CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Selimut Atas Katil' Antara Punca Penceraian

13-1-2014 01:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13539| Komen: 72

Description: Campur Tangan Keluarga Sehingga Berlaku Perceraian Memang Ada Dan Tidak Dapat Dinafikan, Walaupun Sudah Bercucu, Ibu Bapa Masih Tidak Suka Pada Menantu Dan Sekiranya Berlaku Pertengkaran Antara Pasang ...
Putrajaya: Isu sekecil berebut selimut di atas katil hingga campur tangan pihak ketiga termasuk keluarga, saudara mara, kekasih dan kawan adalah antara punca perceraian yang berlaku dalam kalangan pasangan Islam di negara ini.

Walaupun kedengaran tidak munasabah dan perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik tanpa pertengkaran, namun dalam dunia realiti isu itu memang berlaku sehingga terlafaz talak dari mulut suami.

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, kajian mendapati masalah campur tangan keluarga hingga menyebabkan perceraian banyak dialami pasangan muda iaitu berumur 25 tahun ke bawah, selain pasangan yang baru memeluk Islam sebelum berkahwin.

Malah, ada dakwaan  menyatakan keluarga menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumah tangga anak menantu hanya kerana tidak menyukai atau individu itu bukan pilihan ibu bapa, namun ketika proses mengemukakan keterangan perkara itu sukar dibuktikan.

Campur tangan keluarga sehingga berlaku perceraian memang ada dan tidak dapat dinafikan, walaupun sudah bercucu, ibu bapa masih tidak suka pada menantu dan sekiranya berlaku pertengkaran antara pasangan, ibu bapa cuma mengambil kesempatan mengapi-apikan  sehingga  bercerai-berai.

Keadaan sama turut berlaku dalam kalangan pasangan mualaf. Ketika berkahwin keluarga terpaksa menerima keputusan yang diambil anak masing-masing, tetapi sekiranya berlaku pertelingkahan atau pertengkaran keluarga akan ‘mencucuk’  pasangan  bercerai,” katanya, di sini.

Katanya lagi, perceraian  disebabkan campur tangan orang ketiga bukan hanya  campur tangan keluarga mentua semata-mata, tetapi turut membabitkan pihak lain seperti saudara-mara,  pasangan  melakukan hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain.

Menurutnya, mungkin ada pihak  memandang ringan  perkara itu dan menganggap tidak salah  mengacau  rumah tangga seseorang.

Bagaimanapun, mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), di bawah kesalahan pelbagai, terdapat tiga seksyen yang memperuntukkan hukuman terhadap orang ketiga yang memujuk lari perempuan bersuami, menghalang suami isteri hidup bersama dan menghasut suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.



BERCERAI SEBAB IKAN KERING

Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami menceraikannya dengan talak satu ketika mengandung lima bulan, malah usia perkahwinannya baru 10 bulan pada September 2012.

Janda muda mahu dikenali sebagai Suriani itu menjadi mangsa perceraian akibat campur tangan ibu mentua yang menuduhnya kuat merajuk serta tidak suka makan ikan kering yang dihidangkan wanita itu.

Suriani yang tidak bekerja berkata, kini dia hidup serba kekurangan dan hanya bergantung kepada nafkah bulanan bekas suami sebanyak RM250 dan bantuan kewangan bapanya untuk menyara diri serta anak perempuan berusia setahun.

Mengimbas kisah hidupnya, Suriani berkata, perkenalannya dengan bekas suami hasil perancangan keluarganya yang mahu menjodohkan mereka sebagai suami isteri pada usianya 17 tahun.

Kami hanya sempat keluar sekali selepas bertunang selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan pada Disember 2011.

Saya tiada masalah dengan perancangan keluarga kerana saya fikir pilihan dan restu keluarga yang terbaik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Menurut Suriani, selepas berkahwin mereka tinggal bersama ibu bapanya kerana bekas suami tidak mampu menyewa rumah lain kerana hanya bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Pada peringkat awal, kehidupan kami suami isteri bahagia. Ibu bapa saya juga menerima dan melayan bekas suami seperti anak kandung sendiri dan dia dilihat gembira sepanjang berada di sini.


Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarga mentuanya dingin tanpa sebab yang pasti. Hampir setiap minggu kami melawat keluarga mentua, tapi kehadiran saya dilayan seperti orang luar.

Pernah satu ketika mereka menyambut hari lahir seorang ahli keluarga, tapi saya hanya berada di dalam bilik kerana tidak dijemput makan bersama,” katanya.

Suriani berkata, hubungannya dengan bekas suami mula berubah selepas hampir tujuh bulan berkahwin. “Entah mengapa tiba-tiba sikap bekas suami mula berubah sehingga sering berlaku pertengkaran kecil antara kami. “Sehinggalah pada suatu hari dia pergi kerja dan tidak pulang ke rumah beberapa hari,” katanya.

Katanya, dia dan ahli keluarganya mengambil inisiatif ke rumah bekas suaminya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Apabila tiba di rumah mentua, kami mula berbincang, namun menemui jalan buntu, malah saya juga dituduh tidak menjadi menantu yang baik oleh mentua kerana sering merungut dihidangkan ikan kering di rumah itu,” katanya.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 11-1-2014 07:42 AM
BERCERAI SEBAB IKAN KERING

Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami menceraikannya dengan talak satu ketika mengandung lima bulan, malah usia perkahwinannya baru 10 bulan pada September 2012.


  Janda muda mahu dikenali sebagai Suriani itu menjadi mangsa perceraian akibat campur tangan ibu mentua yang menuduhnya kuat merajuk serta tidak suka makan ikan kering yang dihidangkan wanita itu.

  Suriani yang tidak bekerja berkata, kini dia hidup serba kekurangan dan hanya bergantung kepada nafkah bulanan bekas suami sebanyak RM250 dan bantuan kewangan bapanya untuk menyara diri serta anak perempuan berusia setahun.


   Mengimbas kisah hidupnya, Suriani berkata, perkenalannya dengan bekas suami hasil perancangan keluarganya yang mahu menjodohkan mereka sebagai suami isteri pada usianya 17 tahun.

   “Kami hanya sempat keluar sekali selepas bertunang selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan pada Disember 2011.

   “Saya tiada masalah dengan perancangan keluarga kerana saya fikir pilihan dan restu keluarga yang terbaik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
  Menurut Suriani, selepas berkahwin mereka tinggal bersama ibu bapanya kerana bekas suami tidak mampu menyewa rumah lain kerana hanya bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

   “Pada peringkat awal, kehidupan kami suami isteri bahagia. Ibu bapa saya juga menerima dan melayan bekas suami seperti anak kandung sendiri dan dia dilihat gembira sepanjang berada di sini.
   “Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarga mentuanya dingin tanpa sebab yang pasti. Hampir setiap minggu kami melawat keluarga mentua, tapi kehadiran saya dilayan seperti orang luar.

  “Pernah satu ketika mereka menyambut hari lahir seorang ahli keluarga, tapi saya hanya berada di dalam bilik kerana tidak dijemput makan bersama,” katanya.

   Suriani berkata, hubungannya dengan bekas suami mula berubah selepas hampir tujuh bulan berkahwin.     “Entah mengapa tiba-tiba sikap bekas suami mula berubah sehingga sering berlaku pertengkaran kecil antara kami.     “Sehinggalah pada suatu hari dia pergi kerja dan tidak pulang ke rumah beberapa hari,” katanya.

  Katanya, dia dan ahli keluarganya mengambil inisiatif ke rumah bekas suaminya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

   “Apabila tiba di rumah mentua, kami mula berbincang, namun menemui jalan buntu, malah saya juga dituduh tidak menjadi menantu yang baik oleh mentua kerana sering merungut dihidangkan ikan kering di rumah itu,” katanya.



