CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Enam Beranak Tinggal Dalam Bilik Bujang

23-1-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26334| Komen: 246

Description: Jika Suami Dipanggil Untuk Sesuatu Majlis, Dia Akan Membawa Lebihan Makanan Balik Untuk Saya Serta Anak Kami Untuk Makan, Tetapi Jika Tiada, Terpaksalah Saya Dan Suami Berlapar Kerana Mengutamakan Kep ...

SORAYA Mazuin membancuh susu kepada bayinya di ‘dapur’ dalam bilik sewa.


Kuala Lumpur: “Bukan wang ringgit yang saya minta, namun cukup jika ada pihak yang mampu menyediakan sebuah rumah kos rendah untuk kami sekeluarga tinggal daripada duduk di sebuah ‘bilik bujang’ bersama empat anak selain suami.

Saya mahu persekitaran yang sempurna untuk anak yang semakin membesar dan bukannya keadaan seperti ini.

Kami makan, berehat dan tidur di tempat yang sama, keadaan ini langsung tidak selesa,” kata Soraya Mazuin Abd Rahman, 28.

Ibu kepada empat anak itu yang menghidap penyakit saraf sejak berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung kos perbelanjaan ubat yang mencecah lebih RM2,000 setiap bulan di samping bebanan untuk menanggung anak-anaknya.

Menurutnya, keadaan bertambah rumit apabila suami tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada kerja sambilannya sebagai pekerja bankuet hotel dan hanya memperoleh pendapatan RM40 setiap kali dipanggil untuk sesuatu majlis.

Dia berkata, wang pendapatan harian mereka nyata tidak mencukupi kerana kebiasaannya, wang itu akan digunakan untuk membeli susu formula serta lampin pakai buang anak bongsu berusia tiga bulan dan membayar sewa bilik berjumlah RM300 sebulan.

Soraya Mazuin berkata, pernah beberapa kali mereka sekeluarga terpaksa ‘mengikat perut’ menahan lapar kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

“Jika suami dipanggil untuk sesuatu majlis, dia akan membawa lebihan makanan balik untuk saya serta anak kami untuk makan, tetapi jika tiada, terpaksalah saya dan suami berlapar kerana mengutamakan keperluan empat anak kami.

“Saya ada menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 manakala wang bantuan Baitulmal RM350, namun wang bantuan itu digunakan untuk perbelanjaan anak kami,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, dia pernah cuba untuk bekerja demi membantu meringankan bebanan suami, namun tahap kesihatan serta penyakit dihidapinya mengakibatkan dia terpaksa melupakan hasrat itu dan hanya mampu duduk di rumah saja.

Soraya Mazuin berkata, akibat penyakit saraf yang dihidapinya sejak remaja, dia tidak mampu melakukan kerja berat, malah pernah beberapa kali dia lumpuh serta bisu berikutan kegagalan saraf badannya berfungsi dengan baik.

“Buat masa ini, kami sangat memerlukan sebuah rumah.

Tak mengapa kalau kecil pun, asalkan cukup kelengkapan sebuah rumah, saya amat mengharapkan ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami,” katanya.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya akan melihat secara teliti permohonan Soraya Mazuin dan bentuk bantuan yang mungkin diberikan kepada mereka sekeluarga.

Katanya, pihaknya prihatin terhadap nasib enam beranak berkenaan dan akan berusaha untuk membantu keluarga itu daripada aspek bantuan rumah ataupun aspek lain.



1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 23-1-2014 07:09 AM

SORAYA Mazuin membancuh susu kepada bayinya di ‘dapur’ dalam bilik sewa.
Quote Acong 23-1-2014 07:17 AM
kena tiru stail Hitler nie..... kasik mandul semua org OKU
Quote anishacute 23-1-2014 07:18 AM
Mmg bley mohon sewa umah pprt dbkl..
Quote asudau 23-1-2014 07:27 AM
cari rezeki kat kampung2 la...sewa rumah pun murah...indon pun pandai..datang malaysia buat rumah dalam ladang kelapa sawit
Quote nurul_akmar 23-1-2014 07:42 AM
asudau posted on 23-1-2014 07:27 AM
cari rezeki kat kampung2 la...sewa rumah pun murah...indon pun pandai..datang malaysia buat rumah da ...

aku pon rasa dia patut balik kampung. sbnrnya x patut laki dia xde keje tetap. byk je kerja kosong. kat pasaraya2 ke
or kat fast food ke, restoran2 ke. kalau budak2 lepasan spm or budak2 yg cuti sem leh senang dapat keje, xkan dia xleh dapat. ni antara cadangan aku la.

