CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nordin Bukan Larikan Diri Lah - "Saya Akan Ambil Vaksin Di AS"

15-9-2021 05:26 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 17241| Komen: 104|Original author: Oleh: LilRose

Description: Lana Nordin yang mencetuskan kekecohan apabila pulang ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu menegaskan bahawa dia bukan melarikan diri daripada kecaman membabitkan isu vaksin.
Lana Nordin yang mencetuskan kekecohan apabila pulang ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu menegaskan bahawa dia bukan melarikan diri daripada kecaman membabitkan isu vaksin.


Kredit foto: IG

Pelakon berusia 41 tahun itu sebaliknya menjelaskan kepada BH Online bahawa tindakan itu diambil berikutan kesihatan ibu mentuanya berusia 80 tahun yang tidak baik.

Justeru, mereka terpaksa pulang ke AS menziarahi ibu mentuanya yang sudah uzur, apatah lagi hampir tiga tahun tidak pulang ekoran sekatan perjalanan.


"Sebelum ini, Mei lalu, kami merancang pulang ke AS. Namun, disebabkan beberapa kekangan, kami terpaksa menukar tarikh tiket penerbangan beberapa kali.

"Kali ini, kami tidak boleh tangguhkan lagi rancangan pulang kerana bimbang keadaan ibu mentua.

"Lagipun, suami adalah anak lelaki tunggal. Jadi, dia perlu menandatangani beberapa dokumen berkaitan pewarisan harta.

"Selain itu, visa suami sudah hampir tamat tempoh. Jadi, suami perlu keluar dari negara ini terlebih dulu," katanya kepada BH Online.


Kredit foto: IG

Tambahnya, dia dan suami bercadang menjual hartanah di Los Angeles dan mencari kediaman baharu di Florida kerana mereka akan tinggal lebih lama memandangkan banyak urusan perlu diselesaikan termasuk meninjau operasi perniagaan suaminya.

Dalam masa sama, Lana menyelar tindakan segelintir pihak yang mengkritik kononnya dia melarikan diri kerana enggan divaksin.

"Sesuka hati mereka tuduh saya antivaksin. Mereka tidak tahu saya ada alasan kukuh dan surat doktor menjelaskan kenapa saya belum mahu divaksin.

"Saya mahu tunggu dahulu kerana anak kedua masih menyusu badan. Mereka yang tidak memiliki anak seperti saya bebas berkata apa sahaja.

"Namun, sebagai ibu, saya tidak mahu disebabkan tindakan terburu-buru boleh membahayakan nyawa anak.

"Saya tidak mahu pentingkan diri. Insya-Allah sekiranya kajian vaksin diumumkan, saya akan mengambilnya di AS," katanya.


Kredit foto: IG

Lana juga memaklumkan dia tidak berniat terus tinggal di AS sebaliknya mereka akan pulang ke Malaysia tahun hadapan. 

Jangan tuduh-tuduh Lana larikan diri lagi okey! - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-9-2021 05:58 PM
Hauk namatey BI siidung terkepit ni. Apo ko dah plan nak jual rumah mak mertua bila dia mati kelak?
Quote Beaip 15-9-2021 08:39 PM
Dia punya cakap doesnt make any sense.
Kalau ada LTVP or spouse visa,boleh je renew kat Immigresen.Tak payah keluar Malaysia pun.Kalau under tourist visa pun boleh renew as long as ada proof dah beli ticket.Dorang bagi extension due to covid.
MTP only valid for 90days to enter or exit the country.So dia ingat approval to exit dia punya tu paling special ke?
Macam mana nak buat kerja kat Cali but cari rumah kat Florida{:teatime.2 different state located hujung ke hujung.Apa dia meraban?
Laki acik idong kan athlete,tak pernah ku dengar dia pung pang cakap laki dia ada real estate license.Tetiba nak tinjau business ke{:question
Tak pernah dengar pun laki dia ada experience as realtor ke apa,tetiba acik dah cakap beso{:run
Sekali laki acik kerja dengan orang.
Ni mesti binging tengok Selling Sunset{:teatime acik idong terus berangan
Quote chaos_sweetly 15-9-2021 10:42 PM
Rajin btl menulis dlm ig panjang2.
Quote OyaTonggek 15-9-2021 11:12 PM
"start respect others decisions" wotakkau..kau yg x respect others. Mabok ke tino ni?
Quote OyaTonggek 15-9-2021 11:15 PM
Beaip replied at 15-9-2021 12:39 PM
Dia punya cakap doesnt make any sense.
Kalau ada LTVP or spouse visa,boleh je renew kat Immigresen. ...

