CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bunuh Diri Di Maahad Tahfiz Kok Lanas ?

13-12-2013 02:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 78825| Komen: 678

Description: Kota Bharu - Misteri Bau Busuk Dalam Tandas Asrama Di Sebuah Sekolah Di Kok Lanas Pagi Semalam, Terbongkar Apabila Penyelia Asrama Terbabit, Menemui Mayat Seorang Pelajar Dalam Keadaan Tergantung Deng ...




KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

8

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Budakmomok 13-12-2013 09:54 AM
kesian arwah.gambar last tu pohon remove
Quote awek_ganu 13-12-2013 09:56 AM
ya allah..ngerinya..
Quote Kassim_Patalon 13-12-2013 09:58 AM
stress tak dapat hafal holy koran?

semoga rahmat tercucur
Quote amyainsamad 13-12-2013 10:02 AM
ngeri............
Quote peachRose 13-12-2013 10:10 AM
my nephew's school..

Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 10:10 AM
msti tension harga letrik nk naik
Quote yayah8989 13-12-2013 10:13 AM
bunuh diri smpai terberak ker
Quote xtahumenahu 13-12-2013 10:14 AM
apa laa masalah sampai decide nak bunuh diri
Quote ushioz 13-12-2013 10:18 AM
peachRose posted on 13-12-2013 10:10 AM
my nephew's school..

ada kes buli ke apa?
Quote ell768 13-12-2013 10:20 AM
tekanan perasaan..adehhh...kesian...
Quote tssy 13-12-2013 10:20 AM
terbaca kat insta fedtriyahya, ada kwn arwah claim ada org bunuh arwah....bukan kes bunuh diri katanya...

Quote annehuda 13-12-2013 10:22 AM
Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.


err takkan die tak perasan bilik air tu dah terkunci dr dalam sejak hari selasa?
Quote peachRose 13-12-2013 10:25 AM
ushioz posted on 13-12-2013 10:18 AM
ada kes buli ke apa?

x tahu la...
mak arwah nurse..katanya mmg tak caya kes bunuh diri...syak kena bunuh...
dunno la..tunggu result postmortem..

Quote rospinki 13-12-2013 10:27 AM
kesian ...hmmm..tk tau nk kata apa dah..stress kemurungan maybe?
Quote solstice 13-12-2013 10:27 AM
yayah8989 posted on 13-12-2013 10:13 AM
bunuh diri smpai terberak ker

i pernah dengar kalau gantung diri memang akan terkeluar najis bagai
Quote solstice 13-12-2013 10:28 AM
Kes jenayah kut
Ntah lah
ummah malay skarang pon dah pandai bunuh2 diri ni
Pengaruh kpop kut
Quote ogata 13-12-2013 10:29 AM
peachRose posted on 13-12-2013 10:25 AM
x tahu la...
mak arwah nurse..katanya mmg tak caya kes bunuh diri...syak kena bunuh...
dunno la. ...

somethng fishy sebab ada darah...

arwah gantung diri kan?ke memang orang bunuh diri gantung diri darah akn keluar memalui dubur or..
Quote azrain98 13-12-2013 10:30 AM
kes jenayah ni...
Quote GhostWalking 13-12-2013 10:30 AM
Kena siasat kenapa sampai dia bunuh diri.
Ada kes buli ke
Ada kes sexual abuse ke di sekolah tu
Jangan sebab nama Maahad ingat takde benda2 pelik gini

Lihat semua komen(678)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062769 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top