CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Golongan Kaya Terkesan Gst

22-11-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12627| Komen: 90

Description: Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Gst) Yang Diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Ketika Membentangkan Bajet 2014, Pada 25 Oktober Lalu, Mengundang Reaksi Pelbagai Pihak.
PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, pada 25 Oktober lalu, mengundang reaksi pelbagai pihak.

Berikutan pengumuman itu, orang ramai tertanya-tanya mengenai sistem percukaian baharu itu di negara ini, malah ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk cukai tambahan yang dikenakan.

GST akan dilaksanakan 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan pada masa ini. Bagi menjelaskan perkara itu, Wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH mendapatkan maklum balas Pengarah Projek GST, Pejabat Pelaksanaan GST, Kementerian Kewangan, EZLEEZAN OTHMAN bagi menjelaskan konsep dan pelaksanaan GST.


Boleh jelaskan tentang GST?

EZLEEZAN: GST ialah satu bentuk cukai berasaskan kepenggunaan, bermakna GST akan dibayar apabila kita berbelanja. GST ini adalah cukai tak langsung dan ada pihak yang kutip bagi pihak kerajaan.

Kita tak bayar terus kepada kerajaan, sebaliknya kita bayar kepada perantara. Bagi pihak pengguna, peniaga yang akan kutip daripada mereka dan serahkan kepada kerajaan. Cukai itu bukan merupakan satu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

Kenapa kerajaan laksanakan GST?

EZLEEZAN: Sebenarnya, hasrat utama kerajaan untuk mengatasi kelemahan SST. Orang ramai salah sangka dengan menyatakan kerajaan laksanakan GST untuk menambah hasil kerajaan atau hendak ‘address’ isu fiskal sebab fiskal kita sekarang negatif. Semua itu tidak benar.

Dalam sistem SST, kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa dengan cukai jualan, melainkan memperbaikinya dengan cara memansuhkan SST.

Jadi kita gantikan SST dengan GST. Apabila GST dilaksanakan, akan ada pertambahan hasil akibat pembelian produk kerana GST dikenakan kepada semua jenis barang dan perkhidmatan. Namun ada barang dan perkhidmatan tertentu yang dikecualikan GST.

Kenapa GST dilaksanakan pada 1 April 2015?

EZLEEZAN: Kami menjangkakan keadaan ekonomi negara ketika itu lebih baik dengan Indeks Harga Pengguna (CPI) pada kadar dua peratus. Ia sesuai dilaksanakan ketika itu.

Sebenarnya, di Malaysia, susah mencari masa sesuai kerana ada pelbagai musim perayaan dalam setahun seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Kemudian, dalam tempoh lima tahun pula, kita ada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK).

Namun, pada 2015, berdasarkan jangkaan kami dan CPI pada masa ini, ia adalah waktu yang sesuai melaksanakan GST.

Kita juga hendak beri masa kepada peniaga untuk bersedia, ubah sistem perniagaan atau ‘set up’ sistem komputer. Sebab itu tempoh 17 bulan diberikan. Satu lagi, kita hendak beri latihan kepada pegawai sebab ada juga pegawai mereka yang jaga bahagian akaun, tidak tahu mengenai GST.

Kerajaan juga perlu bersedia dari segi komputer dan sebagainya. Begitu juga dengan persediaan penggunaan supaya tidak terkejut.

Sebenarnya, untuk isu percukaian, inilah kali pertama kerajaan turun padang dan beritahu rakyat apa yang dimaksudkan dengan cukai, GST, kepentingan cukai, kenapa ia perlu dibayar dan faedah kepada rakyat apabila mereka bayar cukai. Sebelum ini, kita terus buat dan tak pernah ada sesi konsultasi.

Bagaimana konsep dan pelaksanaan GST nanti?

EZLEEZAN: Konsep GST dikenakan setiap peringkat iaitu dari pengilang, pemborong, peniaga dan  pengguna. Pada setiap peringkat itu, peniaga boleh menuntut balik GST daripada kerajaan sebab GST merupakan cukai ke atas penggunaan.

Peniaga tidak guna barang itu. Sebagai contoh, mereka beli kerusi dan meja menjadi sebahagian daripada input perniagaan mereka. Jadi, apa jua GST yang dibayar ke atas meja ini, kita benarkan mereka tuntut balik.

Cara tuntutan itu dikira berdasarkan ‘offset’ (penolakan) antara cukai yang dikutip daripada pelanggan dengan cukai yang dibayar perantara (pengilang, pemborong dan peniaga).