Quote Innrukia 11-1-2014 07:45 AM
asal bukan andartu, kena cerai muda pun xpa
Quote mak_wa95 11-1-2014 07:51 AM
muhasabah diri suriani oiii.....
orang sambut bday pun ko duduk dalam bilik...pehal..
dah duduk serumah perlu ke dijemput bagai...
padan muka..dah jadi janda...
Quote sueism 11-1-2014 08:01 AM
ish ish ish tu lah gatal nak kawin, kawin2 nie kan kita kongsi2 kalau
tak nak kongsi jangan kawin
Quote mobic 11-1-2014 08:04 AM
Aiyoo.. ikan kering pun disalahkan..
Quote sassy_girl82 11-1-2014 08:06 AM
Kdg keluarga ok..tp pasangan pulak spoil..
Semuanya dari niat kita...bykkan berdoa moga rumahtangga kita sntiasa diberkatiNYA
Quote lanbuana86 11-1-2014 08:30 AM
tongkatwaran75 posted on 11-1-2014 07:42 AM
BERCERAI SEBAB IKAN KERING

Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami  ...

semua kerana IKAN KERING? sudah hilang waras ke apa? huhu
Quote md_nana 11-1-2014 08:33 AM
Kalau da tak syg, ade aje la sbb yg nak dijadikan Punca.
Quote vespa_oren 11-1-2014 08:36 AM
Ikan kering hanya selingan jika dikupas secara mendalam nampak sangat perempuan tu xsuka family in law dia
Quote courtney_xo 11-1-2014 08:38 AM
Son always be a little son for mak2... Kesian menantu tu...
Quote faraway1 11-1-2014 08:46 AM
kuat merajuk
tingkat kata mendiang mak mentua kata me suka merajuk ya amat
Quote ringcat 11-1-2014 08:54 AM
eleh, berkenalan 3 hari kat demo Bersih
tak kenal hati budi terus kahwin

pastu bercerai sebab sama2 jenis 'panas'
(of course la, kalau turun berdemo jalanan tu mesti jenis panas hati)

ada hati nak blame kat selimut....


moral of the story;
JANGAN SESEKALI MEMILIH PASANGAN YANG TURUN
DEMO JALANAN BERSIH ETC.
(sebab mereka jenis kaki gaduh)
Quote lady_rara 11-1-2014 09:14 AM
bila dah ada perasaan tak suka, sekecil-kecil hal pun boleh jadi isu...
Quote poyohabis 11-1-2014 09:21 AM
tongkatwaran75 posted on 11-1-2014 07:42 AM
BERCERAI SEBAB IKAN KERING

Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami  ...

Mungkin famili laki ni kene kenan membawakan budak... Mcm2 hal la
Quote monreyes 11-1-2014 09:56 AM
bila dah kahwin n ada anak...
suami kena tau beri keutamaan...
nak hidup bersuami isteri ke...
nak balik duduk bujang smule ngan mak bapak adik badek...
kalau sayang isteri n at the same layan campur tgn keluarga...
mmg payah la....

Quote FlowerGirl 11-1-2014 09:58 AM
Berebut selimut pun smpai cerai ke apa??
Aku biasa je berebut. Tgh mlm rasa sejuk. Tgk2 laki aku dh bantai selimut utk dia. last2 aku letak 2 selimut. Puas ati! X yah berebut
Quote purpledesire 11-1-2014 10:11 AM
“Pernah satu ketika mereka menyambut hari lahir seorang ahli keluarga, tapi saya hanya berada di dalam bilik kerana tidak dijemput makan bersama,” katanya.


kesiannya..sy paham perasaan kalo rase terpinggir nie..
Quote nolya 11-1-2014 10:57 AM
md_nana posted on 11-1-2014 08:33 AM
Kalau da tak syg, ade aje la sbb yg nak dijadikan Punca.

ku harap panas hingga ke petang
rupanya badai berselang seli
ku harap sayang akan memanjang
rupanya  sabar sering menguji


Quote jetrofa 11-1-2014 11:02 AM
Gunalah selimut asing2

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.162591 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top