CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayar Nazar Jalan 280km Kuantan - Shah Alam

8-11-2013 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39254| Komen: 521

Description: Kuantan, 7 November - Seorang Peminat Setia Tok Gajah Tekad Berjalan Sejauh 280 Kilometer (Km) Dari Kuantan Ke Stadium Shah Alam Bagi Membayar Nazar Berikutan Kejayaan Skuad Pahang Menjuarai Piala Mal ...


KUANTAN, 7 November - Seorang peminat setia Tok Gajah tekad berjalan sejauh 280 kilometer (km) dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini.
        
Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, di sini semalam.
        
Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final.
        
“Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT.
        


“Saya rela hati. Jadi saya bernazar memulakan perjalanan dari Masjid Negeri kerana di situ saya berdoa dan  jadi kenyataan di Stadium Shah Alam,” katanya yang ditemui di Tol Gambang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) , semalam.
        
Berbekalkan tunai RM60, dia membawa Jalur Gemilang, bendera Pahang, sehelai kain pelekat, dua jersi Pahang dan dua helai seluar sukan untuk kembara solonya itu.
“Saya jangka sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini," katanya.


10

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crossfire 7-11-2013 09:59 AM
cubalah nazar botakkan kepala, tak lah teruk2 jalan kaki
Quote tongkatwaran75 7-11-2013 10:01 AM
7 November 2013

Nenek meninggal selepas sertai maraton

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT - Seorang nenek berusia 86 tahun meninggal dunia sehari selepas menjadi peserta tertua menyertai Marathon New York, Ahad lalu.

Joy Johnson dari California mengambil masa kurang lapan jam menamatkan perlumbaan 4.2 kilometer melalui lima bandar utama di Amerika Syarikat.

Anak perempuannya, Diana Boydston berkata, ibunya terjatuh pada kilometer 19 dan hanya ke khemah perubatan setelah perlumbaan tamat.

"Dia bukan berlari untuk bersaing, dia berlari kerana itu minatnya," katanya dipetik  AFP
Quote axl_bach 7-11-2013 10:01 AM
ko minat bola x??kalo ko x minat bola susah ko nak paham passion peminat bola sepak dgn skuad kesayangan.......nak2 yg dah lama x menang then dpt peluang macam2 ler nazar dorg wat minta doa kat ALlah kasi pasukan deme mng.....

dulu masa semi-pro nazar paling byk org wat takat botakkan kepala jer laaa....cuma ada satu Awang Mahyan coach Swak pernah nazar nak terjun sungai sarawak ke sgai samarahan ntah
Quote rifhana_ilham 7-11-2013 10:01 AM
Banyak lagi benda lain yg boleh dinazarkan.
Quote Sue.Blossom 7-11-2013 10:03 AM
nazar puasa lg baik pakcik oi..
Quote itik_kuning 7-11-2013 10:04 AM
iols cukup tak setuju dengan niat baik pak cik ni. orang lain yg main bola menang dapat hadiah, dapat duit.

pak cik dapat apa? dapat penat. dpat masuk sakkobar 1 hari. esok orang dah lupa pak cik.
Quote itik_kuning 7-11-2013 10:04 AM
axl_bach posted on 7-11-2013 10:01 AM
ko minat bola x??kalo ko x minat bola susah ko nak paham passion peminat bola sepak dgn skuad kesaya ...

abis tu dah terjun ke belum?
Quote axl_bach 7-11-2013 10:09 AM
itik_kuning posted on 7-11-2013 10:04 AM
abis tu dah terjun ke belum?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_13.htm
Quote axl_bach 7-11-2013 10:10 AM
itik_kuning posted on 7-11-2013 10:04 AM
iols cukup tak setuju dengan niat baik pak cik ni. orang lain yg main bola menang dapat hadiah, dapa ...

utk kepuasan dia bro......ko x minat bola susah ler nak sembang pasal fanatik bola....heheheheheh

Quote axl_bach 7-11-2013 10:11 AM
crossfire posted on 7-11-2013 09:59 AM
cubalah nazar botakkan kepala, tak lah teruk2 jalan kaki

botakkan kepala tu nazar era semi-pro bro..........dah x urban mehhhhh.....hahahahahaha

Quote itik_kuning 7-11-2013 10:14 AM
axl_bach posted on 7-11-2013 10:10 AM
utk kepuasan dia bro......ko x minat bola susah ler nak sembang pasal fanatik bola....heheheheheh
...

wa minat ke tak tak perlu nak sembang kencang jadi keyboard warrior je bro. sampai masa sampai la ke std tuh.
Quote MakSenah 7-11-2013 10:14 AM
aku terasa mcm kesian pulak dekat pakcik ni. macam dah tua sangat and tak larat je. tapi dia dah berniat nazar tu mmg kena teruskan lah. saya doakan pakcik selamat sampai dan selamat dpd segala benda.
Quote lavacoffee 7-11-2013 10:14 AM
axl_bach posted on 7-11-2013 10:10 AM
utk kepuasan dia bro......ko x minat bola susah ler nak sembang pasal fanatik bola....heheheheheh
...

lu nazar apa lak...???

tido kat kubur 3 malam...???





Quote miawpink 7-11-2013 10:15 AM
Pak cik Majid Bin Abdul Hamid berumur 57 tahun... kerana Pahang telah memenangi Piala Malaysia 2013, dia berjalan kaki dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1 ke Stadium Shah Alam. Beliau dijangka sampai di Stadium Shah Alam pada 12 November 2013. Mula berjalan kaki pada 6 November 2013. - Sumber dari Nak Levi's

Quote miawpink 7-11-2013 10:15 AM
Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2han pakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH! - Sumber dari Mohd Zaidi Ramli

Quote AHMADVW 7-11-2013 10:16 AM
sorang lagi macai umno
Quote miawpink 7-11-2013 10:17 AM
pok cik da tua da..
ubat bawak dok?
nanti semput ce mane tu??

da la ujan sekejap sekejap panas skrang ni
orang muda pun x ada nak buat gini weh pak cik...
nape la pak cik tak buat nazar yang seiring ngan usia pak cik

semoga pak cik sihat la sepanjang perjalanan pak cik..

Quote crossfire 7-11-2013 10:18 AM
axl_bach posted on 7-11-2013 10:11 AM
botakkan kepala tu nazar era semi-pro bro..........dah x urban mehhhhh.....hahahahahaha

urban apa nak bunuh diri namanya hehe, silap2 kat Bukit Tinggi lori terbabas....tak pasal2

lagi silap kalau dituduh MACAI UMNO.... sperti reply di atas.
Quote axl_bach 7-11-2013 10:19 AM
lavacoffee posted on 7-11-2013 10:14 AM
lu nazar apa lak...???

tido kat kubur 3 malam...???

aku x nazar pape sbb team aku bungkus peringkat kumpulan lagi......hahahahahahah

Lihat semua komen(521)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.084137 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top