CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sedih Orang Persoal Apa Dosa Saya Hingga Lahirkan Anak Sebegitu'

17-11-2020 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9877| Komen: 99

Description: Tidak seperti kanak kanak seusianya, Nurul Alesha Daniaa Abdul Aziz membesar tanpa telinga kanan yang sempurna sejak lahir.
Tidak seperti kanak kanak seusianya, Nurul Alesha Daniaa Abdul Aziz membesar tanpa telinga kanan yang sempurna sejak lahir.

Malah, mata kanan Nurul Alesha, 4, juga rabun manakala bahagian kanan wajahnya pula lumpuh disebabkan masalah otot.


Ibunya, Noor Aishah Koyaamu, 41 dari Taman Sinaran Kempas, Johor Bahru, Johor berkata, penjagaan anak bongsunya itu agak rumit kerana tidak boleh sering terdedah di luar rumah berikutan antibodinya yang lemah.

Katanya, masalah kesihatan dihadapi juga menyebabkan hospital menjadi rumah kedua buat Alesha yang kerap jatuh sakit sejak kebelakangan ini.

Kredit foto: Harian Metro


"Alesha dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan saya berusia lapan bulan jadi dia pernah ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) selama 97 hari.


"Sejak lahir, Alesha memerlukan pemantauan rapi malah dia hanya boleh makan bubur kosong dan tidak dapat menjamah nasi kerana mempunyai masalah penghadaman.

"Selain itu, Alesha juga masih memakai lampin pakai buang dan perlu diberi minum susu khas yang membantunya untuk cepat kenyang ," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Noor Aishah yang mempunyai dua anak lain berusia 20 dan 12 tahun berkata, doktor mengesyorkan pemasangan alat bantuan iaitu magnet di belakang telinga Nurul Alesha bagi merangsang pendengarannya selain melakukan ujian genetik bagi memeriksa lebih lanjut tahap kesihatannya.

Namun, Noor Aishah dan suami, Abdul Aziz Karrim, 49, tidak mampu membiayai kos pemasangan alat bantuan pendengaran yang berjumlah RM5,800 manakala RM1,800 untuk melakukan ujian genetik.

"Ikutkan, doktor mengesyorkan untuk membuat cuping telinga tetapi kosnya lebih tinggi iaitu mencecah RM60,000 jadi alternatifnya adalah memasang magnet berkenaan sebagai alat bantu pendengarannya.

"Ujian genetik pula perlu dilakukan bagi mengetahui masalah lain kerana walaupun tidak boleh bercakap, Alesha kerap memberi isyarat kepada saya yang kakinya mudah penat sejak kebelakangan ini jadi doktor mahu memastikan apakah punca sebenarnya.

"Jika ada wang yang cukup tidak mungkin akan melengahkannya tetapi ia diluar kemampuan kerana saya adalah suri rumah sepenuh masa manakala suami pula bekerja sebagai pemeriksa tapak pembinaan dengan pendapatan RM1,900 saja," katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Noor Aishah berkata, buat masa ini, keluarga mahupun anaknya itu tidak mendapat bantuan daripada agensi kerajaan dan bergantung kepada pendapatan suaminya sahaja.

"Setiap bulan, saya dan suami perlu membeli 15 tin susu berharga RM87 setiap satu serta enam paket lampin pakai buang berharga RM55 seunit.

"Kami pernah membeli lampin pakai buang yang lebih murah tetapi tidak serasi dengan Alesha jadi terpaksa kekal dengan jenama yang biasa digunakannya walaupun lebih mahal.

"Dua tahun lalu, saya dan suami ada berikhtiar memohon kad perakuan Orang Kurang Upaya (OKU) buat Alesha tetapi gagal dengan alasan kelulusan hanya untuk yang tidak mempunyai kedua-dua belah telinga tetapi kini dalam proses membuat permohonan semula dengan bantuan serta surat sokongan doktor di hospital," katanya.

Biarpun berat ujian yang ditanggung, Noor Aishah dan suami reda dengan ketentuan Allah namun tetap akan terus berikhtiar demi melihat Nur Alesha membesar seperti kanak-kanak lain.

"Sedih juga apabila ada individu yang memandang pelik apabila melihat keadaan Alesha malah segelintirnya tergamak mempersoalkan apa dosa saya lakukan hingga dikurniakan anak sebegitu.

"Namun, saya dan suami cuba bersabar kerana Alesha adalah amanah dan anugerah Allah buat kami malah bersyukur sangat apabila dia disayangi seluruh ahli keluarga.

"Lagipun, ini bukan kali pertama saya dan suami diuji kerana anak sulung saya dilahirkan dengan kaki terbalik tetapi sudah kembali normal manakala bahu anak patah ketika dilahirkan.

"Cuma, saya harap orang ramai mendoakan Alesha. Jika ada yang mahu membiayai kos pemasangan alat bantu pendengaran dan ujian genetik, saya dan suami terimanya dengan tangan terbuka," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Noor Aishah di talian 016 616 2701 atau menyumbang di akaun Maybank 151623036042 atas nama Abdul Aziz Karrim. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-11-2020 01:38 PM
Sebaknya.........
Quote angelofish 17-11-2020 01:39 PM
kat shopee alat bantuan dengar murah je.semurah 16 ringgit tapi pakai bateri.nak recharge punya 40 keatas pon boleh dapat.
Quote sarah82 17-11-2020 01:52 PM
angelofish replied at 17-11-2020 01:39 PM
kat shopee alat bantuan dengar murah je.semurah 16 ringgit tapi pakai bateri.nak recharge punya 40 k ...

tak sama..
Quote caprut 17-11-2020 01:52 PM
angelofish replied at 17-11-2020 01:39 PM
kat shopee alat bantuan dengar murah je.semurah 16 ringgit tapi pakai bateri.nak recharge punya 40 k ...

