CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Photographer, Videographer, Editor, 3 Kerja Untuk Satu Gaji?" - Ramai Mengamuk Dengan Syakirin Husnal!

16-1-2021 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8448| Komen: 32|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Dek kerana terlalu teruja mahu mencari pekerja, hos rancangan jualan dalam talian Syakirin Husnal dikecam bertalu-talu di Twitter. Ini kerana permintaanya yang didakwa melampau tinggi, tidak berpadana ...


Dek kerana terlalu teruja mahu mencari pekerja, hos rancangan jualan dalam talian Syakirin Husnal dikecam bertalu-talu di Twitter.

Ini kerana permintaanya yang didakwa melampau tinggi, tidak berpadanan dengan gaji yang mungkin ditawarkan nanti.

Lebih dasyat, video pencarian kaki tangan media itu rupa-rupanya sudah sampai ke negara seberang menyebabkan pelbagai persepsi diandaikan.


Tidak hanya kecaman, netizen turut menasihatkan pencari kerja agar berhati-hati untuk menerima tawaran sebegini. Kalau kerja pelbagai skop pun, gajinya perlu berpadanan kata mereka.



Foto :Twitter

Rentetan itu, Syakirin kemudiannya membuat permohonan maaf dalam tujuh video menjelaskan yang mereka tidak mencari seorang yang pakar dalam bidang tugasan fotografi, video dan grafik. Namun, bakal pekerja haruslah pandai dalam semua bidang untuk tahap 'freshie'.

Lagi pula bekerja dalam bidang media memang memerlukan 'multitask' dan pantas. Jadi, ciri-ciri yang disebutkan adalah bagi mereka yang mempunyai ciri yang disebutkan.

Foto : IG


Dalam nada seloroh, Syakirin sempat menyatakan pengguna Twitter sebenarnya hanya mahu memanipulasi soal gaji sedangkan hakikatnya mereka tidak ingin pun memohon jawatan tersebut.



Penerangan ini tidak sepanas video terdahulu. Mungkinkah salah Syakirin yang tidak menjelaskan maklumat dengan lebih jelas atau pun netizen yang terlalu mendesak? Apa pendapat anda? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 16-1-2021 11:30 AM
Budak-budak sekarang memang tak guna. Dengar dulu tidak terus memekik. Setakat ambik gambar edit video sikit-sikit oklah. Aku kalau outstation, kita tak bawa creative guy. Sambil site visit sambil snap gambar sambil ambik video sikit. Balik hotel edit sikit-sikit untuk next meeting. Bukannya suruh buat 1 movie.
Kita dulu masa mula-mula kerja will take opportunity nak tunjuk kita pandai & capable. Setakat balik setengah jam lewat no hal la.  Budak-budak sekarang banyak berangan! Afterall dia suruh apply dulu, then kalau berminat time interview tu tanya biar jelas. Kalau rasa tak mampu baru tolak. Ni belum apa-apa dah memekik. Yang tak habis study pun banyak komen jugak
Quote buapakperut 16-1-2021 11:30 AM
gambar selpie kurus, gambar baju biru kemain beso
Quote CiliPadiSedap 16-1-2021 11:33 AM
makcik kiah kena pkp cmne nk pg rumah makcik kiah?
Quote Zirara99 16-1-2021 11:45 AM
orkidorkido replied at 16-1-2021 11:30 AM
Budak-budak sekarang memang tak guna. Dengar dulu tidak terus memekik. Setakat ambik gambar edit vid ...

Salah dia sebab tak tulis job desc tu. Gaji pun tk nyatakan. How would people know that this is entry level kind of jobscope? Of course when you said Ai blabla I don’t Think  that is entry level? The Ai itself is complicated enough to master. And if I’m not mistaken, someone who manage to use additional software like Ai, Photoshop is a bonus and will be paid higher especially in “entry level” (Considering the entry level means edit bodoh2 mcm dia cakap, so software is kind of bonus, right?) What is wrong is still wrong can’t blame the kids manja blabla.
Quote matchstick 16-1-2021 01:09 PM
Yg merempan tu semua kerjaya dh stabil gaji 5 angka ke..sorang tu budak final year katanya. Dia expect lps grad nt terus dpt kerja gaji 5k dgn 1 job scope je kot.
Quote Normabaru 16-1-2021 01:16 PM
In my opinion.. Dia ni xsalah pon. Its her company. Xpakai sen badak twitter pon. Yang mengecam tu company pon xde.duit pon sengkek. Setakat riuh di twitterjaya je reti. Gol tin kosong ni la yang if dpt result excellent or bijak pon attitude akan ke laut.. Cm doktor yang maki pt direfer kol 3 pagi. Huh
Quote airmineral 16-1-2021 01:44 PM
publish je la iklan tu secar bertulis gigih nak video bagai  last2 info penting pasal iklan keje pulak xde. so xsampai sgt la mesej iklan keje tu.