Sekiranya ada lebihan, perantara tidak boleh tuntut, tetapi mereka kena bayar kepada kerajaan, begitu juga sebaliknya.

Contohnya, jumlah cukai yang dikutip daripada pelanggan ialah RM1,000, manakala cukai yang peniaga bayar ialah RM500. Ini bermakna ada lebihan RM500 dan mereka perlu bayar jumlah ini kepada kerajaan. Sekiranya ‘offset’ itu didapati negatif, kerajaan yang bayar balik kepada mereka.

Pengguna hanya perlu bayar apa sahaja GST yang dikenakan peniaga dan tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Konsep ini sama seperti di Eropah, tetapi ia dipanggil ‘Value Added Tax’ (VAT).

Hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan (threshold) RM500,000 setahun dikenakan GST. Perniagaan itu mesti berdaftar dengan Jabatan Kastam. Mereka tidak boleh lari. Contohnya, kedai mamak yang jual nasi kandar, jika jualan tahunannya RM500,000, baru boleh kenakan GST enam peratus kepada pelanggannya.

Apakah kebaikan GST kepada kerajaan dan rakyat?

EZLEEZAN: Kerajaan akan dapat satu sistem percukaian lebih adil dan telus, karenah birokrasi juga berkurangan, selain mengurangkan kebergantungan kepada cukai pendapatan dan petroleum.

Apa akan jadi kalau kita tak jumpa lagi sumber minyak? Jadi kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada petroleum. Untuk pengguna pula, mereka akan dapat harga yang kompetitif.

Boleh jelaskan perbezaan antara GST dan sistem jualan dan perkhidmatan (SST) yang digunapakai sekarang?

EZLEEZAN:  GST akan dikenakan di setiap peringkat, manakala SST hanya melibatkan kutipan cukai di satu peringkat sahaja, iaitu pengilang. Kalau cukai perkhidmatan pula melibatkan pembekal kepada pengguna.

Contohnya, perkhidmatan Astro kepada kita. Apabila Astro kenakan caj enam peratus, hanya satu peringkat saja dalam sistem GST dan dia tidak boleh tuntut daripada kerajaan. Kalau dalam sistem SST, katakan saya pemilik restoran mamak dan menggunakan Astro di kedai saya untuk pelanggan.

Enam peratus yang kedai saya bayar akan dimasukkan ke dalam kos teh tarik dan sebagainya sebab saya tak boleh tuntut daripada kerajaan. Berbeza dengan GST, saya boleh tuntut balik enam peratus itu dan tiada GST dikenakan ke atas teh tarik tersebut.

Kenapa kadar enam peratus dipilih?

EZLEEZAN: Sebelum ini ada khabar angin (bukan daripada kerajaan) mengatakan kerajaan akan melaksanakan GST pada kadar empat peratus. Namun, hasrat kerajaan sebenarnya hendak menggantikan SST kepada GST untuk mendapatkan perolehan neutral.

Katakan, kerajaan dapat kutip SST sebanyak RM20 bilion, jadi di bawah GST nanti juga, kita kena dapatkan sekurang-kurangnya jumlah yang sama, iaitu RM20 bilion. Kalau dapat kurang, nanti kita tak cukup hasil.

Selain itu, terdapat banyak pakej bantuan di bawah GST seperti bantuan tunai RM300 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengurangan cukai pendapatan individu dan syarikat, pemberian geran latihan RM100 juta kepada syarikat dan pakej bantuan komputer serta 'software' komputer.

Bagaimana sebaran maklumat mengenai pelaksanaan GST ini dijalankan kepada orang ramai?

EZLEEZAN: Secara tidak rasminya, kita sudah jalankan sebaran maklumat sejak 2010, walaupun idea pelaksanaan GST pada 2005. Apabila ‘review’ itu dibentangkan pada 2009, tahun berikutnya, kita buat sebaran maklumat.

Selepas Perdana Menteri buat pengumuman GST, kita buat sebaran lebih besar menerusi radio dan televisyen.

Pegawai Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam akan turun padang dan buat program seperti mengadakan program kesedaran di kampung-kampung mengikut tiga kumpulan sasar, iaitu pengguna, peniaga dan kerajaan.

Kita bekerjasama dengan NGO seperti Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), jabatan kerajaan, ahli Parlimen, Adun, persatuan profesional dan agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memberikan penerangan GST kepada pengguna dan peniaga. Untuk kakitangan kerajaan pula, kita pergi ke jabatan-jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun, untuk beri penerangan.

Bagaimana mahu pastikan ketelusan GST ini kepada semua pihak yang terlibat?

