengejutkan. Ini kerana rata-rata masalah simpanan sedikit atau tiada simpanan langsung adalah perkara biasa bagi golongan B40 walaupun sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Bagaimanapun, adilkah menyalahkan rakyat semata-mata tanpa melihat kepada akar umbi punca masalah tersebut?

Dengan kajian sama setiap tahun, adakah kerajaan masih belum tahu apa yang membuatkan majoriti rakyat tidak mempunyai simpanan kecemasan?

Seorang pengguna Twitter mengulangi situasi ini berlaku kerana krisis ekonomi telah pun berlaku sejak lama dahulu. Ianya ditambah dengan masalah lain seperti majikan yang membayar gaji rendah.



Kredit foto: Twitter

Menurut Pali, kebanyakan syarikat di Malaysia susah memberi gaji yang tinggi kerana hanya bersaing di pasaran Malaysia sahaja tanpa berfikir untuk lebih global. Berbeza dengan syarikat yang bersaing di peringkat Antarabangsa seperti Top Glove, TNB, Axiata, mereka mampu memberi gaji lebih tinggi kerana kadar keuntungan sendiri tinggi.

Jadi, bagaimana pula untuk mendapatkan pekerjaan tersebut sedangkan persaingan itu sendiri sangat sengit.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Forum Lowyat

Dalam masa sama, apa yang kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah ini? Sedangkan gaji minima sendiri pun, masih ada yang culas dalam membayarnya.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan ianya adalah masalah inividu. Boleh sahaja menyimpan, tetapi kenalah ikat perut sedikit.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Sinar Harian

Simpanan kecemasan waima hanya RM1,000 bukanlah perkara yang harus dipandang mudah. Ia menandakan rakyat Malaysia masih ramai yang susah. Apa yang kita boleh lakukan? - CARI
2

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 28-6-2020 10:31 AM
I bet dalam 75% tu 80% adalah Melayu. Tgok komen pun tahu, semua complain psal gaji n kerja. Ummah cainis aman2 jah bukak bisnes sendiri, melabur main saham bagai. Ummah melayu je harapkan gaji gaji gaji makan gaji gaji gaji. Itu jela sumber pendapatan yg diorg boleh fikir.
Quote RatuDunia94 28-6-2020 10:44 AM
Orix: I bet dalam 75% tu 80% adalah Melayu. Tgok komen pun tahu, semua complain psal gaji n kerja. Ummah cainis aman2 jah bukak bisnes sendiri, melabur main ...


Ummah melayu abis belajar terus aim nak masuk kerajaan masuk pagi punch card terus lepak mamak semedang 10 kaunter tp yg buka cuma 2 je.. pastu senang buat loan.. ada pencen.. walaupun pkp x kerja gaji jalan bla bla bla.. minda masih ditakuk yg sama seperti tahun 90an..
Quote Nana_Man 28-6-2020 11:14 AM
Tak salah pun mkn gaji.. yg salah tu yg blanja happy2 tiap bulan.. mkn sedap2,yg viral2.. cuti panjang sikit trus gi holiday walau kat msia jer.. cuba kalau duit tu simpan. Tahan dari belanja benda2 ni untk 6-12 bulan. Mesti paling sikit save rm1k.
Quote missus_meow 28-6-2020 12:02 PM
boros antara sbbnya
Quote zuuu 28-6-2020 12:18 PM
Syukur aq x tmasuk dalam 75% tu walaupon gaji below RM 1k...aq penah baca kt forum ni jugak ada yg advice untuk wat duit kecemasan sekurang2nya 6 bulan gaji,jadi aq cuba buat simpanan walau x banyak,time2 camni baru nmpak kepentingan savings tu....lpas ni dah xnak shopping melampau sanggat kt shopee
Quote Daftpunk_shine 28-6-2020 12:37 PM
Ce share sikit tips saving korang..kalau.  Ada tips yg menarik n berkesan.
Quote sayawifenikmie 28-6-2020 12:38 PM
Orix replied at 28-6-2020 10:31 AM
I bet dalam 75% tu 80% adalah Melayu. Tgok komen pun tahu, semua complain psal gaji n kerja. Ummah c ...



bukan main orix ni yer ... simpanan ko ada berapa bulan gaji orix?  
Quote damsel_fiji 28-6-2020 12:39 PM
gaji kat malaysia mmg la x dinafikan rendah..tp agak2 lah dalam simpanan rm1k pun xde..mmg parah dah tu..75%  pulak tuh?

btw sgt tak tally kajian ni dgn apa situasi semasa (online bis mencanak naik time pkp, 1000 tempahan hotel kt langkawi dlm 45 minit bila rentas negeri dah boleh..etc)..adakah mereka2 ni x termasuk dalam 75% tu??
Quote Orix 28-6-2020 12:45 PM
sayawifenikmie replied at 28-6-2020 12:38 PM
bukan main orix ni yer ... simpanan ko ada berapa bulan gaji orix?

