CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mak Leha' Tak Percaya Nama Tercalon, Biar Hasil Kerja Berbicara

9-11-2020 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5746| Komen: 28

Description: Aktif dalam dunia seni sejak era 1980-an, Liza Abdullah mengaku tidak pernah mengejar anugerah, sebaliknya memberi prestasi terbaik dalam setiap kerja dilakukan.
Aktif dalam dunia seni sejak era 1980-an, Liza Abdullah mengaku tidak pernah mengejar anugerah, sebaliknya memberi prestasi terbaik dalam setiap kerja dilakukan.

Terkenal dengan watak Mak Leha dalam dua musim drama 7 Hari Mencintaku, Liza tidak percaya dirinya tercalon pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 impak daripada kemunculannya dalam drama berkenaan.




"Pada mulanya, saya sangsi, betulkah nama tercalon. Sampailah ada pengikut dan peminat di Instagram (IG) meletakkan 'tag' nama saya dalam entri mereka.

"Pencalonan ini mengujakan sebab ramai pelakon drama 7 Hari Mencintaiku sama bertanding. Biar apa pun, saya ucapkan terima kasih kalau ada yang sudi mengundi saya," katanya kepada BH Online.

Liza tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular pada ABPBH 33.

Liza berkata, dia menghargai peluang diberikan penerbit dan amanah itu dilunaskan sebaik mungkin.

"Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah.

"Apabila nama saya 'meletup' dan bakat diterima, itu sudah memadai. Kalau orang hargai dan suka, ia sudah dianggap bonus," katanya yang tidak pernah puas dengan kerja seninya.


Kredit foto: IG Liza

Liza mengaku ada peminat memberitahu dirinya layak menerima anugerah.

"Itu bukan kuasa dan kawalan saya. Bohonglah kalau tidak mahu menang. Cuma belum ada tuah dan rezeki.

"Saya ikhlas bekerja demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.

"Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi," katanya.


Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 9-11-2020 02:52 PM
Mak leha masa muda2 hot... Tgk filem jejaka perasan... Dgn rambut kerinting dia
Quote YomiuriLandMae 9-11-2020 02:53 PM
so terbuktilah artis mmg slalu kena ada produk seni utk kekal relevant which itu la yg sepatutnya.. kalo x ujung2 hadap la gigih nak masuk GV dah kertu2 pun.. itupun kalo penyanyi laa..
Quote buragazz 9-11-2020 03:03 PM
Aku suka dia dalam Ali Setan...walaupun pembantu tapi suka...
Quote princessmiang 9-11-2020 03:16 PM
terbaik mak leha....tak perlu nak guna religion card utk survive dalam industri tapi takde sekelumit bakat pun
Quote September14 9-11-2020 03:29 PM
Bagi di menang BPP pun xpe
Quote Kurex 9-11-2020 03:34 PM
Dulu pun kak limah masuk, dia pun bersyukur walaupun tak menang
Quote akubest 9-11-2020 04:16 PM
level dia tu tayah la hadap anugerah abpbh le
shoelss level2 seri angkasaaa

abpbh ni level2 mira pilzah, nabil, neelofa... hahahhaa
so not her level....
Quote awenda507 9-11-2020 05:04 PM
Tgk dia dcite mrh2 syg. Suka dia blkon smpai skg.hihi
Quote putericahaya999 9-11-2020 05:07 PM
Dulu dia sentiasa pembantu
Skrg pun pembantu
Tapi lagi hot drp heroin zmn ali setan dulu
Quote anggeriklatifah 9-11-2020 05:17 PM
TERBAIK LA MAK LEHA
DARI DULU BERLAKON ZAMAN ANAK DARA SAMPAI JADI MAK MERTUA KECOH SAMAPI JADI NENEK
BERLAKON MEMG POWER
TAK PERNAH LANGSUNG NAMPAK KAKU KE TAK MENJADI
MEMANG MENJADI LA SENTIASA

IOLS AKAN VOTE DIA BYK2
Quote sawi_bayam 9-11-2020 05:42 PM
Mak leha dengan pak samad tak pernah jobless. Masyukkk
Quote asamfish 9-11-2020 05:43 PM
Korang pernah tgk drama lakonan MakLeha dgn ND Lala
Rasanya tajuk tu Penghujung Rindu terbitan RTM
zaman2 tv3 belum ujud
Mmg trending drama tu
Quote AKAZ85 10-11-2020 02:58 AM
Bila pandang muka mak leha terus automatik teringat mak kakyung kat kampung... Sebab iras mak kakyung ade sikit macam mak leha... Nak2 bentuk mulut dengan muka... Huuu... Mak.. Rindu kat mak.... {:childlike
Quote azie5zoe 10-11-2020 09:24 AM
minat dia ni sejak dulu lagi dari zaman dia punya cincin penuh kat jari...
Quote Tiram 10-11-2020 10:23 AM
asamfish replied at 9-11-2020 05:43 PM
Korang pernah tgk drama lakonan MakLeha dgn ND Lala
Rasanya tajuk tu Penghujung Rindu terbitan RTM
...

Skrg nak tengok kat mana
Quote mak 10-11-2020 02:51 PM
azie5zoe replied at 10-11-2020 09:24 AM
minat dia ni sejak dulu lagi dari zaman dia punya cincin penuh kat jari...

kannn..mmg zaman tu ramai jer artis yg pakai cincin bersusun kat jari2 yang ada..kak melah ram..salwa abd rahmah..noraniza idris..
sampai kitaorg pun ikut trend tu...tingat lah akak kat opis tegor, "korang pakai cincin berderet ni tak kisah ke kalu takde org nak tackle, sbb ingatkan bini org kee"...besoknye dah tak pakai cincin dahh...heheheheh...
Quote haziqah 10-11-2020 05:38 PM
asamfish replied at 9-11-2020 05:43 PM
Korang pernah tgk drama lakonan MakLeha dgn ND Lala
Rasanya tajuk tu Penghujung Rindu terbitan RTM
...

Drama ni mmg top dulu. Akak sekolah rendah masa ni. Slot drama minggu ini kalau tak silap.
Quote asamfish 10-11-2020 06:17 PM
Tiram replied at 10-11-2020 10:23 AM
Skrg nak tengok kat mana

Tak tau.  I pun cari jugak. Mungkin kena cari kat arkib RTM
Quote asamfish 10-11-2020 06:19 PM
haziqah replied at 10-11-2020 05:38 PM
Drama ni mmg top dulu. Akak sekolah rendah masa ni. Slot drama minggu ini kalau tak silap.

Ye.  Dulu2 drama minggu ini pun excited dah nak tgk.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top