CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Sepupu Dengan Paip PVC Kerana Ganggu Tidur

14-7-2020 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3333| Komen: 16

Description: Hanya kerana tidur terganggu akibat bunyi bising ketika mengalihkan kenderaan, lelaki memukul sepupunya dengan paip PVC.
Hanya kerana tidur terganggu akibat bunyi bising ketika mengalihkan kenderaan, lelaki memukul sepupunya dengan paip PVC.

Memetik Berita Harian, kejadian di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas pada Sabtu lalu itu menyebabkan lelaki berusia 26 tahun mengalami lebam dan luka.



Gambar hiasan

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun terjaga dari tidur akibat bunyi bising di luar rumah sebelum keluar dan mendapati sepupunya sedang mengalihkan kenderaan sepupu perempuannya.

Menurut laporan, suspek yang berang tidurnya diganggu mengambil paip PVC dan memukul belakang badan serta peha kiri mangsa.

"Suspek kemudian masuk semula ke rumahnya untuk sambung tidur," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Bimbang keselamatan diri, ibu bapanya dan juga ibu saudara serta nenek yang tinggal di rumah suspek, mangsa membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan.


"Polis membuat tangkapan di rumah suspek yang terletak dua meter dari rumah mangsa pada jam 6.30 petang semalam.

"Semakan mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik," katanya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI

2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-7-2020 05:20 PM
Zaman covid ni orang semua susah hati banyak masalah tau dak ...masalah duit...kerja. ..hutang..lagi mau ganggu
Quote noor2 14-7-2020 05:21 PM
La....penagih dadah....adeh
Quote Squidward. 14-7-2020 05:21 PM
slalu kes bunyi ni

da lama sngt dia bersabar

nk ckp segan

pukul x segan lak

Quote Squidward. 14-7-2020 05:22 PM
noor2 replied at 14-7-2020 05:20 PM
Zaman covid ni orang semua susah hati banyak masalah tau dak ...masalah duit...kerja. ..hutang. ...

its not funny ok

x yah nak sngt

ko tngk je dlm ni forumer2 liberal

asyik merintih sengkek kena tipu ngn Tun je

its not funny ok!!!!!
Quote lattehazelnut 14-7-2020 05:23 PM
Jiran i suke tekan hon pnjg2 kalau bini or anak dia lambat.. rasa mcm nk wat mcm ni jugak la..
Quote Artemesiaa 14-7-2020 05:24 PM
Penagih dadah je selalu suka bertindak macam tu
Quote Kurex 14-7-2020 05:25 PM
Aku penah kena ganggu oleh sepupu ketika tidur..  malas nak kata gangguan apa...
Quote bondeh 14-7-2020 05:32 PM
Penang sering mendonia ye now
Quote duri_durians 14-7-2020 05:36 PM
pkul 3 pagi klau rumah aku pun aku hamun...
sib baik duk apartment so tak tau pelaku nya.

aku kalau tgh mamai2 orang tnya aku soalan mmg tenang je aku jawab. kalau aku ada harta banyak kantoi je org tnya password bank etc etc

tapi penagih dadah, elok dihumban ke tempat sepatutnya
Quote prettyuglybabe 14-7-2020 05:39 PM
pukul 3 pagi kau bising nak alih kereta..
orang tak hisap dadah pun marah..
nak nak kereta jenis berdegung ekzos buluh..
Quote Daftpunk_shine 14-7-2020 07:08 PM
Paip pvc ada tak?
Quote Supersirap 14-7-2020 09:55 PM
Baran punya pasal sudah ke balai, penagih pula tu, memang sudah jatuh ditimpa pvc
Quote husna_amal 15-7-2020 09:26 AM
Patutlah naik hantu, mat dadah rupanya.
Quote myoujin 15-7-2020 09:32 AM
Jadah kereta bunyi bising... Ekzos bedengung ke..sebatu dah dengar bergegar tingkap.
Quote kasibiman 15-7-2020 09:41 AM
Start 3 pagi pastu preng preng prengggg.

Layaklah kene kitai. Tak kira lah matpet kitai ke tak Pon
Quote Xim 15-7-2020 10:36 AM
Buruk prangai....kul 3am ko memekak....alamak tuan....bagusla kena sedas dua bagi sedar....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060991 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top