Ni lg 1 perangai ummah melayu, sebok nak tahu gaji org, nak tahu saving org
Quote Orix 28-6-2020 12:47 PM
Daftpunk_shine replied at 28-6-2020 12:37 PM
Ce share sikit tips saving korang..kalau.  Ada tips yg menarik n berkesan.

Motip saving pun nk ada tips. The only tips spend < earn.
Quote Nes3in1 28-6-2020 01:13 PM
Macam mana la tak berkurangan kalau dah banyak yg menyimpan kena scam. Kerajaan pun nampak gayanya tak bersungguh membanteras aktiviti scammers. Bila buat report polis kebanyakan kes habis kat situ jer.
Quote sayawifenikmie 28-6-2020 01:19 PM
Edited by sayawifenikmie at 28-6-2020 01:21 PM
Orix replied at 28-6-2020 12:45 PM
Ni lg 1 perangai ummah melayu, sebok nak tahu gaji org, nak tahu saving org
.
gamaknya .... sebab yang perangai melayu mengeji melayu tu orix dah tapau ?
so .. simpanan orix berapa bulan gaji dan gahi orix b40 m40 b20?
.
Quote Nes3in1 28-6-2020 01:29 PM
Belanja bila perlu jer. Tak payah beli ikut trend. Contoh org beli rumah, ngko pun nak beli rumah, org beli kete honda ngko pun nak beli kete honda jugak. Kete yg ada tu pastikan bawak berhemah dan maintain service ikut jadual insyaAllah tahan lama.

Teman ni bab pakaian jarang membeli kecuali time perlu jer. Cuma bab makanan la sbb teman agak cerewet bab rasa. Teman sanggup bayar lebih skit utk makanan yg agak mahal utk kepuasan tapi bukan selalu. Lagipun teman makan tak bny, makan satu pinggan pun nak kenyang banget. Jgn lupa bagi duit pada parent tiap bulan, tak bny sikit pun jadi la. Berkat rezeki.
Quote LadyCarefree 28-6-2020 01:41 PM
75% rakyat msia hidup above their means termasuk yg kaya pon sama.
Quote Orix 28-6-2020 01:51 PM
sayawifenikmie replied at 28-6-2020 01:19 PM
.
gamaknya .... sebab yang perangai melayu mengeji melayu tu orix dah tapau  ?
so .. simpanan ...

See. Masih perangai melayu keji sibuk nk tahu gaji org. Lepastu iri hati dengki bila org lain kaya dari dia
Quote Knowlee 28-6-2020 01:51 PM
salah sorang dalam 75% tu kawan I. duit simpanan habis buat rumah singgahan kat tanah family (ni aset, so boleh diterima), plus personal loan juga untuk tambah kos buat rumah tu. then renovate rumah parents, habis berbelas ribu jugak (ni personal loan). bela kucing dekat 20 ekor, tinggi juga kos tu. now every month ada hutang rumah baru beli, RM1400. dia ckp hujung bulan duit dlm akaun tinggal puluh-puluh ringgit saja, takde yg masuk saving. so dia plan nak belajar main saham.
Quote CiliPadiSedap 28-6-2020 02:03 PM
salah satu kos boleh kawal ialah kereta :

> beli kereta cash kalau mampu ambil gearbox manual
> beli kereta proton sebab spare part banyak

at the end rm 1000 is possible saving.
Quote sayawifenikmie 28-6-2020 02:09 PM
Knowlee replied at 28-6-2020 01:51 PM
salah sorang dalam 75% tu kawan I. duit simpanan habis buat rumah singgahan kat tanah family (ni ase ...



rumah singgahan tu  boleh mendatangkan income harian/bulanan kalau disewa as homestay ....

Quote Knowlee 28-6-2020 02:12 PM
sayawifenikmie replied at 28-6-2020 02:09 PM
rumah singgahan tu  boleh mendatangkan income harian/bulanan kalau disewa as homestay ....

Taktau diorg buat as homestay or not. Sebeb every weekend diorg pegi rumah tu berkebun, bersantai...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.060577 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top