aku xminat dia ni sbb bingit. haha
btw, dia ni abes belajar ke x?
Quote airmineral 16-1-2021 01:45 PM
matchstick: Yg merempan tu semua kerjaya dh stabil gaji 5 angka ke..sorang tu budak final year katanya. Dia expect lps grad nt terus dpt kerja gaji 5k dgn 1 job s ...


tgu dia hadap realiti bekerja mcamana  
angan2 tu xpe .. sbb free..hihi
Quote wirazam 16-1-2021 03:47 PM
then bagitau lar jumlah gaji yg ditawarkan..ko letak la dlm RM 3,500 - RM4,000 then oklah utk freshies..

kalu offer keje tapi tak bgtau gaji tu yg org hangin
Quote husie91 16-1-2021 03:48 PM
airmineral: publish je la iklan tu secar bertulis gigih nak video bagai  last2 info penting pasal iklan keje pulak xde. so xsampai sgt la mesej iklan keje tu.aku  ...


Dia ni tak silap best student kt skola dulu.. kira perform laa.. academic & cocurriculum, sport.. mcm ada terbaca forumer sini ex schoolmate dia..
Quote Suchi 16-1-2021 05:05 PM
So maknanya dia nak 3 orang ke? Atau semua tu sorang wat kije?

Photographer biasa tak buat video.hat wedding pun yg shoot video orang lain yg amik gambar orang lain.

Memang ada orang yg boleh buat semua multitask gitu  tp gaji kena mahal laa tp kalau iols lebih senang fokus pada satu2 je.
Mcm iols freelance photographer kat satu company ni tiap bulan depa hantar sample product dan iols shoot ikut tema yg dorang nak pastu submit gambar kat  sorang freelancer yg jd admin socmed company ni.
Masing2 WFH dan tak jumpa pun satu sama lain.


Quote depresio 16-1-2021 05:22 PM
Take it or leave it jelah
Memekak mcm korg nak kena buat sequal lord of the ring ke transformers ke punya level keje
Quote pichee 16-1-2021 05:55 PM
Myb dorg x tau klu  company kecik..admin cum HR cum finance cum BD...

So myb org ni expect mcm ni la kot..
Quote Cassieopeia 16-1-2021 07:08 PM
Erm so budak yg final year tu nak gaji berapa? Ingat zaman covid ni byk ke company nk byr 5k utk freshie.. lg nk buang org adala
Quote songket_merah 16-1-2021 09:31 PM
husie91 replied at 16-1-2021 03:48 PM
Dia ni tak silap best student kt skola dulu.. kira perform laa.. academic & cocurriculum, sport. ...

kiranya dia budak pandai lah, belajar kat korea kan. end up kerja apa dia ni?
Quote bloodyamuk 16-1-2021 10:11 PM
manjanya dak2 skang...ni kan semua pilihan masing2...tingkat gaji ikutlah company tu punya kemampuan...asal basic+kwsp+sosco+medical cover hak pekerja jaga...

company offer kerja +++ take it or leave...rasa teraniaya chow je angkat kaki...
Quote Innrukia 16-1-2021 10:47 PM
berangan tak salah, tapi biarla bertempat
Quote salmon-suki 16-1-2021 11:01 PM
Aiolzs keje multitask n multikeje..dah lari drpd nature keje ai..mana laa putera raja ai nih..xsabar nk goyang kaki plak xyah keje{:shy{:smile{:run
Quote rogayahtop 17-1-2021 12:57 AM
Zaman skrg ni menzalimi pekerja tu standard dik non. Nak2 buat keje creative ni mmg suka beno la skop keje itu ini nak baya 3k. Agaknya diorang ingat degree creative ni murah agaknya.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056446 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top