CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mungkin Keluarga Dah Buang Saya - Lelaki Gelandangan Hiba Tiada Yang Menjemput

1-7-2020 11:21 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 16276| Komen: 98|Original author: Oleh: rikuren

Description: April lalu, tular berita mengenai sebuah keluarga di Johor tanpa sengaja menemui kembali ahli keluarga mereka yang terpisah melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV3.



April lalu, tular berita mengenai sebuah keluarga di Johor tanpa sengaja menemui kembali ahli keluarga mereka yang terpisah melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV3.

Lelaki gelandangan, Amran Tamby atau dikenali dengan gelaran Tok Penghulu ditemui kembali keluarganya selepas terputus hubungan sejak 1996.



Ekoran penemuan tersebut, pihak keluarganya difahamkan berhasrat untuk membawa lelaki tersebut pulang ke pangkuan mereka selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Namun, hasrat beliau nampaknya tidak kesampaian selepas beliau baru-baru ini memberitahu msdih belum dijemput keluarganya dari ibu kota.

Menerusi laporan TV3 seperti dikongsikan menerusi Facebooknya pada Khamis lalu, Amran memberitahu beliau sudah dua kali menunggu untuk dijemput pulang, namun kedua-duanya berakhir dengan kekecewaan.



"Saya tunggu tak sampai, abang dah janji dengan saya. Saya dah tunggu dua kali, siap siap kemas barang saya nak balik.

"Jadi, saya malu ah dengan orang DBKL sebab saya cakap hari ini saya dah nak balik, tapi tiba-tiba saya tak balik. Saya malu.

"Mungkin keluarga buang saya kot. Anggap saja saya dah mati"," luahnya sambil menyeka air mata.

Siapa yang tidak sedih sekiranya benar dibuang keluarga sendiri. Apapun, pasti ada kisah di sebaliknya. Hanya Amran dan keluarganya sahaja yang tahu. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 26-6-2020 06:38 PM
Tak sanggup nak tgk video tu. Tapi tu lah, kadang2 tak dapat nak salahkan keluarga. Mana tau, sesuatu berlaku yang menyebabkan mereka tak nak geng dengan pakcik ni. Mungkin lah... Mcm satu kes ni, ada pakcik tu orang jumpa dia kat terminal bas. Orang tu ingat dia stuck kat terminal tu sebab MCO. Tapi sebenarnya, pakcik tu kena buang family sebab taik judi. Sampai sekarang pun, dah kena hantar balik ke kampung halaman pakcik tu masih berjudi hidup merempat
Quote little_sis 26-6-2020 06:43 PM
harap dia dpt keje baik2, at least teruskan hidup dgn baik... dah makin tua xyah pikir lg masalah, asal dpt keje yg cukup makan, tpt tinggal, pakaian.. hidup tenang2 cukup la.. dan harap dpt kwn2 yg boleh diharap la..
Quote jazaa100 26-6-2020 06:49 PM
Rsmai yg sihat walafiat & sdgar bugar....
Knp lah pilih jd gelandangan......


Quote amyza 26-6-2020 06:58 PM
Sedih.
Adik-beradik lebih mengenali,mungkin ada kejadian berlaku sblm ni.
Family ingatkan dah jumpa pakcik ni,berhubung macam tu jer lah. Tapi nak kena tanggung mkn/pakai/tmpt tinggal skali kot tu yang teragak2 nak jumpa balik.
Quote batu kikir 26-6-2020 07:02 PM
Macam yg kisah bapa kandung rogol anak sendiri yg lepas pantang........ kalau keluarga buang dia...... ada ke yg nak jenguk balik.
Allah maha adil....... kalau kita berlaku baik kepada keluarga......... keluarga tetap akan ingat kita
Quote prettyuglybabe 26-6-2020 07:24 PM
dia tak tanya ke kenapa tak datang tu?
entah ada apa jadi ke.. misscommunication ke..
if family betul buang dia, i tak rasa family akan mengaku saudara masa nampak dia kat tv hari tu..
buang yang keruh ambil yang jernih..
harap mereka dapat mulakan hidup baru yang lebih baik..
Quote sukacactus 26-6-2020 07:31 PM
Entah apa la kisah sebenarnya
Harap dapat penyelesaian yg baik
Quote Kenabertaubat 26-6-2020 07:53 PM
Sedihnya.. Berair mata wartawan tu dengar pakcik ni cerita.

Tapi.. Minit 4:29, i terhibur dengan wanita yg tiba2 pergi picit kaki jiran katil sebelah lepas nampak kamera. Sorry kak..
Quote Knowlee 26-6-2020 07:57 PM
Hanya dia dan keluarganya saja yg tahu kisah sebenar...
Quote putericahaya999 26-6-2020 08:01 PM
Buatla baik kat anak
Baru anak ingat
Kalau dh 29 tahum dh x jumpa elok je luput terus
Quote Nenasketum 26-6-2020 08:11 PM
Ada cerita ni disebalik kisah ni. Sebelah pihak tak bercerita yang sebenarnya.
Quote susukambingbest 26-6-2020 08:11 PM
Apasal nk kena tggu kluarga dtg ambik? Pakcik xblh ke nk blik sndiri? Johor je kot, bknnya luar ngara. Sori iol xkesian tp mnyampah plk kt pkcik. Msti ada sbb fmily pun mnyampah kt pkcik. Hnya dorang jer yg tau. Kdg2 org risau pkcik xberubah. Nti bila dorng dah dtg ambik, pkcik ulang lg prngai lama n pkcik slhkn dorang plk sbb beria2 cari pkcik n ambik pkcik dlu. Lg baik dorng truskn hdup tnpa pkcik kot. So pcik uruskn je la diri n majukn diri sndiri
Quote haznor 26-6-2020 08:14 PM
Aku ada family members yg entah ke mana menghilang. Bagus dia blah. Kalau dia ada pun, menghabiskan beras je ...
Quote jerukkedondong 26-6-2020 08:18 PM
Pasti ada kisah disebalik cerita...
Tgk wajah tua pakcik tu...ikut hati aku yg tak berapa baik ni...jahat mcm mn pun dia dulu..rasa mcm hati ni sudi lagi memaafkan...
Dia dah tua..
Brp lama lg lah hayat dia kat dunia ni...
Tp entah lah..hati manusia lain2..
Tak pe lah pakcik..ikut aje lah apa yg Allah takdirkan ..sy doakan pakcik sihat dn kuat semangat....sob..sob...
Quote Lagubestbest 26-6-2020 08:19 PM
Nak merempat ke taik dadah ke ape, dalam akaun kena ada 1juta baru moyang pun sanggup bangkit dari kubur mengaku keluarga pakcik oi.
Quote dubuk 26-6-2020 08:37 PM
mana video link nya
Quote djzara81 26-6-2020 08:42 PM
Kene dgr cerita from both sides. Kita org luar ni tak tau real situation. Semoga ade jln penyelesaian utk pakcik ni & family dia.
Quote monreyes 26-6-2020 08:47 PM
Anak pun x nak bela mak pak..apatah lagi adik badik..gelandangan lak tu sah2 xde duit...tok sah lah mengharap..hati sakit...org yg disana jadi serba salah
Quote jazaa100 26-6-2020 09:11 PM
haznor replied at 26-6-2020 08:14 PM
Aku ada family members yg entah ke mana menghilang. Bagus dia blah. Kalau dia ada pun, menghabiskan  ...

Setakat habiskn beras tak kisah pun kannn....
Tapi menyusahkn hidup org.....

Mana tau, entah entah sbb pangai dia dulu dah buat gelap masadepan org lain.....

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068373 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top