CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Ramai Takutkan Syaidatul Afifah, Kata Sheila Rusly Garang Tapi Bila Jumpa...

30-6-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8474| Komen: 22

Description: Bekas pemain boling profesional negara, Syaidatul Afifah teruja apabila diberi kepercayaan untuk berlakon menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin yang mengetengahkan sukan yang amat dicintainya itu.
Bekas pemain boling profesional negara, Syaidatul Afifah teruja apabila diberi kepercayaan untuk berlakon menerusi drama terbaru, Ratu Ten Pin yang mengetengahkan sukan yang amat dicintainya itu.


Kredit foto: IG Afifah

Jelas Afifah, sepanjang menyertai projek tersebut, dia gembira kerana dapat berkongsi selain betukar ilmu bersama mereka yang telah lama bertapak di dalam industri seni.

“Ilmu saya dalam bidang lakonan memang kosong tapi saya tetap ambil cabaran ini sebab drama ini berkonsepkan sukan boling. Kalau saya tak ambil peluang ni, bila lagi saya dapat buat cerita mengenai sukan kegemaran saya.

“Bonus mengenai projek ini, ia ibarat seperti win win situation. Saya dapat belajar mengenai dunia lakonan dan pada masa saya saya juga bagi tunjuk ajar dalam sukan boling,” katanya kepada MH.




Mengakui harus berdepan pelbagai cabaran, Syaidatul mendedahkan dirinya bersyukur kerana dikurniakan rakan pelakon serta pengarah yang tidak jemu membantunya untuk menjiwai watak.

“Karektor ini amat mencabar buat saya. Saya kena bermain dengan emosi. Saya kena jadi sombong, menangis, rasa penyesalan dan macam-macam lagi.

“Terima kepada kepada sis Sheila Rusly dan para pelakon lain yang bagi tunjuk ajar. Tanpa mereka saya memang buntu. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati dengan lakonan pertama saya.

“Saya sedar saya pun masih baru dan tiada pengalaman. Kalau sebelum ini saya dah ambil cabaran terbesar mewakili Malaysia di peringkat dunia, kenapa pula saya nak tolak cabaran ini.

“Selepas sahaja saya bersara tahun lalu, saya dah tanam azam untuk cuba apa sahaja rezeki yang datang. Saya dah berkecimpung dalam sukan ini selama 20 tahun. Mungkin tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya lagi.



Bekas juara dunia acara boling berpasukan wanita 2017 itu berkata sedemikian di sesi sidang media drama Ratu Ten Pin secara virtual pada Selasa.

Ditanya mengenai pengalaman pertamanya berkerjasama dengan Sheila, Syaidatul memberitahu, dia bertuah kerana menerima layanan seperti keluarga sendiri.

“Sewaktu saya ditawarkan untuk berlakon drama ini, banyak pihak seperti ingin menakutkan saya dengan mengatakan Shiela Rusli seorang yang garang dan tegas lebih-lebih lagi kepada pelakon baru.



“Tapi jujur saya katakan, bila saya pertama kali berkerja dengan JS Pictures, saya dapat rasakan hubungan kekelurgaan tu sangat kuat. Jadi, semua persepsi yang saya dengar di luar tu ternyata tak betul.

“Sis Shiela ni garang bertempat. Kita perlukan ketegasan seperti itu untuk hasilkan kerja yang bagus. Apapun, saya sangat happy berkerja dengan JS Picture,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 30-6-2021 05:04 PM
hitam nya bibir nazimah
Quote I.K.A888990 30-6-2021 05:40 PM
sheila ni pn sibuk berlakon sekali ke dlm citer ni.
Quote KIM.K 30-6-2021 05:59 PM
Tak kayu la sheol. Ada expression. Cuma suara je kena belatih jadi matang skt sedap didengar
Quote aderaderker 30-6-2021 06:20 PM
Cyst pun beria tunjuk betis sekali ek..
Quote dua_chzy 30-6-2021 07:44 PM
aderaderker: Cyst pun beria tunjuk betis sekali ek..


Badan cyst cantik letops.
Quote imanjannah 30-6-2021 07:49 PM
dah kenapa cyst pakai gitu..
Quote orkid_amani 1-7-2021 06:34 AM
Seeeraaam la tengok org tua tak sedaq diri mcm siz tu pakai la lek lok sikit. Muka siz nampak penat laa .berehat la dr belakon
Quote che-cikL 1-7-2021 06:43 AM
OMG, iols ingat ada Chefwan, sekali Eizlan Yusof!
Quote bluebutter 1-7-2021 07:17 AM
dua_chzy: Badan cyst cantik letops.

Everyday one hour brisk walking on treadmills maybe. As a routine. Tu yg yg badan elok. Tk jogging tak apa asalkan ada walking walking slow slow.
Quote Katanya 1-7-2021 07:22 AM
Peh teringat slot drama spektra zaman dulu2 citer pasal bowling jugak. Lakonan mas idayu and sharifah norhaslinda x salah. Mas idayu cantik gila, lakonan dia chillax je sesuai dengan watak. Mmg favorite tengok dgn family. Aku tak taulah kalau ada yg ingat atau aku ni mmg tua gila
Quote rosannazmia 1-7-2021 07:27 AM
Napa nazim kejung je bahagian bawah..(i mean facial expressions dia ) dlm klip tu
Quote TomyamPuteh 1-7-2021 07:43 AM
Benci pulak aku dgn norish karman si pembongak tuh.
Quote ImpianSeroja 1-7-2021 03:12 PM
Aleeza kasim tu kan..pic yg ada zelan usop tu
Ke iolls salah
Quote honeybee1802 1-7-2021 03:48 PM
che-cikL replied at 1-7-2021 06:43 AM
OMG, iols ingat ada Chefwan, sekali Eizlan Yusof!

Tp aku ngk eizlan yg kertu lg segak dr si nazim tu...hahaha
Quote anakmak 1-7-2021 09:59 PM
Aku layan si adek pasha ngan housemate dia
Selamba berlakon
Bagus
Quote pearl.silver 1-7-2021 10:21 PM
Bakal menantu tu jd muka wajib dah la ye..
Quote pittjie 1-7-2021 10:53 PM
TomyamPuteh replied at 1-7-2021 07:43 AM
Benci pulak aku dgn norish karman si pembongak tuh.

Ada norish karman ke? Tu bukan aleza Kassim ke?
Quote one_aiman 1-7-2021 11:04 PM
Fifi azmi tu macam lalok je dalam cerita ni
Quote chinchan78 2-7-2021 01:45 AM
Best ke cite ni..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.513004 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top