CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Gajah Makan Tebu Penduduk, Kantoi Juga Walaupun Menyorok Belakang Tiang Elektrik

18-11-2020 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11147| Komen: 104

Description: Gambar seekor anak gajah cuba bersembunyi di sebalik tiang elektrik selepas didapati mencuri tebu di kebun penduduk, viral di media sosial.



Gambar seekor anak gajah cuba bersembunyi di sebalik tiang elektrik selepas didapati mencuri tebu di kebun penduduk, viral di media sosial. 

Lapor portal Nation Thailand, gambar itu dimuat naik di laman Facebook pada malam Ahad lalu selepas anak gajah itu 'kantoi' makan tanaman tebu milik penduduk. 


Menyedari sekumpulan manusia mula menghampirinya, anak gajah itu mula bergegas mencari tempat untuk bersembunyi dan mengambil keputusan untuk bersembunyi di belakang tiang elektrik berhampiran. 


Anak gajah itu menyangka, tindakannya bersembunyi di sebalik tiang itu akan membuatkan manusia tidak melihatnya di situ sekiranya dia tidak bergerak. 


Netizen di media sosial terhibur dengan kelakuan anak gajah berkenaan dan mula menyebarkan gambar comel itu di platform media sosial yang lain. 




Sumber : Nation Thailand/The Reporter


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 18-11-2020 06:22 PM
Nakalnyaaa..rasa nak cubit2 je budak nihh.
Quote dani-rox 18-11-2020 06:23 PM
hahaha... comelnya
Quote bluebutter 18-11-2020 06:24 PM
Cutenya!
Quote adeqbun 18-11-2020 06:30 PM
Jgn la apa2kan die..sian die lapa..malau hewan bleh mntak keje rsnye die dh mntak keje ape2 spt die bole dpt makan tanpa mencuri
Quote missyL 18-11-2020 06:30 PM
Comey nye anak gajah ni hahahah
Quote Tinot7 18-11-2020 06:31 PM
Hihi.. cian dia.. lapo ye?
Quote Atata 18-11-2020 06:36 PM
adeqbun replied at 18-11-2020 06:30 PM
Jgn la apa2kan die..sian die lapa..malau hewan bleh mntak keje rsnye die dh mntak keje ape2 spt die  ...

Huhuhu siannyaaaa
Quote RatuDunia94 18-11-2020 06:38 PM
Anak gajah masa kecik comel kan.. dh besar takut lak.
Quote dudaberhias 18-11-2020 06:39 PM
siannya dia... comel plak tu inesen je dia
Quote lurve82 18-11-2020 06:40 PM
Ala cutenye dumbo...bijak eh dia..
Quote immi 18-11-2020 06:45 PM
Alolo comey kebabom nyorok2 ingat dia org x nampak letewww
Quote azwanaliori 18-11-2020 06:47 PM
lepas tu dorg lepaskan ke panggil perhilitan  atau buat daging gajah masak tomyam
Quote kimsa-ra 18-11-2020 06:47 PM
Comel. Mcm my late cat dulu klu mak i marah je bersembunyi balik pintu bilik air mslhnya sembunyi separuh badan je separuh badan lg nmpk dok intai blk pintu i miss him
Quote ChildrenOfBodom 18-11-2020 06:49 PM
dalam bahasa Thai gajah dipanggil Chang...
Chang juga maksud bright atau cerdik .. kalau bahasa siam kat tempat aku laa...
Quote Orix 18-11-2020 06:50 PM
RatuDunia94 replied at 18-11-2020 06:38 PM
Anak gajah masa kecik comel kan.. dh besar takut lak.

dah besar pun comey... iols pernah perabih rm50 beli pisang kt zoo melaka tu perabih bg gajah makan...memula beli sebakul pastu eh dtg plak yg lain2 main cium2 dgan belalai mintak makan.... padahal kalo beli kt luar pisang2 tu rm10 jah...
Quote pinklepie 18-11-2020 06:50 PM
Alolo omelnya dia main nyorok - nyorok, ingat orang tak nampak lerr teww
Quote nazzse 18-11-2020 06:52 PM
Cuteeeee     
Quote URUHA 18-11-2020 06:55 PM
Cute je anak gajah tu Harap jgn lah apa2 kan dia. Skang haiwan pun susah nak cari makan
Quote raxief 18-11-2020 06:55 PM
i know where u are, dumbo

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.059942 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top