CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jijik Sangat Ke Gaul Bubur Sampai Disamakan Dengan Muntah?

20-11-2020 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4521| Komen: 24

Description: Setiap orang mempunyai tabiat makan berbeza-beza, ada yang agak menjengkelkan seperti mengunyah atau menghirup sup dengan kuat dan mengambil lauk sehingga penuh pinggan.
Setiap orang mempunyai tabiat makan berbeza-beza, ada yang agak menjengkelkan seperti mengunyah atau menghirup sup dengan kuat dan mengambil lauk sehingga penuh pinggan.



Kredit foto: Twitter

Biasanya, apabila melihat orang lain makan dengan cara yang buat kita rasa tidak selesa, kita akan hanya berdiam diri untuk menghormati cara mereka.

Sebuah video tular di Twitter baru-baru ini pula menunjukkan dua rakan sedang menikmati sebekas bubur dengan lauk yang telah diletakkan di atasnya.



Salah seorang daripada lelaki itu baru ingin menikmati buburnya apabila dia terganggu dengan tindakan rakannya yang dilihat menggaulkan semua bubur dan lauk dengan sudu.

Lelaki itu kemudian mengambil plastik dan menjolok tekaknya sebelum muntah ke dalam plastik berkenaan, lalu menunjukkan isi kandungannya untuk dibandingkan dengan bubur yang telah digaul tadi.

Menyedari bahawa bubur yang digaulnya kelihatan seperti muntah, rakannya terus menjadi loya.

Video dipercayai ditujukan buat mereka yang gemar menggaul makanan sebelum makan itu meraih pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada juga yang tersinggung.


Kredit foto: Twitter

Kenapa sampai nak samakan makanan dengan muntah? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 20-11-2020 01:35 PM
Nasi pun ada.. beriya gaul genggam sampai sebati hampir nak jd rice ball..
Nasi melekit sampai ruas jari atas..
Quote mamajawie 20-11-2020 01:38 PM
ini pun jadi benang ke??haram jadah tol!!!!!!!!!!
Quote merrissa 20-11-2020 01:40 PM
nyampah aku dgn org2 begini....

pernh ofismate aku bawa bubur utk lunch

lps tu ad ke time org tu tgh makan....ada si minah dia kata "adoi nak termuntah tgk bubur dia" smpai buat gaya2 nak muntah...

kesian ofismate aku....dia tgh makan kot....ko nk jijik2....

Quote makneng 20-11-2020 01:46 PM
Ex boss mak selalu bahan mak makan muntah kucing time mak makan oat... Mak wat bodo jah.. Kosser nak viralkan
Quote Tinot7 20-11-2020 02:01 PM
Content mcm hapa...
Boleh sorang tolong translate apa yg dikatakan kat twit2 tu?
Quote Tinot7 20-11-2020 02:04 PM
merrissa replied at 20-11-2020 01:40 PM
nyampah aku dgn org2 begini....

pernh ofismate aku bawa bubur utk lunch

Jahatnya opismate hang. Besok lusa kalau eksiden, kena makan bubur sampai berbulan2, camne? Bubur tu tetap makanan. Tak elok buat pangai keji mcm tu. Ke mmg dia jenis berhati hitam berkerak?
Quote Tinot7 20-11-2020 02:06 PM
makneng replied at 20-11-2020 01:46 PM
Ex boss mak selalu bahan mak makan muntah kucing time mak makan oat... Mak wat bodo jah.. Kosser nak ...

Ex-boss mak hensem ke? Kalau muka oat juga, tak payah la pandang muka benyek dia. Nasib baik dah jadi ex
Quote husna_amal 20-11-2020 02:22 PM
Masalah budak twitter orang seberang takkan kita pun kena masuk campur.
Quote caprut 20-11-2020 02:41 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 02:04 PM
Jahatnya opismate hang. Besok lusa kalau eksiden, kena makan bubur sampai berbulan2, camne? Bubur  ...

Collegeu aku iaitu bos aku aka pakar perubatan keluarga lg sial. Dia samakan nama aku sebagai adik ning. Tulis fkt board aku adik ning. Alasan sbb bibir aku besar. FU.
Quote Tinot7 20-11-2020 02:42 PM
caprut replied at 20-11-2020 02:41 PM
Collegeu aku iaitu bos aku aka pakar perubatan keluarga lg sial. Dia samakan nama aku sebagai adik ...

