CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tengah Mengajar Isu Topeng, Guru Terdiam Murid Pakai Mask Kotor Berjahit Benang Hitam

6-8-2020 10:47 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16209| Komen: 163|Original author: Oleh: LilRose

Description: Sudahlah kotor, dijahit pula tali pada pelitup muka dengan benang hitam.
Sudahlah kotor, dijahit pula tali pada pelitup muka dengan benang hitam. 

Terus terdiam seorang guru apabila melihat kedaifan muridnya yang tidak mampu memakai topeng muka baru dan bersih.



Kredit foto: Twitter

Guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah, Fazri Hassan, berkongsi di Twitter mengenai anak muridnya itu.

"Masa tu sedang mengajar dalam kelas, saya berbincang dengan murid-murid topik pemakaian pelitup muka.

"Saya tanya kenapa perlu pakai dan sebagainya sehinggalah saya nampak pelitup muka seorang murid ni sudah kotor.

"Dia sebenarnya murid pendidikan khas tahun enam, murid lelaki. Tapi, saya memang dah ada standby dalam kereta dan dalam kelas, jadi saya bagi yang baru untuknya," ujar guru berusia 27 tahun itu kepada mStar.

Lantaran itu, Fazri meluahkan rasa simpati terhadap golongan kurang berkemampuan apatah lagi untuk membeli topeng muka yang menjadi kewajiban sejak 1 Ogos lalu.


"Memang tahu ada sesetengah keluarga yang mungkin tak mampu nak sediakan pelitup muka baharu setiap hari.

"Sebab pelitup muka dah jadi barang keperluan. Bagi yang berduit, mungkin tiada masalah.

"Tapi ada insan lain yang kesempitan, ada yang kehilangan kerja waktu PKP dan sebagainya," ujarnya.


Kredit foto: Twitter

Guru itu bagaimanapun enggan menerima bantuan orang ramai kerana dia dan rakan guru lain masih mampu menanganinya.

"Bukan nak menidakkan kebaikan orang. Cuma kami boleh uruskan lagi. Selepas saya kongsi di Twitter, ada dalam lima orang nak bantu.

"Setakat ini, saya dan guru lain boleh cover lagi. Kami bantu selagi kami mampu," jelasnya.

Mereka sebaliknya menasihati orang ramai supaya menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan pelitup muka dan hand sanitizer kepada sekolah berdekatan dan berterima kasih atas keprihatinan orang ramai. - CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • yeos

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 6-8-2020 10:51 AM
Secara logiknya memang susah kepada keluarga yang kurang berkemampuan menyediakan stok mask gred terbaik kepada anak2 sekolah. Duit belanja makan pun entah cukup ntah tidak. Even yang bekerja pun, majikan sediakan. Kalau kena keluar duit sendiri pun rasanya akan berlaku penggunaan mask (disposable) berulang kali..
Quote Artemesiaa 6-8-2020 10:58 AM
Tak ada yang mustahil jika ia berlaku sebab sebelum ni pun ada je nampak mereka yang membasuhnya untuk diguna semula walau ia jenis pakai buang dan bukannya jenis yang boleh dibasuh semula.  
Quote sarah82 6-8-2020 11:03 AM
Ni plan aku la.

Apa kata.. Kita yg dapat gaji sepenuhnya ni.. Sama2 tolong sedekahkan mask kat sekolah2..sebulan sekotak pun jadi la.. Sekurang2nya.. Ada budak2 sekolah dapat pakai mask baru.

Skrg aku tengah bagi kat runner.. Utk sekolah.. Aku tengah tunggu anak murid makcik update brp jumlah pelajar kat sekolah dia.. Anak murid makcik mengajar budak2 org asli.

Kita tolong sesama kita sekadar kemampuan kita..
Quote RatuDunia94 6-8-2020 11:09 AM
Kalau belikan 2-3 mask yg kain tu.. pastu suruh dia basuh hari2. Tukar2 pakai ok kan.. yelah at least pakai mask dr xde.
Quote kenari2101 6-8-2020 11:09 AM
satu cara lagi blh bg reusable mask tu.
or ajar macam mana nak buat mask DIY.
ada satu video kat https://www.cdc.gov/coronavirus/ ... -face-covering.html

Quote mistified 6-8-2020 11:19 AM
sarah82 replied at 6-8-2020 11:03 AM
Ni plan aku la.

