CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sakit Telinga Dengar Bacaan Ayat Al-Quran

1-11-2013 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9740| Komen: 54

Description: Saya Mengesyaki Bapa Dipukau Apabila Meminta Saya Mematikan Bacaan Ayat Al-Quran Yang Dipasang Di Dalam Kereta Kerana Dia Sakit Telinga Mendengarnya,” Kata Mohd Taufik Ismail, Anak Sulung Kepada Peng ...



Kuantan, 31 Oktober : “Saya mengesyaki bapa dipukau apabila meminta saya mematikan bacaan ayat al-Quran yang dipasang di dalam kereta kerana dia sakit telinga mendengarnya,” kata Mohd Taufik Ismail, anak sulung kepada Pengurus Technoplant FELDA Tementi, Ismail Ramly, 55, yang dilaporkan hilang dari pejabatnya di FELDA berkenaan di Bera pada 25 Oktober lalu.


Ismail ditemui kira-kira jam 2 petang, semalam, oleh Mohd Taufik, 26, dalam keadaan tidak bermaya di KL Sentral, Kuala Lumpur, selepas setengah jam mencari mangsa di situ bersama rakan.

Ketika ditemui, Ismail berada dalam keadaan tersandar di satu sudut berdekatan balai ketibaan KLIA Express.


Mohd Taufik berkata, bapanya seperti orang hilang ingatan apabila langsung tidak mengenalinya selain kelihatan lemah dan tidak bermaya.

“Saya terpaksa membuat helah mengajaknya bersiar-siar sebelum membawanya ke dalam kereta dan menuju ke Balai Polis Batu 9, Cheras.

“Ketika berada di dalam kereta, saya memasang bacaan ayat al-Quran, namun ayah suruh saya tutup kerana dia sakit telinga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dia bertindak mencari bapanya di KL Sentral apabila dapat mengesan Ismail membuat panggilan menerusi telefon awam di situ selepas dimaklumkan adiknya, Nurul Hafiza, 20.

“Adik menerima panggilan daripada nombor telefon itu kira-kira jam 1 tengah hari tadi (semalam), namun panggilan itu tidak sempat dijawab.
“Dia percaya ayah yang membuat panggilan itu dan menyerahkan nombor telefon berkenaan kepada saya,” katanya.

Dia yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Johor, berkata, hasil bantuan seorang rakannya, mereka dapat mengesan panggilan itu dibuat dari KL Sentral.

Saya dan rakan bergegas mencari ayah di situ dan Alhamdulillah berjaya menemuinya. Apabila ditanya, ayah seperti tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” katanya.

Menurutnya, bapanya kini selamat dan ditempatkan sementara waktu di rumah saudara mereka di Kuala Lumpur.

Mohd Taufik berkata, keluarganya kini berikhtiar mengubati Ismail melalui kaedah perubatan Islam.

Menurutnya, dia yakin Ismail dipukau apabila langsung tidak mengenalinya selain tidak tahu apa yang berlaku dan siapa membawanya ke Kuala Lumpur.

Semalam, Harian Metro melaporkan Ismail hilang selepas keluar dari pejabatnya di FELDA Tementi pada jam 8.30 pagi, 25 Oktober lalu.

1

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mute 1-11-2013 09:33 AM
ade la tu kes tak puas ati...sampai tol ati buat orang sampai jadi camni...
Quote pelukis.plan 1-11-2013 09:35 AM
lelaki pun kena pukau
nasib baik tak kena bawa lari kahwin dengan perempuan lombok
Quote vv2005 1-11-2013 09:38 AM
APAKAH
Quote solstice 1-11-2013 09:41 AM
Ntah2 ada gangguan fikiran
Org melayu ni x lepas dari mistik
Quote Simunggu 1-11-2013 09:48 AM
rubbish..nonsense...
Quote sashin 1-11-2013 09:51 AM
kes pasal bapak hilang ni ker yang fyn jamal share kat fb tu?
Quote True-X 1-11-2013 09:52 AM
Lepas tuh anaknyer tak ke try pasang lagu adele sumone like u ?
Quote rosasa 1-11-2013 10:00 AM
kenapa makin hari makin byk berita pelik ni
Quote haryatie 1-11-2013 10:05 AM
menakutkan...
lelaki pun boleh terkena apa lagi org prempuan
Nauzubillah...
Quote nurfariezza 1-11-2013 10:10 AM
True-X posted on 1-11-2013 09:52 AM
Lepas tuh anaknyer tak ke try pasang lagu adele sumone like u ?

skli bapak dia menari...mau t'kejut plak...
Quote PostBanhammer 1-11-2013 10:10 AM
True-X posted on 1-11-2013 09:52 AM
Lepas tuh anaknyer tak ke try pasang lagu adele sumone like u ?

Wahahahahaha banyak pulak komen geli hati yang menghiburkan pagi-pagi ni. Ceria jap pagi aku. Thanks True-X.

Quote nurfariezza 1-11-2013 10:12 AM
bhya btol...smpai anak sndri pn bole xknal...
Quote nano 1-11-2013 10:12 AM
kat area kl sentral.. mmg ramai yg kena.. nauzubillah...
tp mcm pakcik ni... dr tempat lain tp jumpa kat kl sentral...

tp sape2 yg selalu ke kl sentral or nak naik keretapi ke bagai, hati2 lah. kat kl sentral ramai yg kena pukau2 ni.
ada kes, yg dia mintak tlg kita keluarkan duit utk dia kat mesin atm. dia ckp something wrong ape lah, then dia bg kad atm, no pon bagai. tp nnti.. last2 akhirnya kita sedar, duit kita yg takde.. sbb ramai yg kena.
Quote True-X 1-11-2013 10:17 AM
Manela tau bapaknyer jiwang karat... hahaha
Quote azlinahmad 1-11-2013 10:29 AM
kemungkinan betul...tak tahu la...kita tak mengalami boleh la cakap macam2...simpati pada keluarga mangsa.
Quote dr.R 1-11-2013 10:32 AM
nano posted on 1-11-2013 10:12 AM
kat area kl sentral.. mmg ramai yg kena.. nauzubillah...
tp mcm pakcik ni... dr tempat lain tp jump ...

Kalau betul banyak kes, pihak polis tak ambil tindakan ke sebab sudah tentu ada CCTV yang di pasang. Ikutkan pengalaman aku yang selalu ke KL Sentral, aku tak suka ada agen-agen yang minta derma dengan berikan pelekat kereta bentuk smiley tu masa makan kat KFC. Aku rasa kes ni dah lama berlaku sejak 5-6 tahun lepas, tapi masih berlaku lagi. Pernah juga aku ternampak ada yang datang menjual naskah yassin dengan berlegar di sekitar bangunan tu, tapi kes pukau macam ni aku tak pernah dengar lagi tapi kalau ada memang perlu diambil tindakan segera sebab itu tumpuan pelancong luar dan hub untuk mendapatkan pengangkutan.

Quote Nash^Roy 1-11-2013 10:42 AM
apsal org melayu sll sgt ilang ingatan? skit2 ilang ingatan.. pastu dgr bisikan.. haparahhhhhhh.. tarak alasan lain ke..
Quote revolusi_30 1-11-2013 10:46 AM
Pukau pulok dah ... Baik ckp kesurupan je coz tak suke dgr bacaan quran.
Quote Kassim_Patalon 1-11-2013 10:50 AM
Nash^Roy posted on 1-11-2013 10:42 AM
apsal org melayu sll sgt ilang ingatan? skit2 ilang ingatan.. pastu dgr bisikan.. haparahhhhhhh.. ta ...

melayu banyak makan semut

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.212345 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top