Adik ning mana ni? Ning baizura ke?
Tak baik dia buat cenggitu
Quote caprut 20-11-2020 03:30 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 02:42 PM
Adik ning mana ni? Ning baizura ke?
Tak baik dia buat cenggitu

Yela, adik ning baizura. Pakar tu. FU. Mmg la dkt board tugas tu tulis adik ning je. Tp ak tnya, knp doc tulis cmtu. Sbb bbir awak besar. Lpastu kalau staff lain nmpk mesti akan tnya gak.
Quote salmon-suki 20-11-2020 03:31 PM
Lohhhh..mmg gitu kan baru enak..sama mcm mkn bihun sup,gaul dgn bihun semua lauk ngn sayur..tp apa nak heran dgn org seberang..mentaliti mmg cetek pn..

Kalau ada kat mesia,mmg bodoh laa org tu..ni spesis acah2 high class kot..tp kat resto high end pn ada y kena gaul sekali dgn protein kot..dah tu cara mkn dia kan..ke time makan sup atau something lembik,ko pegi asing semua benda?org kpoop mkn campur perut piggy, darah piggy kat mukbang ngn variety show tu x geli plak?stupid~
Quote salmon-suki 20-11-2020 03:33 PM
merrissa: nyampah aku dgn org2 begini....pernh ofismate aku bawa bubur utk lunchlps tu ad ke time org tu tgh makan....ada si minah dia kata "adoi nak termunta ...


Semoga ofismet sis y jahat tu sakit and the only food y dia boleh mkn ialah sayur sawi blended je .biar dia rasa..org mcm ni sejenis toxic. Elok sis jauhkan diri..
Quote pearl.silver 20-11-2020 03:51 PM
Kt indon xde nasi kerabu.
Klu diorg tgk org mlysia gaul nasi kerabu tu, agknya diorg kata mcm gaul nasi kucing. No offense. I pun suka gaul nasi kerabu.

Btw citer tukang bubur naik haji tu, haritu kt astro prima tyg smpi episod 100 lebih je. Tp tgk citer tu rasa2 mesti bubur dia sedap
Quote Artemesiaa 20-11-2020 04:27 PM
Itu pun nak jadi isu.  Ikut suka merekalah nak macam mana.  Ada yang tak suka mengaul makanan ada pulak setiap kali makan mesti nak digaul kesemuanya dulu.
Quote makneng 20-11-2020 04:49 PM
Tinot7 replied at 20-11-2020 02:06 PM
Ex-boss mak hensem ke? Kalau muka oat juga, tak payah la pandang muka benyek dia. Nasib baik dah j ...

Muka basic bak kata porumer haha... Tp rupa tu bergantung pd mata masing2
Quote Tinot7 20-11-2020 06:24 PM
caprut replied at 20-11-2020 03:30 PM
Yela, adik ning baizura. Pakar tu. FU. Mmg la dkt board tugas tu tulis adik ning je. Tp ak tnya, k ...

Tak baik dia buat cenggitu. Iols rasa baik hang cari jalan utk keje tmpt lain. Pelik betul pakar buat pangai camtu. Dia lelaki ke pompan? Hang ni laki ke pompan? Hang kena la bitau dia yg itu tak elok, atopon amik gambar yg dia tulis benda tu, dan forward kpd bos dia. Hang keje kat kkm ka? Keje gomen tak benarkan benda2 mcm ni. Ni buli namanya. Hang kena report dgn bukti.
Kalau hang tak buat sesuatu, hang sentiasa akan rasa marah.. dan sikit2 kat porem hang akan tulis FU. Ini tak baguih utk rohani hang.
Ni je nasihat iols.
Quote Tinot7 20-11-2020 06:25 PM
makneng replied at 20-11-2020 04:49 PM
Muka basic bak kata porumer haha... Tp rupa tu bergantung pd mata masing2

Tak pe la. Dah jadi ex-boss. Tak perlu hadap dia lagi.
Quote CaqJora 20-11-2020 06:27 PM
Ala berita dari seberang pun jadi tajuk utama kat blog Malaysia. Sampah ya weh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.283755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top