CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sofia Jane, Vanidah Akui Sukar Tutur Dialek Kelantan

22-11-2013 05:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11218| Komen: 40

Description: Sementara Itu, Vanidah Ketika Ditemui Berkata, Selain Perlu Mahir Dalam Dialek Kelantan Menerusi Pementasan Ini Juga Dia Perlu Menari Dan Menyanyi Sebuah Lagu. Kata Vanidah, Walaupun Bukan Bergelar P ...
Sofia Jane, Vanidah Akui Sukar Tutur Dialek Kelantan
Vanidah (kiri) dan Sofia Jane.

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Sofia Jane mengakui sukar untuk mendalami dialek Kelantan bagi pementasan Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 hingga 2 Disember depan.


Sofia bagaimanapun berkata, selepas menjalani sesi latihan dan tunjuk ajar daripada pengarah Fatimah Abdullah dia semakin mahir bercakap dalam dialek tersebut.
"Dialek Kelantan memang sukar dan tidak mudah untuk mendalaminya tanpa bantuan pakar.

"Mujur Fatimah tidak jemu-jemu mengajar bagi memastikan sebutan dan gaya percakapan dialek itu dibuat dengan betul dan saya semakin berasa yakin," katanya kepada mStar Online.
Sofia ditemui pada sidang media kedua pementasan itu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini pada Khamis.

Selain Sofia, ia bakal menampilkan barisan pelakon seperti Rosnan Rahman, Vanidah Imran, Sabri Yunus dan Sufian Bujang.
Dalam perkembangan sama, Sofia berkata, dia bersetuju untuk terlibat dalam persembahan itu kerana ingin melakukan kelainan dalam kerjaya seninya.


Rosnan (tengah) bersama para pelakon teater Makyung Anak Raja Gondang.

Jelas Sofia, walaupun sukar namun dia tetap komited untuk mempelajari selok-belok mengenai makyung yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
"Makyung adalah warisan negara kita dan penglibatan saya dalam pementasan ini adalah sebagai satu tanggungjawab sosial bagi memastikan ia akan terus kekal sebagai satu seni kebanggaan masyarakat Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Vanidah ketika ditemui berkata, selain perlu mahir dalam dialek Kelantan menerusi pementasan ini juga dia perlu menari dan menyanyi sebuah lagu.
Kata Vanidah, walaupun bukan bergelar penyanyi namun dia mengakui teruja untuk menyanyi pada pementasan itu nanti.

"Setiap hari saya akan berlatih dan akan mendengar lagu yang bakal didendangkan setiap masa jika berpeluang untuk memantapkan vokal dan sebutan.
"Ini kerana lagu dalam dialek Kelantan sangat unik dan mempunyai lenggok tersendiri membuatkan ia tambah istimewa," jelasnya.

Dalam pada itu, Fatimah memberitahu walaupun makyung itu nanti akan diubah dari segi teknikal namun keaslian jalan cerita dan konsep asal persembahan akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan.

Malah dia sangat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh dua pelakonnya iaitu Sofia dan Vanidah yang cepat menghayati dialek dan lenggok bahasa Kelantan.

Fatimah Abdullah

"Ini adalah pementasan makyung yang terbesar pernah saya arahkan dan arah tuju persembahan setakat ini berjalan lancar ditambah dengan kredibiliti penari dan pelakon budaya Istana Budaya cukup mantap," ujarnya.

Selain aspek penceritaan, Fatimah berkata, alat-alat muzik yang digunakan untuk menghidupkan persembahan makyung seperti rebab, gendang ibu, gendang anak dan sepasang tetawak (gong), serunai dan geduk turut diberi penekanan supaya persembahan lebih mantap.

Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.

Sebelum pengembaraan, baginda telah berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera tentang petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana iaitu jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar maka dia dalam kesenangan.

Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang di mana dia telah bertemu dengan tujuh orang puteri ketika mereka bersiram di Kolam Banjaran. Anak Raja Gondang tatkala bertemu telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang telah pun bertunang.

Tiket menyaksikan pementasan ini berharga RM253, RM103, RM73, RM53 dan RM33.
Ia boleh didapati di AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 22-11-2013 06:33 AM
gomo klate gomo!!!
Quote yipun_78 22-11-2013 06:47 AM
xde bakat kelate ke? balik2 pan asian yg bukan local negeri tu..
Quote cmf_jeangrey 22-11-2013 07:18 AM
vanidah ni lmbt dimakan usia....cantik je
Quote yipun_78 22-11-2013 07:21 AM
cmf_jeangrey posted on 22-11-2013 07:18 AM
vanidah ni lmbt dimakan usia....cantik je



Sofia pon menten kan?
Quote cmf_jeangrey 22-11-2013 07:35 AM
yipun_78 posted on 22-11-2013 07:21 AM
Sofia pon menten kan?

pia pun sama menten tp vanidah ni aku tgk mcm late 20s pun ye


Quote yipun_78 22-11-2013 07:37 AM
cmf_jeangrey posted on 22-11-2013 07:35 AM
pia pun sama menten tp vanidah ni aku tgk mcm late 20s pun ye


untung Shidi kan? bini awet muda... apa agaknya rahsia Vanida
Quote cmf_jeangrey 22-11-2013 07:42 AM
yipun_78 posted on 22-11-2013 07:37 AM
untung Shidi kan? bini awet muda...  apa agaknya rahsia Vanida

sheol tak pernah reveal kan....tp mesti ada konsep ayurveda sbb sheol kan keturunan hindustan



Quote yipun_78 22-11-2013 07:44 AM
cmf_jeangrey posted on 22-11-2013 07:42 AM
sheol tak pernah reveal kan....tp mesti ada konsep ayurveda sbb sheol kan keturunan hindustan
...


minyak kepala dara ler kot kan kalo dah konsep ayuverda plus spices
Quote berusjamban 22-11-2013 08:01 AM
erk skerinye muke akak fatimah tu... tambah dgn lipstik kaler gitu....
muke mcm aishah janji manismu tp version ngeri
Quote famri7 22-11-2013 08:02 AM
xkan makyung pakai killer heels kot?..vanida nampak tinngi smacam,tggi drpd sabri telinga kechik...hurmm
Quote yayah8989 22-11-2013 08:23 AM
eh awat x amek nelopak jer? kan dia kelate xdela susah2 nk ngajar org kan
pelit
Quote bambimbom 22-11-2013 08:27 AM
walaupun org ckp vee ni lawa tp aku x nampak pun..

kak piah jane lg lawa wlpn da agak petang....

Quote cmf_jeangrey 22-11-2013 08:45 AM


cantik vee dan pia

Quote tomet05 22-11-2013 08:50 AM
nih teater muzikal ke teater biasa eh ?
macam teater berat je ..
Quote ais_kosong 22-11-2013 08:56 AM
berusjamban posted on 22-11-2013 08:01 AM
erk skerinye muke akak fatimah tu... tambah dgn lipstik kaler gitu....
muke mcm aishah janji manism ...

aku pun berpendapatan begitu jua..
mekapnya barangkali..
akak timah ambo mtk mahap yo..

Quote siti_kus 22-11-2013 08:58 AM
this is pantai timur!
Quote disneyprincess 22-11-2013 09:04 AM
sukanya tengok Vanidah Imran, cantik jeee
Quote whadda 22-11-2013 12:40 PM
suke aku tengok vanida & sofia... cantik & tenang je nampak dua2... natural beauty gitu...  xde la terseksa tengok terbonjol pipi sana... terjuih bibir sini....
Quote dellema 22-11-2013 01:15 PM
bakat dr pasir mas takde ker
kshn vee ngn sofia kena bljr dialek klntn

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.420658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top