CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin Unfollow Amyra Rosli Di Instagram?

17-11-2020 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14408| Komen: 52

Description: Sudah menjadi kelaziman, mereka yang bergelar suami isteri akan saling mengikuti pasangan masing-masing di media sosial.
Sudah menjadi kelaziman, mereka yang bergelar suami isteri akan saling mengikuti pasangan masing-masing di media sosial.

Bahkan, jika ada antara yang tiba-tiba tidak ‘follow’, barangkali situasi tersebut mungkin membuatkan ada yang beranggapan terdapat hal yang tidak kena dengan rumah tangga mereka.


Foto: IG

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Amar Baharin yang ‘bingung’ selepas mendapati dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram baru-baru ini.

“Sekarang ini aku musykil..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri? 

“Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.



Dalam hantaran tersebut Amar turut berkongsi paparan tangkap layar akaun Instagram isterinya yang tanpa sengaja tidak diikutinya.

“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Perkongsian Amar itu kemudian mendapat reaksi daripada isterinya sendiri yang mempersoalkan ‘insiden’ tersebut.


“Hmmm Amyra Rosli mana yang daddy follow selama ini? Mengaku cepat!,” tulis Amyra di ruangan komen.

Komen Amyra itu kemudian menerima lebih 800 tanda suka dalam kalangan netizen.

Rata-rata cuba berseloroh situasi tersebut mungkin menyebabkan Amar terpaksa tidur di luar.


Pada masa sama, rata-rata netizen juga mengakui pernah berdepan situasi sama yang menyifatkan mungkin terdapat gangguan pada sistem media sosial tersebut.

Bahkan, rakan artis, pelakon Nad Zainal juga mengakui pernah berdepan masalah sama.

“Pernah terjadi, bersengketa kejap @faliqamirudin,” komen Nad.

Amar kemudian mengakui kepada Nad situasi itu boleh mengundang masalah yang tidak diingini.


“Punca keretakan betullah” tulisnya.

Amar mendirikan rumah tangga dengan Amyra pada 2016.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa berusia sembilan bulan. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 17-11-2020 04:00 PM
Tolonglahhhhh.. Nk up kan nama sendu
Quote Normabaru 17-11-2020 04:15 PM
Cubaan nk naikkan nama nmpknya xberjaya. Sila cuba lg..

Btw part dialog tu terbaca bila sayang kentut instead of sentuh daddy.. Mmg la xquad. Kentut sapa tahan bau oi! Hahaha
Quote missyL 17-11-2020 04:19 PM
Lawa nye amyra nie...
Quote Belibis 17-11-2020 04:25 PM
Taknak kencam la,sebab minik ko lawa.
Quote Nana_Man 17-11-2020 04:35 PM
Asal lah baby2 korang tak ikut muka mummy?
Quote Kancilkering 17-11-2020 04:38 PM
Edited by Kancilkering at 17-11-2020 04:55 PM

anaqi ni sungguh cheeky .....jgn le digroom bdk tu macam perempuan...tolong lah
Quote slyfynx 17-11-2020 04:44 PM
Ok, berita xbest.
Cubaan naikkan nama gagal.
Next
Quote AKAZ85 17-11-2020 04:45 PM
Motippppp???
Quote krustykrab 17-11-2020 04:48 PM
Nana_Man replied at 17-11-2020 04:35 PM
Asal lah baby2 korang tak ikut muka mummy?

Amyra ni muka dia kopipes muka bapak dia..aku ckp jujur la ye...nmpk pelik muka bapaknya..amyra ni muka bapaknya versi pompuan yg cantik...if anak2 ikut muka amyra, nnt mcm x siap pulak..
Quote Nana_Man 17-11-2020 04:56 PM
krustykrab replied at 17-11-2020 04:48 PM
Amyra ni muka dia kopipes muka bapak dia..aku ckp jujur la ye...nmpk pelik muka bapaknya..amyra ni ...

Takpe... muka anak2 nanti berubah...
Quote loladaily 17-11-2020 04:56 PM
Lawanya amyra ni. Mak meols suka nau dengan dia
Quote Skydiva 17-11-2020 04:57 PM
Amyra ni lawa sgt. Pernah jmp kt luar, kecik je, and suke senyum. Suke die sbb die bkn jenis yg seksi or gedik2 dgn gosip murahan.
Quote rosmahisham 17-11-2020 05:03 PM
krustykrab replied at 17-11-2020 04:48 PM
Amyra ni muka dia kopipes muka bapak dia..aku ckp jujur la ye...nmpk pelik muka bapaknya..amyra ni ...


Mata iols pulak mula mak dia..tp ade la muka bpk dia jgk..mira ni mmg cantik sgt
Quote September14 17-11-2020 05:07 PM
Mcm dah ada benang unfolo

Nak kena puji lagi lah amyra ni lawa n talented
Quote awanysss 17-11-2020 05:20 PM
kurusnya amyra even anak dah 2..
cantik betul dia.. satu family  amar ni goodlooking..
Quote irvene 17-11-2020 05:25 PM
nape aku tgk dia tak cantik pun. adakah hati aku hitam?
Quote newyork 17-11-2020 05:36 PM
Bini lawa pak..
Quote firasAli 17-11-2020 05:53 PM
irvene replied at 17-11-2020 05:25 PM
nape aku tgk dia tak cantik pun. adakah hati aku hitam?

Mata kau Sama mcm Mata kawan Aku

Dia kata muka amyra ni tak cantik, muka pondan
Quote seri_melati 17-11-2020 06:01 PM
Lawa sungguh la amyra ni{:love

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.207563 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top