CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tahukah anda? Kain buruk perumah bakteria

25-6-2021 12:54 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5677| Komen: 17

Description: BUKAN satu berita baik bagi suri rumah apabila penggunaan kain buruk pada umumnya bertujuan mengelap kotoran di dapur boleh menyebabkan risiko pencemaran kepada makanan atau masalah penyakit bawaan ma ...



BUKAN satu berita baik bagi suri rumah apabila penggunaan kain buruk pada umumnya bertujuan mengelap kotoran di dapur boleh menyebabkan risiko pencemaran kepada makanan atau masalah penyakit bawaan makanan.

Keadaan ini merujuk kepada satu penemuan oleh kumpulan pengkaji Jabatan Sains Kesihatan University of Mauritius yang diketuai pensyarah kanan fakulti itu, Susheela D Biranjia Hurdoyal.

Menurut Susheela, dalam kajian itu, kumpulannya menemui kemungkinan kain buruk berpotensi penyebab kepada pelbagai jenis penyebaran bakteria berdasarkan kepada profil mikrobio yang ada selain kekerapap penggunaan kain terbabit.

"Selain mengkaji kewujudan bakteria yang terdapat dalam 100 sampel kain buruk tidak dibasuh selama sebulan dengan penggunaan berterusan, kami juga mendapati jenis bakteria berbeza mengikut latar belakang pengguna.


"Dalam kajian ini 49 sampel adalah positif dengan tiga bakteria ditemui jenis bakteria koliform iaitu merujuk kepada bakteria yang biasa ditemui dalam sistem pencernaan seperti E.coli yang kerap ditemui dalam najis manusia.

"Dua lagi adalah jenis enterokokus dan Staphylococcus aureus (S aureus) iaitu merujuk kehadiran bakteria kerap ditemui pada kulit, hidung dan tekak. Ia biasanya ditemui dalam keluarga yang memiliki anak dan mempunyai status sosioekonomi yang rendah," katanya.

Bagaimana keadaan itu membawa kepada keracunan makanan? Ia berpunca apabila pengendali di dapur biasanya suri rumah atau ibu mengelap peralatan di dapur seperti sudu, garfu, sudip dan senduk menggunakan kain sama. Kebiasaannya kain buruk sama digunakan untuk mengelap tangan digunakan pula untuk perkara lain.

Perkara memburukkan lagi keadaan ialah apabila kain yang mengandungi bakteria itu digunakan mengelap tangan atau anggota badan lain ketika dalam penyediaan makanan.



Tangan itu tadi kemudian menyentuh makanan dan berlaku perpindahan bakteria daripada kain buruk kepada tangan dan kemudian makanan apabila disentuh.

Dalam kajian sama turut ditemui keadaan yang mana keadaan kain buruk lembap dan berada dalam suhu panas menjadi tempat paling sesuai sebagai perumah bakteria.

"Kesimpulan dalam kajian penggunaan kain buruk yang lembap bagi pelbagai kegunaan hanya meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit bawaan makanan.

"Sebaiknya elak mengelap pelbagai barangan dapur menggunakan kain buruk sama dan pastikan ia dalam keadaan kering. Namun, berbeza bagi kebanyakan orang yang gemar menggunakan kain yang dibilas bagi mengelap meja dan ruang dapur," katanya.

Sementara itu, Pakar Penyakit Jangkitan Bakteria, Dr Bruce Ruben berkata, biasanya penyakit keracunan makanan atau bawaan makanan adalah dari patogen E. coli dan S aureus yang ditemui dalam makanan tercemar.

Sebagai contoh S aureus adalah bakteria ditemui membabitkan sumber protein atau daging tercemar. Ia boleh ditemui keracunan makanan berpunca daripada sumber makanan seperti salad dan telur.

"Apabila individu menikmati makanan dijangkiti bakteria merbahaya seperti E. coli dan S aureus, mereka akan mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit, kesakitan pada bahagian perut dan demam.

"Bagi gejala ringan mungkin boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam, namun boleh berlanjutan beberapa hari," katanya.