Tak tahu ke, hospital kerajaan ada unit sosial boleh mnta bntuan utk alat bntuan pendengaran. Selalu cina yg mnta
Quote sarah82 17-11-2020 01:55 PM
15 tin...susu rm87 aku rasa dia ambik peptamine junior...sbb harga lebih kurang sama...utk 400gm...maknanya dia ambik lebih kurang setiap 3-4 sehari dan cycle 3-4 kali..sebab budak ni pun boleh makan bubur kosong.

pampers mmg mahai...awat JKM x bagi bantuan? selalu kes mcm ni akan dapat bantuan JKM atau zakat.
Quote Diamje 17-11-2020 01:58 PM
Mmg ada ek org molot kurang ajo cmni..tgk  anak org ada kekurangan pastu tanya apa dosa mak pak..
Quote awanearisu 17-11-2020 02:05 PM
Ujian genetik di hospital swasta ke yang mengenakan caj RM1800 ni?
Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga untuk mendapatkan bantuan OKU.
Quote awanysss 17-11-2020 02:13 PM
Diamje replied at 17-11-2020 01:58 PM
Mmg ada ek org molot kurang ajo cmni..tgk  anak org ada kekurangan pastu tanya apa dosa mak pak..

ada je weh... org yg rasa hidup dia je bertuhan.. org lain semua berdosa..
aku nak OT sikit..
dulu masa aku study, aku tak berkawan sgt..
aku main henpon,tido je..
pastu bila keluar result, dpt dean list,
rumet aku boleh ckp "ini istidraj ni.. allah nak uji hang"
bab* betul.. aku tak kacau kau apehal lak ujian,
aku buat hal aku je, bukan aku g jual pepis kat jantan..


Quote awanysss 17-11-2020 02:14 PM
caprut replied at 17-11-2020 01:52 PM
Tak tahu ke, hospital kerajaan ada unit sosial boleh mnta bntuan utk alat bntuan pendengaran. Sela ...

boleh bg guide tak.. kenapa doktor yg check tak inform ek kalau mmg layak..
ke doctor pun tak familiar sgt..
Quote rogayahtop 17-11-2020 02:15 PM
try la mintak pusat zakat. kalau diorang ckp tak boleh tolong, try mintak dana ebit lew, insyallah boleh ditolong. nanti lepas dapat dana ebit,  insyalah pusat zakat pun follow up balik post kat soc med sebab musabab dan sebagainya.


Quote awanysss 17-11-2020 02:15 PM
sarah82 replied at 17-11-2020 01:55 PM
15 tin...susu rm87 aku rasa dia ambik peptamine junior...sbb harga lebih kurang sama...utk 400gm...m ...

setakat yg aku dengar2, zakat johor ni boleh tahan "perangai"nya
Quote sarah82 17-11-2020 02:17 PM
awanysss replied at 17-11-2020 02:15 PM
setakat yg aku dengar2, zakat johor ni boleh tahan "perangai"nya

huhuhu...jap aku ingat cara minta bantuan JKM...
pi JKM, minta borang bantuan, kena bawa pi ke hospital yg dapatkan rawatan, Dr akan isi dan sain apa yg patut. kalau dpt sokongan dari YB lagi cepat bantuan JKM.

dan kemungkinan dia tak payah kena bayar utk kos rawatan dan juga utk alat bantuan pendengaran
Quote caprut 17-11-2020 02:21 PM
awanysss replied at 17-11-2020 02:14 PM
boleh bg guide tak.. kenapa doktor yg check tak inform ek kalau mmg layak..
ke doctor pun tak fam ...

Ko cube kol dlu hospital mnta smbung. Aku tk tak thu doktor atau audiologist yg recommend.
Quote cmf_Maxx 17-11-2020 02:22 PM
Sedap je kata , dpt ank oku sbb dosa ibubapa. Jahatnya mulot.
Quote ikanmasin 17-11-2020 02:26 PM
benci btl akk kalau yg spesis2 mlt takde insuran ni..kalau tak mampu tlg jaga lah pertuturan..
Quote seri_mawr 17-11-2020 02:29 PM
dugaan untuk mak ayah..
semoga tabah...dan di permudah....

mintak dana sultan johor tak boleh ke..? huhuhu...raja johor pemurah kan..?
bantuan zakat johor..?
Quote mamajawie 17-11-2020 02:36 PM
Allahu akbar..kesiannya ujian family ni..moh la kita warga forumer sama2 sedekahkan sikit duit untuk tampung adik ni..banyak tu belanja susu smpai bertin tin..hmm
Quote Tinot7 17-11-2020 02:39 PM
Jkm dan zakat johor tanak buat apa2 je?
Cian baby ni.. comey je dia..
Baper umo si ayah?
Quote husna_amal 17-11-2020 02:47 PM
Semoga penjaga anak istimewa ni terus tabah dan cekal menghadapi dugaan.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057175 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top