CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Rasa Lucu Netizen Berbahas Isu Bulu Ketiak - "Bukan Saja-saja Tayang"

10-11-2020 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3731| Komen: 5

Description: Pelakon Azhan Rani, 44, berasa lucu dengan komen netizen yang sanggup berbahas mengenai bulu ketiaknya selepas dia memuat naik beberapa foto di Instagram (IG), baru-baru ini.


Pelakon Azhan Rani, 44, berasa lucu dengan komen netizen yang sanggup berbahas mengenai bulu ketiaknya selepas dia memuat naik beberapa foto di Instagram (IG), baru-baru ini.

Azhan dihubungi berkata macam kelakar apabila soal bulu ketiak pun boleh menjadi topik perbualan mereka kerana kurang selesa dan turut mengaitkan dengan penjagaan kebersihan diri.

"Saya sebenarnya bukan suka-suka nak tunjuk atau saja-saja bela bulu ketiak. Tapi, ia bagi memenuhi tuntutan watak saya dalam telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin untuk Astro First.



"Telefilem komedi ini diarahkan Azizi Chuck Adnan dan siapa yang pernah bekerja dengannya mesti tahu idea Azizi ada kala macam kartun sikit.

"Apapun, di saat negara ketika ini berhadapan penularan jangkitan Covid-19 yang tinggii, apakah bulu ketiak juga merupakan satu lagi pandemik?" katanya kepada Harian Metro.



Tidak melatah dengan komen netizen yang mengecamnya, Azhan berkata dia sedikit sebanyak sudah memahami sikap segelintir warganet di media sosial.

Katanya, yang memgecam dia mengenai bulu ketiak itu tidaklah ramai sangat dan hanya beberapa orang saja yang buat kecoh. Menurut Azhan lagi, tapi mereka tengok juga foto-foto itu.

"Bagaimanapun, bagi pengikut saya di Instagram yang memang 'follow' sejak dahulu, mereka tahu karekter saya di media sosial macam mana dan okay saja.

"Apapun, kepada pengikut yang taknak 'follow' saya disebabkan bulu ketiak, itu hak masing- masing. Bagi saya, kini hanya bersyukur kerana masih ada tawaran berlakon," katanya.




Mengakui wujud juga perasaan bimbang dihati dengan kes Covid-19 yang makin serius, Azhan berkata dia harus positif dan teruskan bekerja dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, walaupun sekarang kerajaan melaksakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kena terus berhati-hati dan penting untuk kita semua ikut saja SOP itu. 


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 10-11-2020 11:54 AM
ori ke tampal tu?
Quote husna_amal 10-11-2020 12:44 PM
Bulu ketiak buatan gombak
Quote chauky314 10-11-2020 01:00 PM
bulu ketiak pun ada isu....
Quote Redmyvi 10-11-2020 01:20 PM
aku tgk azhan rani dalam rancangan adiba noor tu..
nampakla dia ni artis yg humble dan educated..
artis berbakat ni selalu lambat nk femes sbb diorg tak kejar sgt populariti..
Quote downiey 12-11-2020 05:55 PM
ahhahaah..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.207736 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top