EZLEEZAN:  Di bawah GST, kita ada website, www.gst.customs.gov.my dan kita boleh semak sama ada sesebuah syarikat itu berdaftar dengan GST atau tidak. Dari sini, kita boleh tahu sama ada syarikat itu tipu atau tidak.

Siapa yang akan mengambil tindakan jika ada kesalahan melibatkan GST?

EZLEEZAN: Jabatan Kastam yang akan ambil tindakan jika kesalahan melibatkan GST kerana mereka agensi pelaksana. Namun, jika kesalahan itu melibatkan harga atau pencatutan (profiteering), ia terletak di bawah KPDNKK.

Bagaimana cara kutipan GST dilaksanakan?

EZLEEZAN:  Kita tiada firma tertentu kutip cukai GST, sebaliknya ia dilakukan Jabatan Kastam. Dalam kes ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat kerana mereka kutip cukai langsung termasuk cukai pendapatan dan duti setem.

Manakala GST ialah cukai tak langsung yang dikutip oleh Jabatan Kastam. Bagaimanapun, apabila GST dilaksanakan nanti, mereka akan bekerjasama terlibat dalam audit dan sebagainya.

Pelaksanaan GST dikatakan akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga barang. Sejauhmana tanggapan itu?

EZLEEZAN:  Kita kena lihat penggunaan SST. Ia dikenakan pada skop yang kecil. Kalau kita lihat, tidak banyak barang yang dikenakan cukai jualan, manakala cukai perkhidmatan dikenakan kepada 25 kumpulan seperti restoran, hotel, perkhidmatan profesional, kawasan parkir dan perkhidmatan keselamatan.
   

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti berita, katering dan buat cermin mata tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

Namun, di bawah GST, semua ini akan dikenakan cukai. Maknanya akan berlaku sedikit kenaikan harga, tetapi sangat minimum dan secara ‘one-off’ sebab kita beri banyak barang-barang makanan asas dikecualikan daripada GST. Tidak semua harga barang akan naik.
   
Di bawah SST, cukai yang dikenakan antara lima hingga 10 peratus dan ia sudah termasuk dalam harga yang pengguna bayar untuk kebanyakan barang seperti peralatan elektrik dan pakaian.

Apabila GST dikenakan pada kadar enam peratus, ini bermakna, akan ada kenaikan harga sebanyak satu peratus, ada juga yang kekal sebagai status quo dan selebihnya berlaku penurunan harga.

Sebagai contoh, harga kereta. Kita tidak tahu harganya akan turun atau naik sebab turun naik harga ditentukan oleh peniaga, bukan disebabkan cukai atau GST. Mungkin harga barang akan naik sebab ketika itu sebab kos bahan mentah naik atau peniaga itu perlu menaikkan gaji pekerja.

Contohnya, harga kereta sekarang ada cukai jualan sebanyak 10 peratus. Kalau GST yang menggantikan cukai itu dikenakan enam peratus, harga kereta akan turun.

Adakah pelaksanaan GST akan membebankan rakyat?

EZLEEZAN: Tidak. Kami sudah jalankan kajian sejak 2005 melibatkan tiga golongan iaitu mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. GST dibuat dengan kadar sifar dan standard.

Untuk barang makanan asas dan keperluan perkhidmatan asas seperti bas dan sebagainya, mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang paling ramai menggunakannya.

Katakanlah orang bergaji RM1,000 sebulan, kira-kira 60 hingga 70 peratus daripada pendapatannya digunakan untuk makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST.

Golongan berpendapatan sederhana contohnya, mungkin akan membelanjakan dalam 30 peratus sebulan untuk bayar GST seperti makan KFC dan sebagainya.
   
Berbeza dengan golongan kaya, gaji mereka tidak digunakan untuk perkara ini. Mereka banyak makan di luar, guna internet dan lebih kepada hiburan. Ini bermakna, orang kaya lebih banyak menanggung GST berbanding golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
   
Sama ada ia membebankan pengguna atau tidak, ia sebenarnya dipengaruhi trend pengguna itu sendiri sama ada berbelanja besar atau tidak. Kita kena fahami keperluan dan kehendak.

Benarkan GST boleh menyelesaikan masalah ketirisan cukai?

EZLEEZAN:  Di bawah SST, peniaga simpan pelbagai rekod berbeza. Untuk cukai jualan dan perkhidmatan, masing-masing ada dua rekod berbeza. Rekod mereka ini tak sama dengan apa yang ditunjukkan LHDN atau Jabatan Kastam contohnya.

