CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Tersayang Kena Hentak Batu,

8-11-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13313| Komen: 139

Description: Kajang: Sepuluh Jahitan Di Kepala Dan Lebam Di Beberapa Bahagian Badan. Itu Akibat Terpaksa Ditanggung Seorang Pengawal Keselamatan Apabila Dihentak Dengan Batu Dan Dipukul Menggunakan Kayu Oleh Ister ...

Gambar hiasan


Kajang: Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan. Itu akibat terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul menggunakan kayu oleh isterinya sendiri.

Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk juadah sarapan sebagaimana disuruh isterinya itu.


Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini.

Sumber polis berkata, sebelum itu, ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan.


“Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka,” katanya.


Menurutnya, tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal.

“Sebaik saja wanita itu turun dari motosikal, mangsa menghampirinya untuk bertanya tujuan kedatangan ke situ, namun belum sempat lelaki itu bertanya, suspek menumbuk mukanya beberapa kali.

“Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, di sebalik usaha mangsa untuk menenangkan dan meminta suspek bersabar, wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya.

Menurutnya, amukan wanita terbabit tidak berakhir di situ kerana dia kemudian mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa.

“Selepas dipukul beberapa kali, mangsa merampas kayu daripada isterinya, namun tindakan itu menambahkan kemarahan suspek yang kemudian mengambil batu dan menghentak kepala mangsa.

“Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kajang, di sini, untuk mendapatkan rawatan oleh rakan sekerjanya dan menerima 10 jahitan di kepala, selain ditahan di wad.

Sumber itu berkata, sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang, kelmarin mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

“Dalam laporan dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu biarpun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu.

“Mangsa berkata, dia memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas isterinya kerana sudah tidak tahan dikasari selain bimbang kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poyohabis 8-11-2013 03:41 PM
Siannye suami kene hentak gak isteri... Baik sgt suami ni biarkan isteri dera dia.. Hehehe
Quote ellZack 8-11-2013 03:42 PM
meroyan ke apa bini dia ni..
dari dia gigih pergi serang laki dia, baik dia g beli sarapan..
Quote slippergombak 8-11-2013 03:47 PM
Otomatik aku terbayangkan najib rosmah....
Quote cammie1711 8-11-2013 03:50 PM
Laki dia langsung tak membalas?? unbelievable sgt!!
tak beli sarapan ke sebab mlm tadi tak dapat jatah kak.....
Quote sueism 8-11-2013 03:52 PM
Kesian , rasa time malam nak ahem ahem macamana Gaya, kalau suami penat rasa bini ketuk kepala dak?
Quote Cik_Eena 8-11-2013 03:52 PM
ah sudoh gitu pulak dah...patut aok buat sarapan...sian suami kene hentok mental tul pempuan ni
Quote AdamBillionaire 8-11-2013 03:52 PM
sah2 bini kena period ni.. betulkan @miawpink
Quote kecimpret 8-11-2013 03:54 PM
dapat kat aku mmg kena slam dunk jer bini dia tuh
Quote monreyes 8-11-2013 03:55 PM
boleh jadi gila bila kebulur...
sama mcm BIL aku dulu...
org ajak g kenduri x mo..
syg sgt nak tglkan katil...
aku balik dari kenduri dulu...
ada lauk tapau sket derang bagi...
anak bini dia tgl lagi kat tempat kenduri...
BIL jerkah mak aku naper bini dia x balik2 lagi...
maklumlah dari pagi x mkn...dah kau kuat membuta...
aku nampak mak aku gigil2 kluarkan makanan tapau tu...
sedih btol...rasa nak bagi penyepak je..
masa ekonomi meleset dia cuba2 nak tgl dgn mak aku...
maklumlah mak aku ada pencen....
sori lah..masa tu tanduk aku kluar...
Quote miawpink 8-11-2013 03:55 PM
AdamBillionaire posted on 8-11-2013 03:52 PM
sah2 bini kena period ni.. betulkan @miawpink

ni bukan bini period
ni minik nya bengong
pemalas
masak sarapan pun malas


Quote SoSuMi 8-11-2013 03:56 PM
Makcik ni tak tahu bersyukur. Dapat suami yang bendul macam tu pun di terajang2kan..
Quote NIXAR 8-11-2013 03:57 PM
wanita makin ganas. kerajaan sila tubuhkan badan khas bantu kaum lelaki teraniaya
Quote reeny 8-11-2013 04:01 PM
elok diceraikan aje bini mcm nie...
Quote batmana 8-11-2013 04:01 PM
monreyes posted on 8-11-2013 03:55 PM
boleh jadi gila bila kebulur...
sama mcm BIL aku dulu...
org ajak g kenduri x mo..

dia ni keje apa?

tido buat air liur basi ka


Quote lavacoffee 8-11-2013 04:01 PM
NIXAR posted on 8-11-2013 03:57 PM
wanita makin ganas. kerajaan sila tubuhkan badan khas bantu kaum lelaki teraniaya

tak perlu kut....

kes camni sorang dua je kena...

yg kena tu pun mesti jenis lelaki lembut ...






Quote FlowerGirl 8-11-2013 04:02 PM
Bini gangster laki dayus. Sesuai sgt!
Quote Kassim_Patalon 8-11-2013 04:03 PM
bini-binimu gangster
Quote salimrock 8-11-2013 04:06 PM
monreyes posted on 8-11-2013 03:55 PM
boleh jadi gila bila kebulur...
sama mcm BIL aku dulu...
org ajak g kenduri x mo..

kalo ko pompuan..harus la ko diam diri dan sabar..tp kalo laki, dah makan tapak kaki dah BIL ko tu...

kalo wa , wa akan pastikan beliau akan dpt 3 batang gigi palsu atau pun rongak depan...dah la menumpang rumah org lagi nak besa kepala
Quote jazaa 8-11-2013 04:07 PM
lavacoffee posted on 8-11-2013 04:01 PM
tak perlu kut....

kes camni sorang dua je kena...

setiap masalah kena bendung dari awal.....
dah jadi janda nanti tunjuk mata, tunjuk kaki merata alam kan ke masalah sosial tu....

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064562 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top