Apa kata.. Kita yg dapat gaji sepenuhnya ni.. Sama2 tolong sedekahkan mask kat s ...

bagus idea sarah.
Quote sarah82 6-8-2020 11:26 AM
mistified replied at 6-8-2020 11:19 AM
bagus idea sarah.

Setakat kemampuan kita.. Sekurang2nya kita sama2 bantu jaga anak2 yg bakal mewarisi negara kita..
Quote MadameOnion 6-8-2020 11:30 AM
kenari2101 replied at 6-8-2020 11:09 AM
satu cara lagi blh bg reusable mask tu.
or ajar macam mana nak buat mask DIY.
ada satu video kat h ...

yes..kalau ada tempat letak filter lagi bagus..boleh sumbat filter...guna tisu dapur tu..honestly aku selesa guna fabric mask dari non wovem material...non woven buat kulit aku gatal2 dan naik jerawat
Quote haryatie 6-8-2020 11:34 AM
da wajib semua org kena beli, kena pakai
kalau 1 family ramai, byk jugak peruntukan tu
Quote Kurex 6-8-2020 11:37 AM
Yg kata dapat sekotak satu family dari bantuan kerajaan tu memang ada ke takde eh? Katanya kerajaan bagi wakil penduduk tolong agih2 kan.. ke dapat dekat wakil tu semua atau sedara mara wakil je? Ke memang takde bantuan tu?
Quote diss69 6-8-2020 11:39 AM
Akk pon pakai 2,3 kali walaupun jenis pakai buang.. Syng jugak pakai sekali terus buang.. Sebab kalau kluar pon bukan lama.. Beli2 barang terus balik..
Quote mizruncing 6-8-2020 11:42 AM
Kurex replied at 6-8-2020 11:37 AM
Yg kata dapat sekotak satu family dari bantuan kerajaan tu memang ada ke takde eh? Katanya kerajaan  ...

woww ade ke?? setahu i dapat 3 keping for 1 family je. tu pn sekali tu je
Quote belilies 6-8-2020 11:42 AM
Untuk golongan yg tak berkemampuan, apart from fikir duit nak cari makan, in the middle of the pandemic kene put aside extra money utk beli mask. Mana yg mampu tu kalo ada lebih, berilah pada mereka ni.
Quote mummy75 6-8-2020 11:43 AM
Kurex replied at 6-8-2020 11:37 AM
Yg kata dapat sekotak satu family dari bantuan kerajaan tu memang ada ke takde eh? Katanya kerajaan  ...

setau saya bukan sekotak tp 6 keping NADMA bg dlm plastik. x tau plk klu ada yg dpt sekotak. sy dpt 6 keping tu tp lambat gak. jadi la dari x de kan.
Quote Kurex 6-8-2020 11:43 AM
mizruncing replied at 6-8-2020 11:42 AM
woww ade ke?? setahu i dapat 3 keping for 1 family je. tu pn sekali tu je

Bukan sekotak ke? Kitaorang dekat sini jgn kata sekotak, 3 keping pun tak dapat
Quote Kurex 6-8-2020 11:44 AM
mummy75 replied at 6-8-2020 11:43 AM
setau saya bukan sekotak tp 6 keping NADMA bg dlm plastik. x tau plk klu ada yg dpt sekotak. sy dp ...

Bukan sekotak ke.... Kitaorang tak dapat langsung.. ni la payahnya kalau wakil penduduk ramai sedara mara dekat flat tu!
Quote Simunggu 6-8-2020 11:47 AM
anak pilak atau bug kah???
Quote mejaputih 6-8-2020 11:47 AM
Kurex replied at 6-8-2020 11:44 AM
Bukan sekotak ke.... Kitaorang tak dapat langsung.. ni la payahnya kalau wakil penduduk ramai seda ...

perumahan kitorg pun tak dpt...tp kalau guna peruntukan utk kitorg tu bagi kat org2 susah iols tak kisah..takut ada yg salah guna kuasa...
Quote anony-mous 6-8-2020 11:49 AM
sarah82 replied at 6-8-2020 11:03 AM
Ni plan aku la.

Apa kata.. Kita yg dapat gaji sepenuhnya ni.. Sama2 tolong sedekahkan mask kat s ...

good idea. mcm mana nk buat ye? yg 3ply pon ok dah. kesian budak2 ni. kesian mak pak xpasal2 kena tmbh duit utk belikan

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.073240 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top