CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wani Kayrie Pelik Afieq Shazwan Dakwa Hubungan Dingin Kerana Orang Ketiga

22-8-2020 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19600| Komen: 67

Description: "Tak tahu apa yang terbuku di hatinya."
"Tak tahu apa yang terbuku di hatinya."

Penyanyi dan pelakon Wani Kayrie mendedahkan terkejut dengan kenyataan Afieq Shazwan mengenai hubungan mereka yang menjadi dingin akibat kehadiran orang ketiga kerana dia sememangnya tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seseorang.



Kredit foto: IG Wani/Afiq

"Sebenarnya saya baik-baik saja dengan Afieq, tapi saya tak pasti kenapa Afieq keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami. 

"Bagi saya, kalau ada masalah sepatutnya diselesaikan antara kami. Saya tak ada kekasih atau teman istimewa seperti yang didakwa. Kalau dia nak pergi atau tak selesa dengan saya, itu pilihan dia," ujarnya.

Kata pemilik nama Syazwani Abdullah, 20, dia mahu fokus pada karier dan enggan orang berkata-kata mengenai hubungan mereka.

Dalam masa sama, Wani akui tidak senang apabila Afiq mengaitkan lagu Lelaki Di Telefon dan single terbarunya dengan hubungan mereka.


"Saya terasa juga dengan kenyataan Afieq. Sebelum ini pun, dia ada kata lagu Lelaki Di Telefon itu ada kaitan dengan kawan wanitanya yang rapat berlaku curang. Kali ini, lagu baharu dia pun kata ada kaitan dengan kehidupannya.

"Jadi, sudah tentu orang akan kaitkan saya sebab kami memang rapat. Tapi saya lagi tak selesa apabila ada orang yang rapat tanya betul ke ada orang ketiga dalam hubungan kami.

"Tapi tak apa la, saya tak kisah... suka hati dia la nak buat lagu apa. Sebab saya sendiri tak pasti lagu itu ditujukan untuk saya atau tidak. Lagipun sekarang saya hanya ingin fokus pada karier seni dan kolej," ujarnya.


Kredit foto: IG Wani

Terdahulu, Afieq yang tidak pernah membuka mulut mengenai hubungan yang terjalin antara mereka memberi bayangan akan mengungkap kisah hidupnya menerusi single yang bakal dilancarkan September ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote megan_pox 22-8-2020 11:48 AM
1st

Idong mancung vs idong java
Quote kiah_mai_pulak 22-8-2020 11:53 AM
ooooooo.. dh tu kita semua nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Quote missmeornot 22-8-2020 12:55 PM
Aiyoooo xde cite lain ke dikkk..cite2 mcm ni simpan sendiri je sudah
Quote nura19 22-8-2020 01:12 PM
Sejak bila rapat ke mmg bercinta dorg ni??
Quote naksedap 22-8-2020 01:17 PM
Adik nak ikut jejak langkah sis kemut adik beradik dan zulin surgery kah?
Quote RatuDunia94 22-8-2020 01:34 PM
Terus kena Friendzone..
Quote hantamal 22-8-2020 01:38 PM
Edited by hantamal at 22-8-2020 01:40 PM

Kozzer cerita cenggini pun jd newsdah takde cerita lain ke nak dijaja?
Quote Lailerthee 22-8-2020 01:40 PM
Dulu kate kawan dh lepas tu nk terasa2 knp
Quote Orix 22-8-2020 02:09 PM
Fonenn jah sentap
Quote GegarVaganja 22-8-2020 02:15 PM
Gitu la nok kalau kapel dengN hadek2.

Quote Miss_LoveLeen 22-8-2020 02:18 PM
Oh maiii.. apa yg meolss baca ni. Terus murung sbb terasa tua, confused & x faham
Quote aemon 22-8-2020 02:20 PM
sape la memangkok ni..serius aku tak kenal
Quote de_ikea 22-8-2020 02:26 PM
Alahai bbdak ni. Iols still rasa diorg bbdak sbb thok diorg mnyanyi kecik2 jah.
Quote fadz84 22-8-2020 02:29 PM
Miss_LoveLeen replied at 22-8-2020 02:18 PM
Oh maiii.. apa yg meolss baca ni. Terus murung sbb terasa tua, confused & x faham

I pun x berapa nk fhm.. mula2 terasa sbb si laki buat lagu pasal kawan rapat yg curang (which is dia anggap lagu tu ditujukan utk dia), hujung2 artikel ckp dia pun xpasti lagu tu mmg cerita pasal dia ke atau org lain, xnk ambil pusing katanya.. dh tu pesal ko pong pang dari mula..
Quote blue^panther 22-8-2020 02:29 PM
Wanie ni lagu dia apa?? Lupa dah aku?? Lepas gosip cinta dengan footballer, dengan afiq pulak kau ni dik.....macam2 la...
Quote haruslah 22-8-2020 02:30 PM
Aku suka nengok budak afiq ni
Comey jer
WK tu x sangka umo 20...mcm late 20 dah
Quote SherryZass 22-8-2020 02:50 PM
Cerita cinta bbnu jah. Ni pun jadi news kah? Ko sekolah ke tak???
Quote cruz2 22-8-2020 03:10 PM
Waniey paling hampeh dikalangan penyanyi yg bernama wani.asyik cite psl jantan.sampai org ingat umur pon dh lewat 20an.sayang sungguh padahal education pon bagus dan suara pon boleh nyanyi compare dgn cumi cumi
Quote cruz2 22-8-2020 03:16 PM
Btw kalau tak kerana tertengok klip satu rancngan tv iols mati2 ingatkan lagu lelaki di radio tu andi bernadee yg nyanyi

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.111252 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top