Quote epysha 23-1-2014 07:42 AM
tak tahu  nak kesian ke ape..kalo dah awal2 dah tau sakit tu, jgn le branak sampai 4..memang le rejeki anak tu ada, tp jgn duk branak sambil menunggu rejeki..
Quote Tok_Batin 23-1-2014 07:45 AM
epysha posted on 23-1-2014 07:42 AM
tak tahu  nak kesian ke ape..kalo dah awal2 dah tau sakit tu, jgn le branak sampai 4..memang le reje ...

Ada betulnya jugak.
Quote bidacool 23-1-2014 07:47 AM
Dah tau sakit dr umur 16 thn tp asyik beranak je... anak satu je sudah la....tak terasa beban berat sgt....

May be dia amalkan kepercayaan setiap anak ada rezeki mereka..... hadap sgt rezeki dr anak....
Quote bidacool 23-1-2014 07:48 AM
Aku tak tau nk kesian ke tak..... sendiri yg takde ikhtiar nk hidup selesa....
Quote naina 23-1-2014 07:50 AM
Kan ada bantuan rumah pprt tu? Asal ada tnh jer.klu xde tnh susahla..
aah laki die leh dpt keje gj seribu lbh kot sbulan walau keje giant.
Quote Bell 23-1-2014 07:51 AM
Kesiannyaaaa...takde no acc ker? Boleh gak hulur sesikit....
Quote me_xy82 23-1-2014 07:52 AM
epysha posted on 23-1-2014 07:42 AM
tak tahu  nak kesian ke ape..kalo dah awal2 dah tau sakit tu, jgn le branak sampai 4..memang le reje ...

Eksyen aje lebih ko nie. X kene kat ko boleh la ko eksyen. Booooo
Quote farahfatihah 23-1-2014 07:52 AM
alahaii kesiannya...knp l x amik pil perancang je kan senang..free je pun kat klinik kesihatan....
Quote kekbelacan 23-1-2014 07:52 AM
Aku pun rasa nak ckp pasai pa beranak byk. Ada pasangan sbg teman sudah la. Dah masuk sokabar ni patut la di beri bantuan rumah murah. Tak pun balik kg la kak
Quote Bell 23-1-2014 07:52 AM
nurul_akmar posted on 23-1-2014 07:42 AM
aku pon rasa dia patut balik kampung. sbnrnya x patut laki dia xde keje tetap. byk je kerja kosong ...

Masalahnya skrg ramai org takde kampung. Kampung-kampung tradisional pun dah byk pupus. Anak-anak kita yg lahir di bandar dah tentu takde kampung...

Quote Bell 23-1-2014 07:53 AM
Why not lakinya cari kerja lain. Security pun dah boleh cecah RM1500 skrg sebulan.
Quote xtahumenahu 23-1-2014 07:54 AM
kije kilang pon skang gaji mahal gak...elaun pon ada...medical benefits untuk family pon ada...tp pilihlah kilang yg ok sket...yg registered gituhh
Quote nurul_akmar 23-1-2014 07:58 AM
Bell posted on 23-1-2014 07:52 AM
Masalahnya skrg ramai org takde kampung. Kampung-kampung tradisional pun dah byk pupus. Anak-anak  ...

balik la memana kampung. janji duduk dekat tempat yg x terasa sgt tekanan hidup

Quote epysha 23-1-2014 08:01 AM
me_xy82 posted on 23-1-2014 07:52 AM
Eksyen aje lebih ko nie. X kene kat ko boleh la ko eksyen. Booooo

kene ape? sakit ke? terbranak? ada otak pakai la...kalo sakit tu kena la berubat,itu yg penting, kalo nak bersedap2 sedapan pon bole, kena pakai perancang, jgn sampai menyusahkan dirik pulok..

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069177 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top