CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farahdhiya Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi, Ini Alasannya...

17-11-2020 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5845| Komen: 13

Description: Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengakui dirinya seorang yang amat menjaga privasi kehidupannya.
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengakui dirinya seorang yang amat menjaga privasi kehidupannya.

Menurut Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, apa yang dipaparkan dalam media sosial hanyalah sebahagian kecil sahaja yang dikongsikan kepada umum.



Foto: IG
"Saya seorang yang menjaga privasi. Saya menjaga privasi kehidupan peribadi saya sejak 16 tahun yang lalu, ini antara pesanan arwah ayah saya dari mula masuk bidang hiburan.

"Media sosial hanyalah 30 peratus daripada kehidupan yang saya pilih untuk kongsikan termasuklah kerja, masakan, aktiviti senaman, kucing dan sikit mengenai keluarga," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia berbuat demikian kerana menyedari bahawa tidak semua orang suka dengan setiap tindakan yang kita lakukan.

"Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik. 

"Mengadulah kepada-Nya, kerana Dia sebaik-baik pendengar. Yang penting di media sosial ini cubalah kongsi benda yang baik-baik, yang positif yang dapat beri inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca," pesannya.


Bahkan, katanya lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba membawa negativiti di platform media sosialnya.

"Sejujurnya saya sendiri tak suka, rimas dengan negativiti, orang yang tak henti mengeluh atau bergaduh di media sosial, yang mulut celupar pun ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow.

"Termasuk komen-komen yang tak manis memang saya akan sekat je. Maaf saya tidak suka vibes yang tak elok," kata bekas bintang Gegar Vaganza 2015 itu.


Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dalam filem berjudul Mulut Masin arahan pengarah terkenal, Razaisyam Rashid.

Filem terbitan Astro Shaw itu akan menemui penonton bermula 19 November ini di saluran Astro First. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 17-11-2020 12:54 PM
sedap n lazat

10 tahun lalu la

la nih da makin kertu
Quote RatuDunia94 17-11-2020 12:58 PM
Vibrator kan ada...
Quote rogayahtop 17-11-2020 01:10 PM
ya rabbi semua pakat klon muka ke. sama pattern dgn retis yg akak baru kenal daiyan trishaw tu
Quote woven11 17-11-2020 01:12 PM
Habis gv sheols terus flop... Suka tgk dia ni masak2 kat ig.
Quote Kurex 17-11-2020 01:14 PM
Pahal muka makin lonjong?
Quote matchstick 17-11-2020 01:22 PM
Mekap bulu mata dia dh cucuk kening
Quote bluebutter 17-11-2020 01:38 PM
tagas: sedap n lazat 10 tahun lalu lala nih da makin kertu

Hahahaha
Quote mamajawie 17-11-2020 02:50 PM
matchstick replied at 17-11-2020 01:22 PM
Mekap bulu mata dia dh cucuk kening

boleh luka kening dia chuollss..bahahahaha

Quote AKAZ85 17-11-2020 04:48 PM
Baju hitam tu dah nampak macam drag queen
Quote chandrahusin 17-11-2020 04:50 PM
lain nmpak rupa dia
Quote alizna82 17-11-2020 04:55 PM
30% saja yg share? hahaha. ada aku kesah diknon? ko nak tayang life ke tidak diam2 sudah. tak perlu nak justify
Quote wirazam 17-11-2020 07:15 PM
brp umur dia nih?
Quote hyie 17-11-2020 08:59 PM

1984 - 36 yo

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048823 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top