CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau Hangus Cili Goreng Bawa Penemuan Mayat Isteri

13-10-2020 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2482| Komen: 0

Description: Lelaki warga emas menyedari kematian isterinya selepas terhidu bau hangus.
Lelaki warga emas menyedari kematian isterinya selepas terhidu bau hangus.

Memetik TribunNews, mayat Suparti, 65, ditemui Mulyadi, 74, selepas memeriksa masakan yang hangus digoreng mangsa.



Gambar hiasan

Difahamkan, Mulyadi kemudian terkejut apabila menemui mayat isterinya di kandang lembu di belakang rumahnya di Bruboh di Sutojayan.

Berdasarkan laporan diterima polis, ketika kejadian warga emas itu sedang membaiki basikal jirannya apabila terhidu bau masakan hangus.

Dia yang hairan bergegas memeriksa dapur sebelum mendapati cili dan bawang digoreng mangsa sudah hangus, lalu mematikan api.

Dia kemudian keluar dari dapur untuk mencari isterinya sebelum menemui tubuh mangsa yang tertiarap di tumpukan jerami.

Punca kematian mangsa tidak diketahui, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa terkena serangan jantung. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034701 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top