CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sampai Jatuh Anak Bini Orang Tu" - Penunggang Motor Baran Bertindak Luar Batasan

9-7-2020 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7724| Komen: 29|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kadar kemalangan jalan raya di negara ini berada di tahap yang membimbangkan.


Kadar kemalangan jalan raya di negara ini berada di tahap yang membimbangkan.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara sebab perkara ini terjadi adalah akibat sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan.

Kadangkala, ia disebabkan kurang sifat sabar dalam diri dan berhemah ketika di jalan raya seperti yang dikongsikan oleh Twitter My Crime Watch ini. Khabarnya, kejadian ini berlaku di hadapan Masjid Khalid Al Walid MINDEF, pagi semalam.



Dalam video itu, dapat dilihat penunggang motosikal EX5 telah bertindak di luar batasan memukul mangsa serta menolak motornya hingga anak mangsa terjatuh.

Video ini mendapat perhatian warganet dan ramai mengecam tindakan penunggang motor EX5 itu sehingga ada yang mendedahkan maklumat peribadinya.

Malah, ramai warganet mula menyerang laman Facebook lelaki berkenaan hingga beliau menyahaktifkan akaun tersebut.





Kredit foto: Twitter My_CrimeWatch

Pada hari bekerja, pada waktu pagi hingga petang setiap hari jalan raya memang sibuk dengan kenderaan yang masing-masing mahu pergi ke tempat kerja.

Sebaiknya, pengguna jalan raya perlu merancang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju supaya tidak memandu dalam keadaan terburu-buru kerana kesesakan lalu lintas akan mengakibatkan kita menjadi lebih mudah tertekan.

Dan paling utama, semua pengguna jalan raya juga perlu tanamkan sifat sabar dan berhemah ketika di jalan raya. CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • coco


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meya 9-7-2020 11:10 AM
Stok ala ala samseng macamni yang memburukkan penunggang motor yang lain.

Ni motor sama motor pun boleh jadi macamni...kalau dengan kereta ...lagilah ...suka suka aje ketuk-ketuk kereta orang.  Ko ingat bapak ko yang bayar???
Quote kucingitam 9-7-2020 11:10 AM
bukan kena langgar pun kan.. dah la main road, dia yang patut tunggu jalan clear baru lintas... eh eh eh...
Quote meya 9-7-2020 11:13 AM
Bila dah langgar kereta orang senang-senang cakap tak nampak...kalau tak nampak kenapa bawak motor??

Buta ker lalai ker?  

Belum lagi cerita yang busy macam PM ...atas motor sempat lagi berhandphone...bila orang hon tegur ...pandang kita macam kita pulak yang salah.

Kalau ko dah tergolek atas jalan ...ko jangan cakap orang tak kesian atau takde perikemanusiaan tau.  Nak mati...g mati sorang-sorang jangan ajak orang lain.
Quote coco 9-7-2020 11:15 AM
mentang2 la bini frontliner..... terus ko belagak ya .....  
Quote RatuDunia94 9-7-2020 11:42 AM
Salah sorang kena mengalah.. kalau dua2 pun ego tinggi selayaknya la bertumbuk kat tgh2 jalan raya tu...
Quote natrahn 9-7-2020 11:50 AM
kucingitam replied at 9-7-2020 11:10 AM
bukan kena langgar pun kan.. dah la main road, dia yang patut tunggu jalan clear baru lintas... eh e ...

betul, kena utamakan yang jalan lurus. Right of way

Yang ex5 kena tunggu dan bersabar
Quote tagas 9-7-2020 11:57 AM
buat2 bersabar laa

zaman laa nih suma org stress

bkn ko sorang jer
Quote chinta89 9-7-2020 12:06 PM
aku tgu org buka thread ni dari semalam.

lelaki tu staff mindef katanya? bini mcm paki baju nurse?

habislah mindef.. kena soal ngn netizen nt
Quote misuke 9-7-2020 12:37 PM
semoga pupus la jantan panas baran camni dlm dunia..
Quote missinpiece 9-7-2020 12:44 PM
Salah ke betul ke mmg x reti bertimbang rasa ye?
Quote afie_m 9-7-2020 01:01 PM
kecoh kat fb semalam..sampaikah alamat..ic ..gaji semua dia orang dapat..hebat rakyat malaysia..mudahkan kerja polis..hehehhe
Quote prettyuglybabe 9-7-2020 01:12 PM
dia pukul/tolak rider lagi satu tu ye ada nampak dalam video..
tapi i think motor jatuh bukan sebab dia tolak kot..
bila dia pukul/tumbuk/tolak rider tu, rider tu terkebelakang tu yang motor dia jatuh..
sebab dari awal dia tak topang motor and tahan pakai kaki/badan..
rider baran tak reti sabar ni selayaknya digelek lori jah..
Quote natrahn 9-7-2020 02:09 PM
chinta89 replied at 9-7-2020 12:06 PM
aku tgu org buka thread ni dari semalam.

lelaki tu staff mindef katanya? bini mcm paki baju nurse ...

aaah.... awam mindef...bertebaran dah info pasal mamat ni... abis dengan wife dia pon orang pm...

meme pun dah ada huhuhu
Quote husna_amal 9-7-2020 02:12 PM
Bertolak ansur lah sikit. Ikut kan sangat baran tu nanti menyesal tak sudah.
Quote MissyMolly 9-7-2020 02:22 PM
tagas replied at 9-7-2020 11:57 AM
buat2 bersabar laa

zaman laa nih suma org stress

Kenapa kena buat2.. bsabar??

Tp jln sempit tu pun elok je depa bgasak situ
Quote crazybeach 9-7-2020 02:22 PM
elok kau mampus dilanggar babi jah
Quote chinta89 9-7-2020 02:28 PM
natrahn replied at 9-7-2020 02:09 PM
aaah.... awam mindef...bertebaran dah info pasal mamat ni... abis dengan wife dia pon orang pm...
...

jawatan ape. bini nurse mana?
Quote izzah_mia 9-7-2020 03:14 PM
tapi tak patut yang tak terbabit kena tempias.
ada kat FB, netizen post carta yg rasanya di dalam mindef tak crop...habis org lain punya info termasuk sekali.


Quote palmolive 9-7-2020 03:53 PM
jalan pagi2 dah sibuk..ko tambah nak buat drama..
warganet kalo dlm alam maya sembang hebat..
padahal nak keluar motor belakang kena block di kereta takder nak sembang hebat..
terkemut2 tolak motor..pahtu kutuk kt FB

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.114948 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top