CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Benda Macam Ni Tak Lawak Pun" - Ini Pesanan Untuk 'Hantu' Di Jalan Raya

5-1-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4529| Komen: 18

Description: Tidak dinafikan masih terdapat banyak pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika berada di jalan raya.
Tidak dinafikan masih terdapat banyak pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika berada di jalan raya. 

Bukan itu sahaja, mereka yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna jalan raya juga wujud sehingga sanggup membuat sebuah patung yang kelihatan seperti hantu.



Kredit foto: Twitter

Perkara ini termasuklah dengan sebuah video yang dimuat naik satu akaun di Twitter iaitu @anthraxxxx di mana terdapat seorang lelaki yang membongkar keadaan sebenar tentang perkara tersebut. 

Berdasarkan rakaman itu, lelaki berbaju hitam tersebut menceritakan perkara sebenar bahawa ia bukanlah hantu seperti disangka orang ramai.

Sebaliknya, ia hanya sehelai kain yang dililit pada sebatang kayu agar terkelihatan seperti hantu bagi menakut-nakutkan pengguna jalan raya. 



Justeru, dia memberi pesanan agar pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit menghentikan perbuatan berkenaan demi keselamatan sejagat terutamanya warga emas yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Ternyata, orang ramai bersetuju dengan pesanan tersebut dan keadaan itu membuatkan pengguna Twitter berasa marah dengan tindakan tidak bermoral sedemikian. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-1-2021 01:49 PM
Kalau yg terkejut dan mati sb lawak ni dan org tu ayah kau, rasa ape? Fikir pjg sblm buat lawak bodo
Quote minguk 5-1-2021 01:57 PM
memang tak kelakor pun..
Quote nanies 5-1-2021 02:29 PM
pandai sangat perangai kau ye
Quote Adrif 5-1-2021 03:04 PM
area rumah kami, orang kampung bijak balut buah nangka dengan buah betik, guna baju sekolah anak perempuan mereka. kau rasa? bawak moto balik kedai waktu malam, nah, nampak ada baju kurung putih tergantung kat pokok, gugur jantung wei. takpe, orang kata kalau nampak buat-buat tak nampak. lepas tu kat pokok depan ada lagi baju kurung putih tergantung, ah sudah, press motor laju-laju.
Quote raxief 5-1-2021 03:05 PM
worst case, org lain boleh kemalangan
Quote ChildrenOfBodom 5-1-2021 03:11 PM
sekali teh ais ikat tepi pon ada
Quote nefnefnef 5-1-2021 03:26 PM
Semoga 10 ekor hantu macam yg mamat prank tu buat datang rumah dia tido sesama mandi sesama makan sesama
Quote Itzy 5-1-2021 04:44 PM
Apa kata bro letak cctv tersembunyi kat situ. Buat mengintip kelakuan tak senonoh budak2 jahat yang durjana leknat tu. Menyusahkan orang sungguh.
Quote azimodin 5-1-2021 06:49 PM
Edited by azimodin at 5-1-2021 06:50 PM

Dulu aku selalu balik kerja malam2. Rumah aku kat lorong belakang sekali, quaters estate. Depan rumah ada 2 pokok besar bercantum daham macam pintu gerbang. Anjing hitam malam2 mmg meraung kat situ. Dekat erea situ mmg aku pecut je especially kalau nampak benda2 lain macam, langgar je apa yg melintas. Adik2 ni esok lusa kena langgar baru tahu erti penyesalan.
Quote Carcosa 5-1-2021 11:08 PM
Gampang betul siapa yg buat tu. Aku benci betul org2 yg suka buat lawak2 bodoh mcm ni. Dia ingat kelakar ke
Kang pakcik terkejut sakit jantung ke, jatuh motor ke, tak pikir ke, bangsat2 ni?? Aku harap, dia yg mampos terjunam gaung berhari2 takde org tolong sbb terkejut nmpk sesuatu. Mampos situ
Quote damsel_fiji 5-1-2021 11:31 PM
Ikut sgt perangai indon kan suka buat2 mende camnihh
Quote sukacactus 5-1-2021 11:47 PM
Mmg xkelakar
Apa yg terhiburnya prank org camni
Quote dudaberhias 5-1-2021 11:52 PM
Memang tak lawak langsung, iols respek abang ni, bahasa dia bagi amaran pun elok je... Siap tolong buka kain dekat kayu2 tu...

Btw ni kerja remaja2 baru nak tumbub bulu la selalunya. Memang nakal teramat.
Quote supernaturalee 6-1-2021 03:22 AM
Adrif replied at 5-1-2021 03:04 PM
area rumah kami, orang kampung bijak balut buah nangka dengan buah betik, guna baju sekolah anak per ...

Same lh kt kg iol
But few years ago lh
Ade yg komplen kot
That's why dh teda

Quote Nenolen 6-1-2021 03:49 AM
Adrif replied at 5-1-2021 03:04 PM
area rumah kami, orang kampung bijak balut buah nangka dengan buah betik, guna baju sekolah anak per ...

Kesian ko dik...mesti rasa motor berat semcm ada org tumpang...
Quote Adrif 6-1-2021 08:29 PM
Nenolen replied at 6-1-2021 03:49 AM
Kesian ko dik...mesti rasa motor berat semcm ada org tumpang...

idok le.. tapi terangkat jugak le tayar depan
Quote Mulotkoyak 7-1-2021 07:19 PM
Arwah pak tiri ak dlu pun buat benda sama...kebetulan rumah kitorg atas bukit jauh dr org...  Smp pntu pagar umah kitorg pasti akan nmpk telekung atas pokok... Alasan xnak kne rompak.. Or org dtg curi ayam memalam...
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 04:48 PM
Boleh menyebabkan kemalangan jiwa.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.081964 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top