Apabila GST dilaksanakan, rekod syarikat itu akan jadi satu sahaja. Jadi isu ketirisan hasil tidak akan ada sebab invois sangat diperlukan untuk menuntut balik GST daripada kerajaan.

Satu lagi, GST dikenakan setiap peringkat. Jika ada berlaku penyeludupan dan katakan barang itu datang dari luar negara dan terus dibawa kepada peniaga, kerajaan masih lagi boleh kutip GST di peringkat peniaga. Ini mengelak ketirisan hasil berlaku.

12

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
22

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 22-11-2013 11:19 AM
EZLEEZAN:  GST akan dikenakan di setiap peringkat, manakala SST hanya melibatkan kutipan cukai di satu peringkat sahaja, iaitu pengilang. Kalau cukai perkhidmatan pula melibatkan pembekal kepada pengguna.


means pengguna, (end user) tak kiralah org kaya ker kayap papa kedana terpaksa tanggung berganda2 cukai sebab barangan tu sampai pada mereka bukan 2 peringkat, malah mungkin sampai 4 peringkat...

jadi cukai yang kita bayartu sebenarnya buka 6%, tapi maybe sampai 30%..

patutla rosmah dah start shopping ke dubai....

counting the eggs before its hatch kekdahnya
Quote cammie1711 22-11-2013 11:22 AM
Tak payah la nak explain lagi...
memang korang dah kaji sekajinya benda ni
tapi dari sudut positif utk korang je
tapi bukan dari sudut positif rakyat pun
Quote MelahJanda 22-11-2013 11:37 AM
ezleezan is my frenz
Quote MelahJanda 22-11-2013 11:38 AM
leylapple posted on 22-11-2013 11:19 AM
means pengguna, (end user) tak kiralah org kaya ker kayap papa kedana terpaksa tanggung berganda ...

tak, bukan begitu



Quote leylapple 22-11-2013 11:40 AM
MelahJanda posted on 22-11-2013 11:38 AM
tak, bukan begitu

kaka melah ekplen plis...

iols tak reti nie
Quote mrsamz 22-11-2013 11:40 AM
Ada lagi org yg malas nk baca dan faham..masih style ikut faham kpala dia je
Quote gaara_X 22-11-2013 11:42 AM
dok layan GST...tak sedar yang harga barangan dok naik je.....ahaks!!
Quote lasagnaklcc 22-11-2013 11:46 AM
Saya blaja psl GST in english pon confuse, explain dlm bm pon lagi confuse rupanya
Quote sueism 22-11-2013 11:47 AM
keseluruhan nya adakah gst satu negara malaysia semua sama atau pun negeri lain gst lain?
sebab kalau kat US lain negeri lain gst and segala gst pergi ke kerajaan negeri duit tu
semua untuk membangunan negeri tersebut. dah yg boleh dapat duit balik ialah time file tax
return itu pun duit dari hasil gaji yg potong tiap bulan, tapi kalau tax potong kurang kena bayar
ke state and fed, kalau potong terlebih state dan fed akan pulang kan duit tu

kalau gst dari hasil jualan memang lah kita kena bayar tapi duit tax tu like i said pergi ke
pembangunan.
Quote siti_kus 22-11-2013 11:52 AM
aku xpaham.. hee.
Quote Bedah.Cun 22-11-2013 11:55 AM
Saje sexplain bagi berbelit2 nak suh orang setuju tak payah ade criticism kan Kalau macam tu tak payah sexplain pun takpe kau buat je sesuka hati kau. Rakyat dah bagi mandat kat kau gitu
Quote jojoba_beads 22-11-2013 11:58 AM
sueism posted on 22-11-2013 11:47 AM
keseluruhan nya adakah gst satu negara malaysia semua sama atau pun negeri lain gst lain?
sebab kal ...

file tax return ni sama dgn ostolia... end of june boleh claim tax tu... gst ikut negeri x sure lak...
Quote MelahJanda 22-11-2013 12:01 PM
leylapple posted on 22-11-2013 11:40 AM
kaka melah ekplen plis...

iols tak reti nie

situasi sekarang (SST):
1. cukai kena kat pengilang/pengimport masa beli raw material, tapi dia dapat exemption dari menteri (tapi bila dia jual kat arm dia spt di bawah, dia suka hati je nak waive nilai cukai or nak include)

2. barang lalu kat pemasaran, pemborong, peruncit (mereka ni semua tak boleh dapat pengecualian cukai bagi sebarang raw material yg dibeli-so mmg dia akan include dalam margin)

