CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Main Kayu Tiga Dijerut Lepas Disetubuhi Kekasih, Mayat Disumbat Dalam Guni

7-8-2020 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7333| Komen: 19

Description: Angkara cemburu kekasih bermain kayu tiga, remaja lelaki nekad menyetubuhi teman wanita sebelum membunuhnya.
Angkara cemburu kekasih bermain kayu tiga, remaja lelaki nekad menyetubuhi teman wanita sebelum membunuhnya.

TribunNews melaporkan, pembunuhan di Bandung itu terbongkar selepas ibu suspek berusia 17 tahun berkenaan curiga dengan guni yang ditinggalkan di rumahnya.



Gambar hiasan

Ketua Polis Komisioner Hendra Kurniawan mengesahkan kejadian bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mangsa yang juga masih di bawah umur.

Katanya, kejadian berlaku pada Rabu sekitar jam 5 petang apabila mangsa ke rumah sewa suspek dengan menaiki basikal.

Justeru, suspek bertanya mengenai posting seorang lelaki di media sosial mangsa yang kemudian mengakui itu teman lelakinya.

Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek memujuk mangsa melakukan hubungan intim seperti suami isteri di rumah sewa berkenaan.

Sebaik selesai bersetubuh, remaja terbabit terus menjerut leher mangsa menggunakan tali yang ditemuinya hingga meninggal dunia sebelum menyumbat mayatnya ke dalam guni dan ditinggalkan begitu saja di ruang tamu.


Sebaik kembali ke rumah itu, dia disoal ibunya yang menemui guni berkenaan dan curiga dengan isinya.

Ibu suspek terkejut apabila anaknya mengakui baru selesai membunuh mangsa dan memujuk remaja itu menyerahkan diri di balai polis.

Suspek berdepan hukuman penjara lima tahun hingga 15 tahun dan kes masih dalam siasatan. - CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-8-2020 04:33 PM
Amboi remaja nusantara sekarang.
Quote ChildrenOfBodom 7-8-2020 04:38 PM
Haritu gantung diri gara2 cinta ditolak. Apa dh jadi ngn negara gdp 1 trillion usd, jantan2nya lembik sial
Quote husna_amal 7-8-2020 04:40 PM
Teruknya dah la rogol lepastu bunuh cara kejam pula tu. Kenapa lah hukuman dia tak berat sangat.
Quote Kurex 7-8-2020 04:45 PM
Ni mati dalam apa ni?
Quote Jitu 7-8-2020 05:07 PM
husna_amal replied at 7-8-2020 04:40 PM
Teruknya dah la rogol lepastu bunuh cara kejam pula tu. Kenapa lah hukuman dia tak berat sangat.

(Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek MEMUJUK mangsa melakukan hubungan intim seperti suami isteri di rumah sewa berkenaan)

nampaknya secara rela bkn rogol


Quote duri_durians 7-8-2020 05:08 PM
sanggup tu pujuk dulu nak rasa untuk terakhir kali.
dah puas, bunuh
Quote prettyuglybabe 7-8-2020 05:50 PM
indon berkualitas kata trisna
Quote Artemesiaa 7-8-2020 06:01 PM
Kejamnya perbuatan
Quote bluebutter 7-8-2020 07:31 PM
Org org bandung kebanyakannya lawa lawa. Baik lelaki or perempuan.
Quote shysari 7-8-2020 08:36 PM
Pujukan maut
Quote crazybeach 7-8-2020 11:57 PM
Kurex replied at 7-8-2020 08:45 AM
Ni mati dalam apa ni?

mati dalam guni
Quote buapakperut 8-8-2020 12:37 AM
Jitu replied at 7-8-2020 09:07 AM
(Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek MEMUJUK mangsa melakukan hubungan intim se ...

bawah umur lagi ceweknya,automatis kes rogol
Quote sukacactus 8-8-2020 07:11 AM
Hebat2 sungguh watak2 dlm news ni
Muda2 lg dah mental
Yg pompuan tu playgirl
Cuma mak je yg boleh pakai
Quote supernaturalee 8-8-2020 09:26 AM
Jitu replied at 7-8-2020 05:07 PM
(Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek MEMUJUK mangsa melakukan hubungan intim se ...

Buat post mortem dulu br blh kata rogol ke x

Side die ye lh blh kata consent
Side perempuan yg dh x bernyawa?

Btw max 15 thn je?
Ringan
Patut 25 thn without parole
Quote MontanaHannah 8-8-2020 09:32 AM
mrk xfaham apa makna maruah agaknya????????

bodo sgt ke ,asyik leka main hp sampai xbelajar apa pun .
Quote MontanaHannah 8-8-2020 09:33 AM
sudah jadi mayat sudah terlewat utk berubah.
Quote chilly 8-8-2020 10:00 PM
Biasanya sorok tak kira apa tali sebab takut anak kecik main dan tak sengaja terjerut leher. Sekarang kena buang terus sebab takut kalau  laki, boipren, skandal main jerut-jerut leher bini, gelpren, selingkuh pulak.
Quote kemaruk 8-8-2020 10:04 PM
bangkem masih ingat gambar budak pompuan indon mati mengangkang dengan cangkul masih lagi dalam kemaluannya

rasa2nya korang pon masih ingat kes nih

kejam giler
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:32 PM
Dunia makin celaru dh..haha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.112356 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top