CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Bersedih, Sekolahnya Turut Tenggelam Banjir Sampai Paras Bumbung

5-1-2021 07:27 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6480| Komen: 38

Description: Banjir yang melanda Pahang, Johor dan beberapa negeri lain sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan banyak pihak
Kredit foto : Instagram CTDK



Banjir yang melanda Pahang, Johor dan beberapa negeri lain sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila ramai mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tak kurang juga yang terkandas di dalam perjalanan. 

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, banyak kawasan yang tidak pernah dinaikki air sejak berpuluh tahun dahulu kini ditenggelami banjir. 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi kesedihan menerusi Instagram miliknya apabila sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis, Pahang turut ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung.

"Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah." tulisnya.

Lebih menyedihkan, Siti turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat turun padang membantu mangsa banjir kerana dia kini sedang hamil.

"Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.," tulisnya lagi. 


Apa pun sama-sama kita panjatkan doa semoga semua mangsa-mangsa banjir dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan mereka. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 5-1-2021 07:38 PM
Orang semua pon tgh susah la tokti. Ada yg hilang rumah hilang bapak. Dgn masaah kobid lagi. Sekolah tokti, famili tokti la bantu ya.
Quote danieladam 5-1-2021 07:54 PM
Iols yakin..tok ti pasti bantu sekolah lipis dan penduduk lipis ni. Sheols antara yang diam2 je derma sana sini dan x tunjuk sangat pon. Mmg diakui la banjir tahun ni luar biasa. Semoga mangsa banjir tabah.
Quote kechikchomel 5-1-2021 08:09 PM
Kak Rozi pun Sekolah Clifford ke?
Quote hyie 5-1-2021 08:11 PM
sheols post gitu sebab nak gunakan pengaruh sheols untuk hebahkan isu ni...idok le nak fokus kat clifford aje...lagipun sheols kan alumni situ, why bother? dan anak Pahang jugak...
Quote Suchi 5-1-2021 08:17 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 08:09 PM
Kak Rozi pun Sekolah Clifford ke?

Yup, kakak angkat dia yg akhirnya jd kak ipar dia.
Quote kiah_mai_pulak 5-1-2021 08:20 PM
LadyCarefree replied at 5-1-2021 07:38 PM
Orang semua pon tgh susah la tokti. Ada yg hilang rumah hilang bapak. Dgn masaah kobid lagi. Sekolah ...

dia dh bantu lah tu.., kalau dh rasa diri tu susah tak payah lah bantu. dia mngajak org yg boleh mmbntu, bukan dia paksa pun.. chuollszahh terlebih mggelabah tetksss dh kenapa????)
Quote missus_meow 5-1-2021 08:25 PM
adelah tu ctdk dah hulur ...
Quote Orix 5-1-2021 08:31 PM
Iols berani bet sheols ada derma kt skolah sheols ni... sheols sejenis yg menderma tp diam2 sajokk x mcm yg sorg tuuuuuuu sedu sedan sambil menderma pun dia tayangggg
Quote yetta2 5-1-2021 08:45 PM
Orix replied at 5-1-2021 08:31 PM
Iols berani bet sheols ada derma kt skolah sheols ni... sheols sejenis yg menderma tp diam2 sajokk x ...

Kalau lalu atas jambatan sebelah sekolah tu boleh nampak besar papan tanda ke apa ntah nama benda alah tu. Siti sponsor buat font besar gedabak tu. Tu yg kita nampak. Yang tak nampak mesti la banyak lagi.
Quote rosannazmia 5-1-2021 08:47 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 08:09 PM
Kak Rozi pun Sekolah Clifford ke?

Form 6 2 thn kat smkc...
Quote RatuDunia94 5-1-2021 08:48 PM
Tu pon sheols repost dr IG rozi je yach.. siti ni apa2 semua melalui rozi. Dengarnya rozi mng dh susun atur program utk bantu sekolah ni.. dr segi bantuan kewangan dan kerja2 pembersihan sekolah..
Quote Lengkong 5-1-2021 11:02 PM
Mana yang boleh bantu kita bantulah ikut keupayaan masing2

Quote Rainsack 5-1-2021 11:10 PM
Adoii kesiannye
Quote enot_sibudak 5-1-2021 11:12 PM
Rumah dia kt kg OK ker... Kawan iols duduk lipis teruk jugak keadaannya
Quote eddysheddy 5-1-2021 11:20 PM
LadyCarefree replied at 5-1-2021 07:38 PM
Orang semua pon tgh susah la tokti. Ada yg hilang rumah hilang bapak. Dgn masaah kobid lagi. Sekolah ...

ko tak nampak ke ni posting wartawan cari? haha
Quote sleepandream 5-1-2021 11:51 PM
LadyCarefree replied at 5-1-2021 07:38 PM
Orang semua pon tgh susah la tokti. Ada yg hilang rumah hilang bapak. Dgn masaah kobid lagi. Sekolah ...

dia dah bantu sejak dolu lagi chuolss..
ni gambar sheols naik jentolak dekat lipis masa banjir 2014..
YB kawasan chuols pun silap2 tak nampak muka


Quote wnwa05 6-1-2021 02:19 AM

mengandung lagi? senang pulak eh... syukurlah rezeki dapat adik lagi aafiyah
Quote chinta89 6-1-2021 02:28 AM
Ni pun blh jd isu......{:yameteh
Quote stingerxmas 6-1-2021 04:51 AM
caras laki org tak pulak bersedih...

puiiiiiiiiiiiii

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.156952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top