CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan

23-1-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 115593| Komen: 1193

Description: Kes Pembunuhan Ke Atas Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah Disifatkan Paling Kejam Pernah Berlaku Di Terengganu.



Jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Selamat Dikebumikan

Kes pembunuhan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah disifatkan paling kejam pernah berlaku di Terengganu.

Ironinya, nyawa mangsa melayang ditangan penagih dadah yang juga kekasih si ibu.

Bagaiamanapun, jenazah Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Limbong Paka selepas solat maghrib semalam.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini sebaik jasad Nursyafiqah dimasukkan ke liang lahad.

Terdahulu jenazah dibawa pulang dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ Kuala Terengganu.

Ibu bapa mangsa dibenarkan melawat jenazah di unit forensik hospital itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Ibunya yang juga suspek kes pembunuhan itu bersama suaminya sedang menjalani penjara di Marang diberi tempoh 20 minit berada di sisi jenazah sebelum bapanya dibawa semula ke penjara Marang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 tiga hari lalu, mayat kanak-kanak malang itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas dan berlumuran darah lalu melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.



Ahli forensik sedang menjalankan siasatan.


Susulan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa 2, Dungun, Terengganu, semalam.

Mangsa dikenali Nursyafiqah Adawiyyah, selesai menjalani bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat 26 tahun yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut Mukrimah, ahli keluarga kini berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang ini.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Katanya lagi, ibu mangsa, Rabiatul Adawiyyah Mamat, 28 tahun kini berada di Balai Polis Dungun untuk kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3:20 petang semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di lokasi kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah sebuah rumah.

Pengawal keselamatan itu yang kemudiannya memasuki rumah berkenaan, terkejut apabila melihat mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan separuh bogel terbaring di dalam tandas.


2

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdmyana 21-1-2014 07:31 PM

Kenapa nie??
Quote Kittie 21-1-2014 07:31 PM
Betul ke nih?
Quote miss_kikilala 21-1-2014 07:34 PM
Dipercayai dirogol..
tapi belum dapat kepastian lg punca kematian
Quote Kittie 21-1-2014 07:36 PM
Thanks sbb dah hitamkan, kesian sgt tgk gmbr yg sebelum edit tadi.
Quote ip_lepat 21-1-2014 07:37 PM
kesiannya..
Quote noor2 21-1-2014 07:39 PM
kalau melayu ni la yang sesetengah porumer agung2 kan melayu dan bencikan cina..kaum sendiri penjahat...membunuh bangsa sendiri
Quote naina 21-1-2014 07:41 PM
Kittie posted on 21-1-2014 07:36 PM
Thanks sbb dah hitamkan, kesian sgt tgk gmbr yg sebelum edit tadi.

Apa jd ngn gmbr yg dihitamkan tu.aku pon xbrani tgk tp just nk taw
Quote H猷L鰃頧 21-1-2014 07:43 PM
tanda perlunya qisas dan hudud dilaksana,
Quote sayangkid 21-1-2014 07:45 PM
ni binatang yang buat..bkn manusia..budak 5 thun pon nak di bunoh..takot dgn jenayah kat malaysia sekarang ni..menjadi2.
Quote noor2 21-1-2014 07:45 PM
Kittie posted on 21-1-2014 07:36 PM
Thanks sbb dah hitamkan, kesian sgt tgk gmbr yg sebelum edit tadi.

dibunuh macam mana??


sakit hati tgk gambar ni sakit hati kat pembunuh......runtun hati tgk mangsa
Quote Peya 21-1-2014 07:46 PM
Kesian. .cepat2 la kene tangkap pembunuh lahanat ni..
Quote nurul_akmar 21-1-2014 07:48 PM
nape x kuar gambar. huhuhu
Quote cloudy_83 21-1-2014 07:48 PM
anak sapa ni.. mak pak tak sedar ka..
Quote Kittie 21-1-2014 07:51 PM
naina posted on 21-1-2014 07:41 PM
Apa jd ngn gmbr yg dihitamkan tu.aku pon xbrani tgk tp just nk taw

Gmbr terkangkang, nmpk kemaluan, mcm lepas kena rogol.

Quote Kittie 21-1-2014 07:52 PM
noor2 posted on 21-1-2014 07:45 PM
dibunuh macam mana??

Gmbr terkangkang, nmpk kemaluan, mcm lepas kena rogol.

Quote noor2 21-1-2014 07:54 PM
Kittie posted on 21-1-2014 07:52 PM
Gmbr terkangkang, nmpk kemaluan, mcm lepas kena rogol.

kesiannya....

kena tikam ke...... banyak darah tu...

Quote siti_kus 21-1-2014 07:59 PM
Ya Allah.. Mana parents dia. Sedihnya tgk keadaan mcm tu.
Quote shiro82 21-1-2014 08:01 PM
Membunuh hukumnya d balas dgn bunuh!!!.
Quote nidzhar 21-1-2014 08:03 PM
Kittie posted on 21-1-2014 12:52 PM
Gmbr terkangkang, nmpk kemaluan, mcm lepas kena rogol.

adoila tragiknyer

Lihat semua komen(1193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069359 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top