Gejala itu boleh menjadi lebih serius dan boleh mengancam nyawa apabila pengambilan makanan tercemar dalam jumlah banyak serta mereka yang sensitif.

Mengenai amalan baik dalam penggunaan kain buruk di dapur berikut beberapa tip disarankan pakar:

1. Kerap cuci dan bersihkan kain buruk. Sebaiknya tukar dua hingga tiga kali seminggu bagi penggunaan ringan.

2. Tukar dan buang apabila penggunaan terlalu kerap. Ada pendapat menyarankan tidak menggunakan kain buruk dalam tempoh setahun.

3. Gunakan tuala atau kain buruk bagi tujuan berlainan. Tidak dikongsi untuk lap 'utensil' seperti sudu, garfu dan senduk dengan tuala digunakan untuk lap tangan.

4. Basuh tangan dan hanya menggunakan tuala kering untuk membilas.

5. Digalakkan penggunaan kain pakai buang atau tisu dapur bagi tingkatkan amalan kebersihan di dapur.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 25-6-2021 02:56 AM
Kain lap iols cantik bukan kain buruk.. Hehe.. Lepas masak, mesti lap dapur pakai kain tu. Kalau permukaan berminyak lap dulu dengan tisu dulu lepastu baru lap guna kain. Lepas guna kain lap wajib basuh sabun sampai bersih dan sidai.
Quote lattehazelnut 25-6-2021 05:17 AM
lap2 i pakai span je..
Pinggan mangkuk biar sampai kering lepas tu baru simpan kat rak..
Guna tisu mcm not environment friendly gitu..
Quote meisapoya 25-6-2021 07:48 AM
Ya. Most of the time i pakai tisu dapur je buat lap2 kotor. Tapi ada jugak time minyak menggoreng tu banyak sangat merecik & tisu tu mcm tak function sangat, i pakai tuala yang serap minyak tu. Pastu basuh terus lepas guna. X de la nak biar sampai berbulan.
Quote carolinetaylor 6-7-2021 02:22 PM
It's just a disgusting fact, being an OCD patient, sometimes i feel like losing my mind just to think about the hygiene. Well not only kitchen items, bacteria not even leave the apparel items. I worked as a fashion deisgner at shearling bomber outlet, and literally sometimes it become arduous to safe your clothing stock from these microorganism in order to keep them hygienic.
Quote fatinandreanna 20-7-2021 08:08 AM
Aku pakai tisu je lap. Kitchen towel. Klu pakai serviette tissue byk sgt kena pakai.
Quote Nildakin 25-7-2021 11:43 PM
Lebih suka guna tisu basah vinda utk lap dapur. Kurang sket rasa was2
Quote makiting 26-7-2021 01:28 AM
Kaka pun baru bertukar ke tisu basah brand Vinda..  mmg bagus la setakat ni.. itu pun termakan pujukan penjual kat Aeon Big.. sekarang pulun beli yg promo 2  in 1 pek tu.. berbaloi sikit
Quote aiyaya2708 26-7-2021 06:59 PM
I pakai tisu ja, tak pe la no environmental friendly pun
Quote cariplease 26-7-2021 09:48 PM
Oh noooooooooo. Kena tukar tisu lah ni
Quote bictoria 28-7-2021 12:12 PM
cancel order norwex
Quote nancyclegg619 22-7-2023 06:28 PM
I enjoyed reading your blog post and hope you will keep communicating with us. Thank you very much for this topic. Feel free to surf my web.
Quote haprak4042 1-10-2023 02:17 AM
kalau mak2 kita dulu memg kain buruk jela.
nowadays ja mak2 zaman moden dah tukar ke wet tissue or kitchen tissue..lebih hygiene
Quote Yoonggi 5-2-2024 12:42 PM
aku pun prefer guna wet tissue and kitchen towel je utk lap2 meja/kaunter dapo. hand towel plak mmg aku cuci plg kurang seminggu sekali.  

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.201662 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top