CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Ditinggal Kekasih Dan Bakal Disaman Kerana Buang Figura Anime

23-11-2020 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7619| Komen: 22

Description: Jika ramai wanita cenderung memiliki ‘oppa’ kegemaran mereka dari drama Korea yang ditonton, lelaki juga memiliki ‘waifu’ masing-masing iaitu watak perempuan kegemaran dari anime.
Jika ramai wanita cenderung memiliki ‘oppa’ kegemaran mereka dari drama Korea yang ditonton, lelaki juga memiliki ‘waifu’ masing-masing iaitu watak perempuan kegemaran dari anime.


Bagi lelaki ini, waifunya adalah Nezuko dari siri anime Demon Slayer, sehinggakan dia sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mengumpulkan patung figura watak anime tersebut.


Gambar hiasan
Kredit foto: Crunchyroll Store


Gambar hiasan
Kredit foto: Amazon

Walau bagaimanapun, teman wanitanya yang tinggal bersamanya langsung tidak gembira dengan minatnya itu dan bertindak membuang koleksi patung figura Nezuko miliknya bernilai RM14,000.

Menurutnya dalam sebuah posting di Facebook, teman wanitanya itu mengambil kesempatan melakukan perkara itu ketika dia pulang ke kampung selama beberapa hari.


Loading FB Post...

Apabila lelaki tersebut berdepan dengan teman wanitanya untuk bertanyakan tentang hal itu, wanita tersebut berkata bahawa patung-patung anime itu memakan banyak ruang jadi dia masukkan semua ke dalam beg sampah dan membuangnya.

Lelaki berkenaan turut cuba menghubungi syarikat pengumpulan sampah untuk melihat adakah dia boleh mendapatkan semula patung-patung tersebut, namun dia diberitahu bahawa sampah yang dikumpulkan sudah dibakar.

Lelaki itu turut mengadu bahawa teman wanita sering sahaja tergila-gilakan lelaki-lelaki Korea dalam drama yang ditontonnya, tetapi tidak boleh menghormati minat orang lain.


Selepas memutuskan hubungan dengan teman wanitanya itu, lelaki berkenaan bercadang untuk saman wanita tersebut untuk dapatkan pampasan atas kerugiannya.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 23-11-2020 12:17 PM
Mau dia tak meroyan.. RM14k nilai duit malaysia.. Yg perempuan pun tak boleh fikir ka sebelum nak buat mcm tu.

Cuba kalau bf dia kutuk pelakon korea.. Mau meroyan play victim gitu
Quote matbad 23-11-2020 12:33 PM
Org gila tak sama haha
Quote imransulaiman 23-11-2020 01:12 PM
OK memang layak kena saman! {:good
Quote SecretLuv 23-11-2020 01:34 PM
Sedih wo kalau barang kita penat2 kumpul kena buang gitu je Aku pun pernah kena masa kecik. Penat2 kumpul poster buku bagai. Last2 kena bakar, kena buang. Masa tu memang luluh hatiku Buku diari aku pun kena bakar
Quote kroit92 23-11-2020 01:39 PM
baru jadi gf tu. belum jadi isteri lagi.
tak hormat langsung privacy, hobi pasangan.

jenis control orang la ni
Quote salmon-suki 23-11-2020 02:38 PM
Sebagai seorg y meminati anime dan mamga,padan muka pmpuan tu. Sila lah saman pmpuan tak guna tuh! Sesuka hati buang..kalau collector's edition gile mahal wehhhh..ni spesis betina selfish..otak sempit sepertimana geng2 pemuja kpoop y lain..
Quote gummiebear 23-11-2020 03:34 PM
Saman jahh. Sesuka hati je tak hormat minat org langsung. Ehh sayang kott.. kalau iols pun out you go!
Quote husna_amal 23-11-2020 03:44 PM
Wah mahalnya sampai berbelah ribu ringgit nilai dia. Sebaiknya jangan pilih lelaki dengan hobi pelik macam ni.
Quote eplasbpafree 23-11-2020 03:58 PM
padan muka that girl..


bf kau tu kenal that figura dulu sebelum tersuka kat kau..


Quote Artemesiaa 23-11-2020 04:15 PM
Cemburu dengan patung ler tu sampai sanggup bertindak macam tu
Quote HYSB 23-11-2020 04:44 PM
Moge menang lah kalau nk menyaman tu... orang sane tu selalu yang buat sesuatu yang tak di jangke yang kte as manusia normal ni tak terfikir nak buat macam tu, common sense: 0
Quote Zirara99 24-11-2020 01:00 AM
Edited by Zirara99 at 24-11-2020 01:02 AM

Boyfriend aku jenis kuat anime & manga. Tapi tkde la beli benda-benda ni. Tapi aku halang sebab banyak sangat watak te**** tersembul. Tahu la dia baca untuk plot, tapi kalau dh hari-hari hadap kartun te**** tersembul, nak jadi apa? So aku membebel kt dia.

Dalam kes ni, perempuan ni patut tanya dulu. Buat sesuka hati je memang la patut kena saman. Tapi aku rasa mesti dh ada isu dh dorang berdua ni sebab tu minah ni meroyan tahap gabanx
Quote azimodin 24-11-2020 10:30 AM
Saman je sampai terduduk. Sebab tu la seeloknya otaku cari je pasangan otaku. Aku dulu bf semua x tahan sebab aku banyak sangat layan anime sampai x jawab telefon. Nasib la dapat husband kaki anime & game. kadang2 bergaduh jugak sebab laki aku kalau tengah main game dapur terbakar pon dia biar je.
Quote sranua 24-11-2020 12:30 PM
Sebagai peminat anime dan kaki games semasa bujang, bagus tindakan laki tu sebab kos beli patung figura tu bukan sikit. Nilai sentimental tu lagilah. Elok saman cover balik kerugian.
Dah kahwin ni, sibuk ngan anak2 lupa dah anime ke games..gudbai babai.
Quote dua_chzy 25-11-2020 08:57 AM
husna_amal replied at 23-11-2020 03:44 PM
Wah mahalnya sampai berbelah ribu ringgit nilai dia. Sebaiknya jangan pilih lelaki dengan hobi pelik ...

Kat Malaysia, figura gini, jika original, mampo cecah sekitar 180-400 sebijik.
Quote SayaSayangMama 25-11-2020 02:10 PM
Mesti laki byg waifu dia je masa dgn gf dia sampai tersalah sebut nama
Quote chinta89 7-1-2021 03:15 PM
Saman je bekas ex mcm tu. Knpe nk kacau minat org lain.
Quote hasniey 12-1-2021 10:28 AM
Selayaknya..kalau ko jaki sgt,putus je laa
Yg g buang benda mahal2 mcmtu dh kenapa??cuba bf dia g buang makeup ke handbag dia ke?xmeroyan?
Quote ReginaGeorge 12-1-2021 10:58 AM
Saman jangan x saman

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.062744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top