3. dijual ke pengguna - masa ni..resit tak sebut pasal cukai, so peniaga sesuka hatilah letak berapa harga barang dia suka (nak include cost dari pengilang ke logistik ke, raw material ke dan apa2 je lah sapa pun tak boleh question)

4. cukai yg diterima oleh kastam ciput je, sebab hanya dari nilai output di peringkat kilang/pengimport..tu pun boleh tipu nilai brg..tapi kastam punya kerja punyalah banyak, nak tengok penyeludupan la, nak tengok org tipu nilai la, nak tengok org tipu cukai la, nak cek lesen la dll

situasi akan datang (2015 GST):
1. cukai kena kat raw material di kilang - tapi boleh refund - masa nak refund kastam tengok, betul ke margin dia ni berpadanan dengan nilai cukai yg akan direfund (tak boleh tipu, semua dalam sistem)
2. pemasaran, pemborong, penruncit beli raw material kena cukai (ada resit), tapi boleh refund. - masa nak refund kastam tengok, betul ke margin dia ni berpadanan dengan nilai cukai yg akan direfund (tak boleh tipu, semua dalam sistem)
3. pemasaran, pemborong, penruncit beli brg siap dari pengilang kena cukai (ada resit), tapi boleh refund.- masa nak refund kastam tengok, betul ke margin dia ni berpadanan dengan nilai cukai yg akan direfund (tak boleh tipu, semua dalam sistem)
4. penjual jual kepada pembeli akhir (ada nilai gst bagi setiap nilai barang di dalam resit) = tak boleh refund

masa ni, penjual tak boleh tipu sesiapa pun..margin dia hanyalah keuntungan dia semata2 tak boleh untung atas angin sebab semuanya dipantau

so takkan timbul cukai jadi berganda.
yg boleh jadi berganda adalah keadaan sekarang..yg urusniaga boleh ghaib di tengah jalan, dan kastam kena tipu bulat2


Quote rospinki 22-11-2013 12:01 PM
ada GST explanation dalam hinglish tak?

saya orang kaya memang tk terkesan dgn GST...welll..u know
Quote sueism 22-11-2013 12:02 PM
jojoba_beads posted on 21-11-2013 05:58 PM
file tax return ni sama dgn ostolia... end of june boleh claim tax tu... gst ikut negeri x sure la ...

kita org start file jan 15-april 15 now must tak return file online aje
and dalam 2 minggu dapat duit refund hehehe kaya jab hehehe

Quote jojoba_beads 22-11-2013 12:19 PM
sueism posted on 22-11-2013 12:02 PM
kita org start file jan 15-april 15 now must tak return file online aje
and dalam 2 minggu dapat ...

yup.. oz biasa june till oct camtu. mmg online pun. buat kat pejabat pos or thru agen pun boleh tp charge ler.. hehe



Quote akughi 22-11-2013 12:20 PM
MelahJanda posted on 22-11-2013 12:01 PM
situasi sekarang (SST):
1. cukai kena kat pengilang/pengimport masa beli raw material, tapi dia d ...



pade yg tak paham tu boleh bace posting MelahJanda



Quote akughi 22-11-2013 12:22 PM
leylapple posted on 22-11-2013 11:19 AM
means pengguna, (end user) tak kiralah org kaya ker kayap papa kedana terpaksa tanggung berganda ...

pandai ko mengira smp jadi 30%

kalo math rafizi boleh jadi lebih kot....cube ko bace keadilan daily....

sane pakar ekonomi ade terangkn
Quote leylapple 22-11-2013 12:23 PM
MelahJanda posted on 22-11-2013 12:01 PM
situasi sekarang (SST):
1. cukai kena kat pengilang/pengimport masa beli raw material, tapi dia d ...

kaka melah, i nak tnya la..

katakan lah barangan nie lalu 4 peringkat : pengimport, pemborong, pekedai baru sampai user

pengimport kene GST kan??tapi leh redeem balik?dalam income tax? katalah harga raw adalah rm1, kene GST 6% jadilah rega tu 1.06 kat pengimport...

pemborong yang beli dari pengimport pun kene GST kan? blh redeem jugak?so rega pengimport tadi rm1.06 + another GST 6% = rm 1.12

pekedai?mestilah beli rega pemborong jual kan???which is rm 1.12 + GST 6% = rm1.19

so kita, user, beli barang pun kene GST 6% = rm1.19 + 6% =1.26rm

tapi atas nie semua raw price, tak termasuk rega untung lagi tu...

so betul la user kene tax bertingkat2..tapi kaka melah kata leh redeem, tapi price of selling mestilah tak terkesan kan?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.093438 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top