meols tgk laki dia ni mcm useless pun ade..
Quote Getz 15-9-2021 11:17 PM
loya semua statment dia
Quote Carcosa 15-9-2021 11:39 PM
Dia ni statement2 dia semua statement kaki kencing.
Merapu. Mcm bohsia nak up kan diri dkt bohsia lagi satu. Ckp nak bergegar aje. MIL nak mati tinggalkan harta lah, jual rumah utk beli rumah baru lah, laki ada business lah. Bergegarrrrr semua.
Mcm kaya sgtlah. Padahal laki biawak pasir.
Quote annadonna 16-9-2021 12:43 AM
Tak rasa kehilangan pun. Bukan asset negara
Quote awenda507 16-9-2021 12:48 AM
Up to u la acik lana
Quote kikikiko 16-9-2021 01:23 AM
Aku sorg je ke tgk ank2 dia ni tk semengah. Bkn rupa tp pakaian. Yg boboi tu klu kt rmh pkai diapers je. Klu laki dia itu lah pakaian nya. Kt rumah pun mcm tu kt luar pun mcm tu
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 01:31 AM
Dua2 bagai G dalam lasagna

Tak guna.
Quote dejure 16-9-2021 02:14 AM
Sembang kena hebattt.....ni yg org perak kata biar papa asal bergaya..ckp mcm laki kau ada harta berjuta2 us dollar je walhal taraf pprt aje ponn..kalau byk sgt duit laki kau tu knp 2 orang anak kau lahir kat sini? Knp x lahir aje anak kat amerika tu..xde duit nak bayar bil hospital la tu..
Quote Cleocatra 16-9-2021 04:54 AM
Amboi ada hartanah kat LA kau. Bukan kaleng2 tahu hartanah area LA. Paling murah pun bermula dari USD700k.

Nak tengok mak katanya. Hari ni dah Rabu masih lagi meraban kat Miami.
Quote sayangkid 16-9-2021 05:00 AM
kikikiko replied at 16-9-2021 01:23 AM
Aku sorg je ke tgk ank2 dia ni tk semengah. Bkn rupa tp pakaian. Yg boboi tu klu kt rmh pkai diapers ...

Anak dia sgt tak behave.. smlm tgk ig live terjerit2 baling botol. Tp mak nya sibuk live manjang. Org lain dok tgk. Si gia tu da cukup besar kot nk prangai mcm tu.
Quote Cik_jantung 16-9-2021 05:27 AM
Edited by Cik_jantung at 11-1-2022 12:53 PM

..........
Quote TomyamPuteh 16-9-2021 09:02 AM
Hidung dia tu
Quote rosmahisham 16-9-2021 09:23 AM
Edited by rosmahisham at 16-9-2021 06:40 PM

Ank dia si gia mmg gitu eh pangainye..baran..marah2..kalau aku mmg dh kena luku kecik2 lg dh tunjuk pangai..laki nya hari2 npk berlemuih je! Kalau laki kaya ko x yah ssh pyh buat roti dah..betul ke dia ada kilang supply barang baking ?kaki propa jgk dia nih!
Quote amansihat 16-9-2021 10:03 AM
Edited by amansihat at 16-9-2021 10:07 AM

mana tak  stress laki tak kerja,tak cucuk takleh berlakon.nampak teruk jugak la dia menjual macam-macam kat malaya.bukan lak nak mengata kalau humble lagi orang sokong dia jual apa ramai orang  akan beli.mulut kena kurang mennganjing,tangan dan jari kena stop menulis buat rakyat Malaysia marah.orang Malaysia ni kuat sentap kalau tekan salah butang.so be humble je kalau kita carik makan jual produk mintak jasa beli dari  marhen rakyat malaysia.ko puja -puji sitem US  boleh, tapi cakap sesama keluarga cukuplah.jangan menganjing rakyat Malaysia.akhirnya ko mintak juga doa kat rakyat malaya,mintak sponsor baju kahwin datang  semua dari rakyat Malaya.nak support  kek ke bisnes produk timbang kilo dari warga Malaysia.bukan warga US yg beli produk acik lana.jaga-jaga la tangan dan jari tu dari menyakitkan rakyat Malaysia.bila susah ko mengadu kat rakyat Malaysia.bila senang dan  lepas sempadan ko nganjing rakyat Malaya sambil sindir-sindir rakyat dan kerajaan Malaysia  .duit dari rakyat Malaysia dan  RM jugak yg buat ko senang satu keluarga. Seteruk-teruk Bangla ,indon dan Nepal  Nangis-nangis nak masuk  Malaysia tak nak balik Bangla dan  Nepal. Rohingya tu ,sanggup lambung ombak masuk Malaysia.cuba ko buat gitu kat US nangis-nangis tak nak balik Malaya.Namun susah ko carik rakyat Malaysia,nak jual barang bukan warga US yg beli barang ko.anak ko sakit doktor Malaysia yg rawat jantung anak ko.ko beranak doktor Malaysia yg sambut ank ko.ko glemer jadi pelakon rakyat Malaysia tengok drama dan filem ko.ko nak jual kek,cookies rakyat Malaysia yg beli.apa perasaan ko kita support ko lepas tu ko kutuk negara yg buat ko senang-lenang berniaga dan menjual sampai boleh beli rumah dan kereta.
Quote missbigrockstar 16-9-2021 10:16 AM
Dia sudah u-turn. Hari tu pung pang pung pang cakap lain. Bakal pulang ke Msia tahun depan? Lah ingat nak mereput terus kat US.
America Dream kan

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.271043 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top